0

9 Jenis anak Syaitan

Posted by Rashidy Shidy on 6/13/2012 in



Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

===================================================================

Agak-agak anak setan mana yang sering menganggu kita ? Mari kita tengok .

Links to this post
0

Tandas Kreatif (10 gambar)

Posted by Rashidy Shidy on 6/07/2012 in
Dunia kini ditelan arus kreatif dan inovatif, alat-alat yg kita guna pun telah dibawa arus kreatif. Tandas juga tidak ketinggalan dibawa arus kreatif..


Ada tak nak guna saya ? 




Special for org cina.



Best tak kalau macam ni ?


Meh laa buang sini . aaaaa . 


Cawan vversi toilet . yum yum



tandas politic



Tandas muzik




Tandas for guitarist





For kaki Golf



Tandas paling kreatif. Boleh cuci punya (for men only)




Apa macam tandas sebegini ? kreatifkan. selamatt menggunakan ! :P


Links to this post
1

Punca Hidung berdarah

Posted by Rashidy Shidy on 6/07/2012 in





Hidung berdarah dengan tidak semena-mena (Epitaksis) seringkali terjadi di kalangan kanak-kanak, walaupun ada juga terjadi kepada orang dewasa.
Hidung berdarah terjadi apabila salur darah kecil (kapilari darah) di lapisan dalam rongga hidung pecah. Pendarahan ini biasanya berlaku secara tiba-tiba. Jika ini berlaku kepada anak kecil, ibu bapa tidak perlu terlalu panik…. lakukan langkah berikut bagi mengurangkan pendarahan ini: Suruh anak bertenang, duduk (jangan baring) dan bernafas melalui mulut secara perlahan-lahan, seterusnya picit bahagian lembut hidung (tulang rawan hidung) dengan ibu jari dan jari telunjuk selama lebih kurang 10 minit hingga pendarahan berhenti. Jika pendarahan tidak berhenti, tambah lagi picitan tersebut 10 minit lagi. Bagi mempercepatkan pemberhentian darah, boleh letakkan ketulan ais atau pek sejuk di atas tulang rawan hidung. Biasanya pendarahan hidung ini akan berhenti sendiri, tapi ia boleh berulang.





Walau bagaimanapun, jangan pandang remeh jika kerap berlaku pendarahan hidung, ia mungkin menjadi petanda bagi penyakit-penyakit lain. Oleh itu, eloklah dapatkan pemeriksaan doktor untuk mencari punca pendarahan tersebut.
Di bawah ini tersenarai punca berlakunya pendarahan hidung yang biasa….



Selain daripada punca yang dinyatakan dalam gambar di atas, pendarahan hidung mungkin juga disebabkan oleh perubahan cuaca secara mendadak, alahan, selesema, batuk yang kuat, resdung, korek hidung dengan benda-benda tajam (terutamanya kanak-kanak), dan juga kesan sampingan daripada pengambilan ubat seperti aspirin dan NSAIDS.
Bagi mengelakkan berulangnya pendarahan hidung, cuba hindari punca-puncanya dan pastikan lapisan membran dalm rongga hidung tidak tercedera…..

Links to this post
2

Amalan Korek Hidung Dan Memakannya Baik Untuk Kesihatan

Posted by Rashidy Shidy on 6/07/2012 in




“Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih. Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, korek hidung memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan” katanya.




Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai ke usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya. “Perubatan moden cuba melakukan perkara yang sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakanya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma, ” katanya. Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikan dan anti sosial.


Gambar Hiasan



“Saya suka mencadangkan pendekaran baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tidak balas secara semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, korek hidung idea yang baik” katanya. Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit.


P/S: Islam mengajar kita supaya sukakan kepada kebersihan dan menjauhkan kekotoran. Ada banyak lagi cara untuk menjaga kesihatan daripada memakan tahi hidung sendiri yang kebaikannya masih lagi dalam peringkat hipotesis. Wallahualam.


Sumber

Links to this post
0

Mengapa doktor pakai baju hijau ketika membuat pembedahan ?

Posted by Rashidy Shidy on 6/07/2012

 
Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.



Links to this post
2

Cerita Lawak - Sejarah BMW.

Posted by Rashidy Shidy on 6/04/2012



Pasti ramai yg tidak tahu dari mana dtgnya jenama ekslusive dan gah spt BMW. 
Ceritanya spt berikut :-

                 Pada zaman dahulu terdapat seorang pengembara yg ingin mengembara mengunakan keldai. Sang pengembara itu pergi ke kedai sewa keldai yg terdapat berhampiran dgn rumahnya. Dia bertanya kepada tuan kedai

Pengembara - Tokei, keldai mana bagus wa nak bawak jalan jauh?


Tuan Kedai   - Keldai jenama BMW pasti hebat. Kerana dijaga dgn hebat dan pasti anda puas dgn  keldai BMW. 

Pengembara - Baiklah , saya mencuba untuk mengunakan Keldai BMW untuk  membawa saya lebih jauh dan pantas.


Tuan Kedai   - Baiklah. Tuan boleh gunakan dahulu, jika tuan tidak berpuas hati tuan boleh claim balik duit tuan.









Setelah sang pengembara mengunakan keldai BMW. Sang pengembara berasa amat terkejut dgn kelajuan dan kepuasan diberikan. Sang pengembara berhajat membeli keldai itu utk transport harian beliau. Sang pengembara pulang ke kedai keldai utk menunaikan hajat beliau.


Pengembara -  Tuan, saya amat berpuas hati dgn Kedai anda ini. saya berhajat ingin membeli keldai ini.

Tuan Kedai   - Saya berat hati ingin menjual keldai ini kerna keldai ini adalah tanda kemegahan kedai ini.


Pengembara - Saya sanggup memberi tuan wang yg amat banyak kerna saya orang kaya.


Tuan Kedai   - Encik fikir dgn kekayaan encik, encik boleh beli apa shj?!


Pengembara - Tidak apalah jika tuan tidak mahu dgn tawaran saya ini.  (Sedih+hampa)


Tuan Kedai   - Maafkan saya encik, bukan maksud saya ingin mengecewakan encik tetapi kedai ini hanya untuk sewaan bukan utk urusan pembelian. Saya menjaga keldai ini spt menatang minyak yg penuh sejak dia lahir, saya beri dia sepenuh kasih sayang, saya tidak sanggup menjualnya kepada sesiapapun walau dgn jumlah wang yg lumayan.

Pengembara - Tidak mengapalah jika tuan dah berkata begitu. Saya pergi dahulu.






          Pengembara mempunyai otak yg kreatif dan inovatif. Dia ingin membuat sesuatu yg tidak pernah dibuat oleh manusia di bumi ini. Dia menjadikan keldai itu sebagai inspirasi utk membuat something difference untuk berkhidmat untuk bangsa dan negara. Dgn penuh kegigihan dan keazaman beliau berjaya mencipta kereta first dalam dunia dalam masa 8 tahun. Pengembara mencari idea dan terigatkan keldai yg dinaikki dahulu. Beliau ingin mendapat brand BMW yg terdapat pada keldai yg hebat itu. Beliau pergi ke kedai keldai itu utk meminta kebenaran drpd tuan kedai untuk mendapatkan logo dan nama brand BMW. Begitulah sejarah BMW yg diagung-2 kan didunia. :)










Segala cerita ini adalah cerita ilusinasi minda. Tiada berkenaan yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia. Jika ingin tahu sejarah BMW original boleh laa cari di sini. smile :)



Links to this post
0

7 tips Untuk Lelaki menjadi pendengar yang baik

Posted by Rashidy Shidy on 6/04/2012


Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka 'potong' dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.

Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita? Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua...


1. Berikan perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.

2. Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.

3. Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

4. Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya, "La...macam mana dia boleh jatuh?".

5. Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.

6. Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.

7. Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.

Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.

Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang bahagia selamanya...

SUMBER


Links to this post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.