0
Penjelasan Zain terhadap sifat kurang ajar di Masterchef
Posted by Unknown
on
4/30/2013
Nama pelakon siri Oh My English!, Zain Saidin tiba-tiba menjadi hangat apabila dia dikatakan bersikap biadap dan kurang ajar terhadap juri-juri yang mengadili program Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2) seperti yang disiarkan pada Ahad lalu.
Mengulas mengenai perkara itu, Zain menjelaskan kepada Sinar Harian.
” Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh ‘real’, separuh drama. Namun, kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah,”
Selain itu, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu juga mendedahkan bahawa dia didesak oleh pihak produksi untuk menyertai sekali MSM 2 kerana kisah percintaannya Rozita Che Wan atau Che Ta yang juga menjadi salah seorang peserta program tersebut.
“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta,” jelasnya.
Zain juga berkata dia kini sudah berbaik dengan ketiga-tiga juri tersebut iaitu Chef Joe, Chef Zubir dan Chef Adu dan dia juga tidak kisah dengan tanggapan serta pandangan masyarakat mengenai dirinya selepas melihat episod ‘panas’ itu.
Oleh: AUDREY LEE
Sumber