0

PANDUAN 101 BACAAN SUAMI ISTERI

Posted by Unknown on 1/16/2012


Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtanga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda:


1. Tidur dalam selimut bersama isteri.. Dari Ata' bin Yasar, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawab Aisyah, "kerana saya ada haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah: "Kalau begitu pergilah, lalu berkailah dan dekatlah kembali padaku. Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau."
(Hadis Riwayat Said bin Mansur)


2. Memberi wangi-wangian pada aurat, Aisyah berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan mulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi ) dan isterinya baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


3. Mandi bersama-sama isteri. Dari Aisyah r.a. beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)."
(Hadis Riwayat Abdirrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)


4. Disikatkan oleh isteri. Dari Aisyah r.a., beliau berkata: "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w.. ketika itu saya sedang haid".
(Hadis Riwayat Ahmad)


5. Meminta isteri meminyaki badan. Dari Aisyah r.a., beliau berkata: "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w.. pada hari Raya Aidil Adha setelah beliau melakukan Jamrah Aqabah,".
(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)


6. Minum bergantian pada tempat yang sama. Dari Aisyah r.a., dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut,lalu menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dari saya, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu baginda pun menghirupnya.
(Hadis Riwayat Abdulrrazaq dab Said bin Mansur)


7. Mencium isteri. Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya."
(Hadis Riwayat Abdurrazaq)
8. Memanggil dengan panggilan mesra. Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukai seperti Aisy dan Humaira (Pipi Merah Delima)


9. Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra. Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan baginda berkata," Wahai Uwaisy, bacalah doa: "Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkan kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.
(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)


10. Membersihkan titisan darah haid isteri. Dari Aisyah r.a., dia berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu..."
(Hadis Riwayat Nasai)


11. Memberikan hadiah. Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, baginda bersabda kepadanya, "Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepada ku, aku akan memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut baginda berikan kepad Ummu Salamah."
(Hadis Riwayat Ahmad)


12. Segera menemui isteri apabila tergoda. Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat kediaman Zainab untuk melepaskan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda: "Wanita kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan.. dan apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu."
(Hadis Riwayat Tirmidzi)


Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada isteri baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yang perlu dicontohi..


>>references

0
Posted by Unknown on 1/16/2012
.
.
.
iiiiii


Assalamualaikum.......

        Kali ni, Saya ingin berkongsi satu fakta menarik dengan anda semua...Sebagai benua terbesar yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai, Asia tentu menyimpan bakat-bakat bolasepak yang hebat. Saya mencuba untuk meramalkan siapa saja yang mampu bersinar atau setidaknya cukup bagus untuk beraksi di Liga Eropah. Ada seorang pemain Indonesia & pasukan Malaysia juga semakin menampakkan peningkatan prestasi mereka yang dikatakan bermulanya episod permulaan untuk menjadi salah satu gergasi di Asia untuk beberapa tahun yang akan datang. Berikut antara senarai di dalaman.




Deng Zhuoxiang (Shandon/China)
Midfielder ini tampil luar biasa di Piala Asia Timur tahun lalu. Termasuk ketika beliau menjaringkan gol ke gawang Korea Selatan yang menghadirkan kemenangan pertama bagi China atas 'Taeguk Warrior' nama jolokan bagi Korea Selatan. Kelab - kelab di Korea dan Jepun mencuba untuk menariknya tapi tidak sanggup dengan harganya yang tinggi. Mungkin sudah sampai masanya untuk kelab Eropah 'ikut campur tangan'.

Ismail Matar (Al Wahda/UAE)
Pemain ini adalah harapan dari kawasan teluk. Beliau adalah pemenang bola emas iaitu pemain terbaik di World Youth Championship tahun 2003. Sebenarnya beliau sememangnya layak beraksi di Eropah. Namun kelabnya yang kaya mampu menahannya untuk tidak pergi ke mana-mana. Beliau kemudian juga menjadi bintang di Piala Teluk 2007 sekaligus membantu UAE untuk menjadi juara buat pertama kalinya. Berkat jasanya itu ia mendapat hadiah dua ekor unta. Ismail Matar dengan segera mendapat 'kenderaan' yang lebih bagus dari unta!

Koo Ja Cheol (Jeju United/Korea Selatan)
Beliau sempat dihubungi oleh agen Blackburn Rovers awal tahun ini. Kelab Swiss Young Boys of Berne juga tertarik padanya namun tidak sanggup membayarnya. Anehnya Koo bukanlah pemain pilihan di pasukan kebangsaan walaupun ia terpilih menjadi pemain tengah terbaik K-League musim lalu. Mampu mengawal bola dan bersedia mengucar - kacirkan dengan membuat umpanan kepada rakan sepasukan. Jaringan dari bola matinya iaitu menerusi sepakan percuma juga mantap. Banyak yang percaya kelewatan perpindahannya ke Eropah hanya disebabkan masalah waktu.

Kawin Thamsatchanan (Muang Thong United/Thailand)
Asia Tenggara tidak mempunyai sejarah yang kuat memiliki penjaga gol yang hebat. Namun pemain berusia 19 tahun ini memperlihatkan jikalau beliau mampu memenuhi kelayakan untuk menjadi penjaga gol terhebat. Beliau yang tidak beraksi di Piala AFF sangat dikesalkan oleh penyokong Thailand. Seorang pencari bakat dari Inggeris telah mencadangkannya pada Manchester United. Menarik untuk ditunggu apa yang akan terjadi selanjutnya.

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan/Malaysia)
Seorang lagi penjaga gol yang sedang meningkat naik yang sebelum ini tidak pernah dikenali, kini menjadi bualan ramai khususnya penduduk di Asia Tenggara mahupun juga di Asia. Beliau yang kini berusia 21 tahun pantas menjadi aset penting ketika membantu skuad Malaysia menjuarai kejohanan Piala AFF berlangsung baru - baru ini. Beliau yang masih muda menarik perhatian ramai khususnya di Asia Tenggara. Beliau yang menjadikan Iker Casilas sebagai idola, sememangnya layak untuk dipromosikan ke benua Eropah berikutan prestasinya yang mengagumkan serta usianya yang masih muda.

Yasser Al Qahtani (Al Hilal/Arab Saudi)
Beliau layak menjadi bintang yang paling terang di kawasan teluk. 'The Sniper' tidak pernah mencuba nasib di Eropah. Jika beliau mampu mengasah mentalnya untuk beraksi di level tertinggi, kariernya pasti akan meningkat. Walau usianya sudah 28 tahun, beliau masih berbisa dan bagus dalam pertarungan di udara.

Oktovianus Maniani (Sriwijaya FC/Indonesia)
Sayap kerdil Sriwijaya FC ini mencuri perhatian ketika tampil di Piala AFF 2010. Ia berjasa besar membawa Indonesia layak ke pentas final. Pergerakan beliau yang pantas dan usianya baru 20 tahun begitu digeruni lawan. Octo disebut sebagai 'Ryan Giggs Indonesia' perlu meneruskan rentak konsisten dan mampu mengasah umpan silangnya.

Karim Ansarifard (Saipa/Iran)
Karim adalah penerus kejayaan Ali Daei sebagai nyawa pasukan Iran. Dan jurulatih beliaulah yang memberikan kesempatan bagi Karim untuk menjadi pilihan utama di Saipa di tahun 2007. Dua tahun kemudian beliau sudah beraksi untuk pasukan. Borussia Dortmund sudah menyatakan keinginannya, namun belum ada kepastian lagi.

Jungo Fujimoto (Shimizu S-Pulse/Jepun)
Pemain playmaker sedang diperhatikan prestasinya oleh Nagoya Grampuss. Namun pemain berusia 26 tahun ini tidak mahu beraksi di dalam negara sahaja. Rookie of the year J-League tahun 2006 ini ingin menjelajah ke Eropah.

Alexander Geynrikh (Pahktakor/Uzbekistan)
Beliau adalah mesin gol di kawasan Asia Tengah. Kepalanya terkenal dengan sering menghadirkan kekacauan di kotak penalti lawan. Dua pasukan di Moscow, Torpedo dan CSKA, tertarik untuk memiliki Geynrikh. Kini beliau bersedia beraksi di Eropah atau setidaknya di Rusia.

Firas Al-Khatib (Al Qadsia/Kuwait)
Suriah bukanlah negara elit untuk urusan bolasepak. Namun Al-Khatib pantas untuk muncul ke persada bolasepak. Kini beliau beraksi untuk salah satu kelab terbesar teluk, Al Qadsia, Kuwait. Beliau sangat mudah beraksi di posisi berlainan dan diramalkan akan menjadi salah satu bintang di benua Asia.

0
Posted by Unknown on 1/15/2012

















Masukkan tarikh lahir Masihi anda pada laman berikut dan anda akan mendapat jawapannya :    
 - http://www.islam.com/islamicdates.asp 
 - http://www.irulz.com/islamic-calendar.html 
Assamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Hari tanggal 15 Januari 2012 masihi bersamaan 21 Safar 1433 hijrah <— betul ke tarikh aku ni? ^_^ . Agak-agak kalau salah pun mungkin tak menjadi masalah kerana kita lebih gemar menggunakan tarikh kalender masihi berbanding tarikh kalender hijrah. Entri aku kali ni ingin menyentuh sedikit berkaitan kalender Hijrah atau juga dikenali kalender Islam.

Kalau aku tanya sikit berkaitan permulaan kiraan kalender hijrah ni, ada tak yang boleh jawab. Mungkin ada yang tidak dapat jawab persoalan kerana kurangnya pendedahan berkaitan kalender Islam ni. Secara umumnya kalender hijrah berdasarkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W. Ada lagi sebab lain dalam mewujudkan kalender hijrah ini tapi secara mudahnya bila kita sebut kalender hijrah kita boleh membayangkan peristiwa hijrah rasulullah. Penting ke kalender Islam ni? ^_^ Mungkin tak penting sebab cuti umum, cuti sekolah, segala macam cuti kita hanya rujuk kepada kalender Masihi. kalau anda, anda dan anda berfikir macam tu aku rasa korang tak layak untuk menyambut hari raya puasa. Selain dengan melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh hari raya puasa, kalender hijrah juga digunakan untuk rujukan bagi penetapan hari bagi hari raya puasa atau 1 Syawal setiap tahun.


Aku rasa cukup sudah cerita berkaitan kalender hijrah. Aku nak hubungkan sikit dengan kehidupan kita. Kebiasaannya kita akan mengingat tarikh lahir kita. Aku pun ingat tarikh lahir aku. Aku telah dilahirkan pada  28 Mac 1992. Tapi kalau aku tanya diri aku sendiri bila tarikh lahir aku dalam kalender hijrah, aku sendiri tak boleh nak jawab. Aku berkesempatan mencariconverter  yang dapat menukar tarikh lahir kalender masihi atau apa-apa jua tarikh kalender masihi kepada tarikh kalender hijrah. Dapatlah aku tau tadi yang aku ni lahir pada  25 Ramadhan 1942. Jika anda terlupa atau tk pnh tau ttg tarikh kelahiran anda pada bln islam. Anda boleh tau sekarang dgn Klik disini. 


Sebenarnya kita juga boleh melihat personaliti kita berdasarkan bulan kelahiran kita mengikut kalender hijrah lebih kurang sama macam kita baca personaliti mengikut zodiak kita. Tapi bezanya kita guna kalender hijrah. Di sini aku lampirkan personaliti berdasarkan bulan pada kalender hijrah.


Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.


3 ANAK KUCING YG COMEL


Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.


gambar hiasan only 
                                                                         Enjoy ! smile : ) 

2

AYANG VS ABANG

Posted by Unknown on 1/12/2012


Dear abang,


Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... . kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... . abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?


Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?


Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah


Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..


Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance... ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..


Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.


Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak


Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??


Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..


ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


Love,


ayang


ni abang lak bagi... .


Dear Ayang,


Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..


Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja... lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..


Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..


Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..


sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu..pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..


Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..


Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..


Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa... hahahhahahahahh


0

[Wajib Baca] Kisah Nobita Dan Sizuka Yang Tiada Dalam TV/Komik

Posted by Unknown on 1/09/2012
Pada suatu malam di depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dengan awak tadi. Kelakar je cerita tu…Tak bosan kan?
Nobita : A’ah, tak bosan. Best!
Sizuka : Kalau best kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya dan beritahu saya yang awak mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe…
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.
Nobita : A’ah…betul3! Takdelah sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya dan beritahu yang awak sejuk?
Nobita : Errr~ hehe…
Mereka pun menuju ke i-City…
Kisah selajutnya…………..
Sizuka : Awak, saya cantik tak?
Nobita : Awak kan sayang saya…Mestilah cantik…
Sizuka : Kalau saya ni betul-betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji saya cantik. Kalau saya pakai baju longgar, awak diam je…Kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar…Kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik…Kenapa ye?
Nobita : Errr~ hehe…
Mereka pun tiba di i-City…
Sizuka : Jom snap pic wak…Saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la sayang. Meh sini, duduk sebelah saya. Rapat sikit, nanti tak masuk lak gambar awak.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?
Nobita : Takpe le…awak kan awek saya…
Sizuka : Awek je…bukan isteri yang sah…
Nobita : Errr~ huhu…
Sizuka : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ye wak.
Nobita : Alaa…upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh…boleh ke?? tak elok la wak…Gambar tu dah la awak dan saya je…Yang ke-3 syaitan…Pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat…Tak malu ke?
Nobita : Errr~ huhu…
Mereka pun pulang…
Sizuka : Awak, awak sayang saya tak?
Nobita : Mestilah sayang…sayang sangat-sangat tau…haa.
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh…macam ajak bergurau je…nak saya kiss pipi awak tu ke sayang?hehe
Sizuka : Ish…apa ni? Teruknya pemikiran awak.
Nobita : Eh…Errr~ huhu…
Sizuka : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh…mestilah! hehe…
Sizuka : Tapi awak tipu saya!
Nobita : Eh…kenapa lak saya tipu awak??
Sizuka : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin tapi awak tak jaga saya dengan baik pun…Awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss saya, ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam-malam.
Nobita : Owh…sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam?? Mak ayah awak yang bagi izin tau!
Sizuka : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman pastu buat benda-benda tak senonoh! Pegang sana, pegang sini…Awak tau tak panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan sengaja, tapi neraka tu teramat panas dan tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali…Awak sedar tak semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan…Then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti orang ‘like’, awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak dan hubungan awak dan saya kononnya bahagia tapi awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat…Awak ada ilmu agama…Kalau takde ilmu agama pun, awak tau benda tu salah…tapi kenapa masih buat? Awak sedar tak semua tu???
Sizuka : Ingat Allah tak waktu awak buat semua tu?? Awak tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. Kalau da awak nak sentuh-sentuh saya, apa je yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? Awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? Awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya…tapi awak sedar tak yang awak tu siapa?? Hanya hamba Allah…Awak bukan tuhan untuk tahu siapa jodoh saya dan jodoh awak…Awak sedar tak semua tu??? Kalau betul awak sayang saya, awak jagalah saya baik-baik, beri sokongan saya jadi muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah…Ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya…tapi awak jaga saya tak?? Awak jaga saya tak?? tak kan…Awak bawa saya ke arah keburukan…Awak sedar tak semua tu??? Banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk…Nanti kat neraka bila Allah soal saya dengan dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya depan Allah kan?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan…
Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah Nobita mula meluah perasaan…
Nobita : Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. Awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awak turut merubah diri saya. Baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Nobita yang dulu kembali. Nobita yang menjaga saya dengan baik. Saya tunggu Nobita tu…tunggu dan terus menunggu kerana saya sayangkan dia. Tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi…Awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan…Kalau awak masih tak berubah, lepaskan saya kerana Allah…
Nobita : …….
Pesanan : kepada pasangan yang hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah kerana Allah yang menciptakannya tapi jangan sampai cinta untuk Allah itu dinodai oleh cinta manusia…menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan…seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan…beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab…wallahu’alam~

0

Jenis-2 jodoh .

Posted by Unknown on 1/02/2012

Jodoh Pertemuan Ada Tiga Jenis? Jodoh Syaitan, Jodoh Jin dan Jodoh…

Tertarik untuk meneruskan coretan berkaitan dengan Jodoh Pertemuan kerana di dalam kehidupan ini, pastilah Jodoh Pertemuan itu amat-amat bermakna.

Hidup kita akan berubah bila mana bertemu jodoh. Dan pastilah pengiktirafan terhadap diri juga akan berubah. Perubahan pada semua perkara…

Tetapi, kali ini saya lebih suka berkongsi dengan Anda mengenai tiga jenis Jodoh Pertemuan yang saya perolehi semalam, selepas menonton di panggung wayang.

Istilah mengenai Jodoh ini saya perolehi selepas menonton filem Syurga Cinta, hasil arahan Ahmad Idham. Heheheeee…

Sebenarnya, semalam saya bersama isteri dan anak-anak telah bersiar-siar menikmati panorama kehidupan. Sebab itulah kami akhirnya singgah di sebuah panggung wayang, menonton kisah yang dipaparkan di dalam Syurga Cinta. Memang bagus ceritanya, dan kami terhibur dengan pengkisahan ceritanya. Heheheeeee..

Ermm… pada awal cerita, beberapa babak memaparkan beberapa kelucuan dan di pertengahan pula, sarat dengan kata-kata nasihat. Itu yang dapat saya katakan. Pengkisahannya terlalu banyak berbual dan watak heroin pula agak kurang menyerlah… Sori, Cikgu Syuhadah. Next time bolehlah ditingkatkan lagi lakonan itu… Semoga berjaya.

Seperti biasa, saya amat mengagumi kata-kata di dalam sesebuah filem. Kali ini saya amat tertarik dengan babak yang memaparkan Atuk Cikgu Syuhadah memberi nasihat kepada Irham iaitu boyfriend kepada Cikgu Syuhadah berkaitan Jodoh Pertemuan.

Nasihat Atuk Cikgu Syuhadah kepada Irham berbunyi;

“Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan. Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan.

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Yang kedua pula Atuk Cikgu Syuhadah mengistilahkan Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"

0

perbezaan antara syahwat lelaki dgn perempuan

Posted by Unknown on 1/02/2012

Syahwat Lelaki :
Berkenaan syahwat lelaki ini, kebanyakan perempuan tidak memahaminya. Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Mengapa ini terjadi? Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnya.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan korang makhluk paling cantik dipandang mata, koranglah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur punggung.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7. Ada perempuan bertudung, ‘beromen’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?
<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.