0

Fakri sah bermain untuk kelantan april 2013 !

Posted by Unknown on 2/25/2013 in


Ahmad Fakry Saarani Penyerang kebangsaan yg kini sedang beraksi bersama KELAB ATHLETICO SC DI PORTUGAL disahkan telah menandatangani kontrak dengan pasukan TRW...semua rundingan antara KAFA/ATHLETICO/FAKRY telah selesai kelmarin dan KONTRAK YG BERMULA APRIL INI TELAH DISEMPURNAKAN MELALUI WAKIL KEDUA PIHAK DI PORTUGAL..KEHADHIRAN FAKRY AKAN MEMPERKASAKAN LAGI JENTERA SERANGAN TRW YG KINI TURUT MEMILIKI DIMI PETRATOS DAN DICKSON NWAKAEMI.....FAKRY DI JANGKA PULANG KE TANAHAIR MAC INI SEBAIK SAJA TAMAT LIGA DI PORTUGAL...THIS IS KOTA BHARU!!!!WELLCOME HOME FAKRY..Fakry adalah anak kelahiran kota bharu...ic 03!!

SUMBER : Tan Sri Annuar Musa

Anak muda ini telah mengikut jejak Nazmi Faiz yang pulang ke tanah air untuk beraksi bersama pasukan di Malaysia sahaja. Sebab-sebab kenapa Fakri pulang ke Malaysia semula masih menjadi persoalan. Adakah sebab yang sama ataupun takut dengan cabaran luar. Mari kita mengikuti dari semasa ke semasa perkembangan Ahmad Fakri Saarani.

@sokong saya dengan click and like >> 1,2,3



0

Akim & Stacy - Kembali

Posted by Unknown on 2/24/2013



Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini






Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2LoAM7ieV

0

OMG ! Makna "bye" berkaitan dengan agama Kristian !

Posted by Unknown on 2/24/2013 in


Ya Allah.
Sudah lama kita menggunakan Bye tapi kita tidak tahu apa makna Bye. Bye sebenarnya merupakan jarum sulit orang Kristian dan dalam bahasa arab bermakna "fihafzil baba" manakala dalam bahasa malaysia bermaksud Di Bawah Naungan Pope (paderi). Dan di Universiti Putra Malaysia adalah satu-satunya Universiti yang mempunyai gereja. Gereja ini antara yang paling aktif memurtadkan orang-orang islam. Jika ada rakan-rakan ataupun saudara mara kita yang terminum 'Holy water', carilah kolah dari 3 masjid. Baca Al-fatihah 1x, Yaasin 1x, 3 qul 1x dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagiannya lagi buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City dan dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang menjemput Perdana Menteri kita dahulu.
Tolong forward kepada rakan-rakan anda tentang hal ini demi agama kita yang tercinta. Selepas ini, kita jangan lagi menyebut perkataan Bye. Sebenarnya banyak cara-cara licik yahudi untuk menyesatkan kita, pelbagai-bagai cara yahudi hendak pesongkan kita dari agama yang suci iaitu Agama Islam. InsyaAllah selepas ini, kita dapat mengelak dari kejadian-kejadian buruk. InsyaAllah.

0

Suami kepada bekas tunang Fizz Fairuz tampil

Posted by Unknown on 2/22/2013


Lelaki yang mendakwa dirinya suami Azlyn Massiela memberitahu Harian Metro hari ini, “saya mahu menyaksikan permainan dia (Azlyn)” ekoran kenyataan Azlyn kepada pihak media semalam.

Sekali lagi menegaskan Azlyn isteri keduanya malah surat nikah di Thailand ada dalam simpanan, namun lelaki yang menggelarkan dirinya Ramli itu enggan menunjukkan surat nikah tersebut. Kononnya “keadaan semakin rumit”. Bagaimanapun, satu salinan sudah diserahkan kepada Fizz. Tambahnya lagi, ibu bapa Azlyn boleh mengesahkan perkahwinan mereka.

Apa yang menarik, jika Ramli diawalnya mengeluarkan kenyataan telah merahsiakan pernikahan dengan Azlyn dari isteri pertama malah mereka hanya bertemu beberapa kali dalam sebulan selepas berkahwin kerana tidak mahu isteri pertama mendapat tahu, kini dia mendedahkan Azlyn dan isteri pertama sebenarnya rapat.

Kepada Berita Harian, dia berkongsi hanya sempat bersama Azlyn sebagai suami isteri selama tiga bulan selepas berkahwin pada 9 Mac lalu di selatan Thailand (tetapi sebelum ini kepada Harian Metro dia memaklumkan mereka sudah berkahwin beberapa tahun lalu). Ini disebabkan Azlyn jatuh sakit dan kembali menetap bersama keluarganya. Kali terakhir mereka berjumpa pada November lalu.

Mengenai isu surat nikah, katanya dia mahu terlebih dahulu mendapatkan nasihat perundangan dan meminta peguam memperhalusi dokumen tersebut.

Mohon diberi tempoh seminggu, dia mahu melakukan sembahyang istikharah supaya kebenaran dapat dibuktikan. Jelasnya, dia perlu berfikir masak-masak sebelum membuat pendedahan kerana ia kes rumit dan dia mahu jaga maruah ramai pihak termasuk Azlyn kerana enggan dia menanggung malu.

Selain surat nikah, dia juga mempunyai bukti-bukti lain yang dapat menyokong dakwaannya seperti resit pindahan wang sebagai nafkah bulanan.


0

Datuk Seri Shahidan Kassim tidak akan halal duit denda yang dikenakan padanya daripada FAM

Posted by Unknown on 2/22/2013


VS



Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyokong tindakan tunku Ismail Sultan ibrahim menegur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai mutu pengadilan Liga M turut menekankan beliau tidak akan menghalalkuan wang denda yang terpaksa dibayarnya kerana menganggap hukuman dijatuhkan badan induk itu ke atasnya 'sangat zalim'

"Saya langsung tidak dipanggil bagi siasatan ke atas saya, sebaliknya terus dihukum kerana membuat kenyataan meminta bantuan kewangan daripada FAM selain memohon badan induk itu menyelesaikan masalah bookie.

"Apa yang dilakukan ke atas saya amat kejam dan sayya berdoa agar azab dikenakan kepada mereka yang bertindak zalim dan akan mengadakan sembahyang hajat agar tiada lagi kezaliman berlaku dalam FAM"

Shahidan sekali lagi menekankan beliau secara jujur menyokong Presiden FAM Sultan Ahmad Shah namun tetap dikenakan gantung dan denda.

"saya berdoa agar azab dikenakan kepada mereka yang bertindak zalim (dalam FAM).."

Justeru, beliau menyokong tindakan Tunku Ismail kerana apa yang diperkatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ)itu menjadi bukti jelas, FAM memang berada dalam keadaan amat teruk.

Kelmarin, Tunku Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan saingan Liga M yang disifatkan masih berada di tahap amatur ketika bola sepak Malaysia sudah lama di era profesional.

"Saya akan menyokong mana-mana pihak yang berani memberi cadangan serta teguran kepada FAM kerana ia menunjukkan mereka mahukan kebaikan demi industri bola sepak negara.





0

Fizz Fairuz putus tunang dengan gelaran 'isteri orang'

Posted by Unknown on 2/22/2013 in





KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: Selepas mengejutkan industri hiburan dengan kisa pertunangan dengan wanita lain selain daripada pelakon Almy Nadia pada minggu lalu, pelakon Fizz Fairuz terus mengundang kejutan apabila menyatakan bahawa dia sudah putus tunang dengan wanita yang didakwa sebagai isteri orang itu.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, pelakon yang bertunang pada 10 Februari lalu itu mengakui pertunangannya dengan wanita berusia 26 tahun itu hanya mampu bertahan selama seminggu saja.

"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka bahawa tunang saya itu adalah isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah diatur oleh bekas tunang sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, Fizz mendakwa berkemungkinan besar dia terkena buatan orang.

Bekas tunang Fizz Fairuz



"Empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru saya tahu tunang saya itu isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40 tahun. Sebelum ini mereka telah bernikah di Thailand.

"Khamis lalu, saya menerima kiriman SMS dari adik bekas tunang yang menceritakan status sebenar. Malah, saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu, Sabtu lalu. Lelaki itu telah mengesahkan kepada saya yang tunang saya itu adalah isteri keduanya dan perbincangan kami berdua diadakan secara baik," jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur Kasih tersebut sudah memaklumkan kepada keluarga bekas tunangnya dengan menyuarakan hasrat untuk memutuskan tali pertunangan yang bertahan hanya seminggu saja.

"Cukuplah, saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Saya mengenali wanita itu di satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira setahun lalu. Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan ia turut diketahui Almy Nadia.

"Namun, sepanjang mengenalinya saya tidak tahu menahu tentang latar belakang keluarganya. Sedar-sedar saya sudah pun bertunang dengan dia. Saya hanya mengenali keluarganya ketika majlis itu berlangsung.

"Saya sedar tindakan bertunang secara tergesa-gesa itu sudah tentu menyakitkan hati Almy. Kepada semua, saya minta maaf terutama sekali Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Inilah ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni," ujarnya.

Menambah penjelasan, Fizz berasa pelik kerana sepanjang berkenalan dengan Almy selama tujuh tahun agak sukar untuk mengikat tali pertunangan tetapi tidak dengan wanita tersebut.

"Sehari sebelum bertunang, saya seperti ditunjukkan petanda musibah apabila tangan saya melecur terkena air panas. Malah, dalam perjalanan ke Kuatan, kenderaan saya turut rosak.

"Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati. Namun, apakan daya ia sudah pun berlaku.

"Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon maaf kepada media kerana tidak menjawab panggilan sebelum ini disebabkan fikiran serabut," jelasnya panjang lebar.

Sementara itu, Fizz memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan dengan wanita tersebut..

Komen : apa boleh buat Fizz, kalau dah jodoh tak kemana. Pasti ada penganti yang lebih terbaik dari si dia. InsyaAllah..

0

Datuk Seri Shahidan Kassim Digantung 30 Bulan & Denda RM39,000.

Posted by Unknown on 2/21/2013 in



Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun setengah dan denda RM39,000 kerana didapati bersalah atas empat pertuduhan antaranya mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Hukuman itu diputuskan oleh Jawatankuasa Tataterbit FAM yang bersidang
hampir tiga jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, hari ini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh timbalan pengerusi jawatankuasa
berkenaan Ednan Othaman selepas pengerusinya Datuk Taufik Abdul Razak tidak
dapat hadir.
Jawatankuasa tersebut turut menetapkan bahawa Shahidan tidak boleh
mengemukakan rayuan.
Berikutan keputusan itu, Shahidan, bekas menteri besar Perlis, hilang status
sebagai presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota
Jawatankuasa Kewangan FAM.
Ednan berkata Shahidan didapati bersalah melanggar Artikel 88 Statut FAM
iaitu berkaitan mengkritik pentadbiran badan induk bola sepak kebangsan itu.
“Hukuman terhadap Shahidan akan berkuat kuasa apabila dia (Shahidan)
menerima surat daripada FAM iaitu dalam tempoh 14 hari selepas tarikh hukuman
dijatuhkan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Dalam tempoh penggantungan itu, Shahidan dilarang terbabit atau memegang
jawatan dalam sebarang aktiviti berkaitan dengan bola sepak negara.
Atas pertuduhan pertama, Ednan berkata Shahidan dikenakan denda RM20,000
selepas didapati bersalah membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal
pentadbiran FAM tanpa kebenaran.



Susulan daripada penyiaran berita tersebut di bawah pertuduhan kedua,
Shahidan dikenakan denda RM10,000 dan digantung selama dua tahun kerana
berniat menghina, mengaibkan serta menjatuhkan imej FAM, katanya.
Shahidan turut didapati bersalah atas pertuduhan ketiga apabila mengeluarkan
kenyataan bercanggah atau tidak tepat dengan mana-mana keputusaan FAM dan beliau digantung selama enam bulan dan didenda sejumlah RM8,000.
Ednan berkata Shahidan turut didenda RM1,000 kerana tidak menjawab surat
tunjuk sebab selepas menerima surat pertuduhan bertarikh 1 Feb lepas yang
ditandatangani Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.
“Dia (Shahidan) tidak bertanggungjawab dan dianggap menghina FAM apabila
tidak mengambil sebarang tindakan bagi surat pertuduhan yang dihantar oleh FAM,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda
RM62,500 kerana gagal mengawal penyokong mereka pada aksi Liga Super antara
pasukan The Red Warriors dan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, 15 Jan lepas.
“KAFA tidak boleh membuat rayuan di atas hukuman berkenaan dan ia perlu
dijelaskan dalam masa 14 hari selepas menerima surat hukuman tersebut,” katanya.
Beliau berkata Kelantan berkemungkinan bermain tanpa kehadiran penyokong
sekiranya mereka mengulangi kesalahan sama pada aksi Liga Super seterusnya
menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu ini.
“Pegawai Jawatankuasa Disiplin FAM akan memantau perlawanan berkenaan dan
sekiranya penyokong Kelantan gagal mengawal disiplin, maka kita akan mengambil
tindakan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA

SUMBER

0

Bandar Puchong banjir kilat ! (6 Gambar)

Posted by Unknown on 2/18/2013 in



Selangor Dilanda Banjir Kilat Akibat Majlis Perbandaran Sepang terlupa membersihkan sampah dari Longkang. Beberapa kawasan di Selangor telah dinaiki air berikutan hujan lebat pada petang 25 Januari 2013. Antara kawasan yang terlibat adalah Kg Tengah dan Kg Kenangan di Puchong, serta Kg Baru Hicom dan Desa Kemuning di sempadan Shah Alam dan Klang. Maklumat pembukaan pusat pemindahan dan jumlah mangsa yang terlibat sedang diperolehi.

Pandangan dari IOI puchong






Jalan Puchong Ke Putrajaya





Nasib baik PT belum balik ke Puchong lagi. Adakah kemelut ini akan berakhir semasa PT sudah berada di bandar puchong. InsyaAllah.


0

Gempar ! Meteor jatuh di Russia !

Posted by Unknown on 2/15/2013



MOSKWA, KOMPAS.com — Korban luka-luka akibat ledakan meteor di Rusia, Jumat (15/2/2013), sudah menembus lebih dari 100 orang. Tidak ada  korban jiwa dalam insiden ini.

Juru Bicara Kementerian Dalam Negeri Rusia Vadim Kolesnikov mengatakan, sebanyak 102 orang telah meminta bantuan medis menyusul insiden tersebut. Kebanyakan terluka karena terkena pecahan kaca bangunan.

Masih belum jelas benda yang menyebabkan ledakan besar tersebut. Juru Bicara Kementerian Darurat Irina Rossius menyebut bahwa peristiwa tersebut sebagai hujan meteor. Namun, pejabat lainnya, Elena Smirnikh, mengatakan bahwa ledakan ditimbulkan oleh sebuah meteor.

Peristiwa tersebut sempat terekam dalam sejumlah video amatir yang mendokumentasikan detik-detik ledakan tersebut. Rekaman itu memperlihatkan sebuah bola api raksasa melesat dari langit sebelum akhirnya meledak sebelum mencapai tanah.

Sejauh ini, belum dilaporkan penemuan pecahan benda yang meledak di atas langit wilayah Ural itu.

Saksikan berita tentang meteor ini di Rusia



Video yang diambil oleh penduduk di Rusia





Sekarang pelbagai kejadian dah terjadi didunia ini . Allah sudah memberi petunjuk, hanya umatnya yang buat keputusan ingin mengikut ajarannya atau tidak. 


0

Terkini ! PS4 akan dikeluarkan !

Posted by Unknown on 2/15/2013



Tuntutan-tuntutan penganalisis PS4 mungkin boleh dikeluarkan pada 2014, setahun selepas Xbox 720 dan dua tahun selepas Wii U. Nintendo

Sejak kemunculan Sony Playstation 3 dalam 2006,telah menjadi konsol pilihan pengemar Play Station. 50 juta unit play station 3 telah dijual di seluruh dunia setakat ini. Dengan pemain Blu-ray bersepadunya dan sejumlah keupayaan lain membuat ia hebat dalam industri permainan.

Tetapi ketika fanboys meneruskan untuk gembar-gembur naik kelayakannya, satu rangkaian khabar-khabar angin menunjukkan bagi pelancaran konsol PlayStation generasi berikutnya, menggelar PS4 atau PlayStation Orbis.

Walaupun laporan-laporan tentang pelancaran PS4 Orbis menjadi meluas sejak tahun lepas, butiran apa konsol akan kelihatan seperti, apabila ia akan menjadi keluar dan berapa ialah akan menelan belanja untuk meneruskan

Walau bagaimanapun, kami telah mencari web ini melukis gambaran apa menjangka dari PlayStation keempat Sony.


Bilakah PS4 keluar?

Tarikh keluaran Play Station terbaru akan datang sering tajuk panas dengan pelancaran PS4..

Apabila PlayStation 3 dimulakan kembali dalam 2006, Sony mengisytiharkan konsol mempunyai satu kitaran hidup sepuluh tahun, jadi ia tidak akan memperkenalkan satu konsol baru sehingga hayat simpanan PS3 mati.

Teknikal di dalam PS3 ada 'bukti akan datang' dan ini muncul untuk membatalkan khabar-khabar angin pembebasan PS4 sebelum 2016.

Bagaimanapun, dengan khabar-khabar angin berlimpah-ruah bahawa Microsoft and Nintendo akan kedua-dua mengumumkan konsol-konsol generasi berikutnya mereka iaitu Xbox 720 dan Wii U selewat-lewatnya tahun ini.

PS4 mungkin akan siap sebelum Krismas 2013 atau pada 2014. Bagaimanapun , Sony berurusan satu masalah besar kepada peminat suka melihat satu konsol baru di E3 2012.

Sony CEO Kaz Hirai berkata: “Kami tidak membuat sebarang pengumuman di E3.” Dia juga disokong sepuluh tahun jangka hayat konsol mengatakan yang dia “Always kata kitaran hayat sepuluh tahun kerana PS3 , dan tidak ada sebab pergi dari itu.”

Mengemaskinikan: Penganalisis M2 Research, percaya PS3 akan meneruskan untuk terlaris sepanjang baki 2012, serta tahun depan, apabila harga ialah dijangka untuk dikurangkan kepada $150




Apa panggilan bagi PS4?

Laporan-laporan telah muncul bahawa PS4 akan dipanggil Orbis, yang cara cincin atau mengelilingi di Latin.

Tetapi jika anda menggabungkan ia dengan Vita, PlayStation pegang tangan, ia bermakna 'bulatan hidup'.

Ini boleh bermakna bahawa susulan Vita akan memainkan satu peranan yang besar dalam alat solek konsol baru.

Keterangan tentang PS4


CPU

* 4 core (2 core pairs) 3.2 GHz AMD x86 (Steamroller)
* aggregate, 10x PS3 PPU performance
* 512 KByte L2 per core pair
* 64 bit pointers

GPU

* AMD R10x series GPU @ 800 MHz (Tahiti)
* aggregate 10x RSX performance, 1.84 TFlops
* DX”11.5″
* cheap branching
* 18 compute units, focus on fine grained compute & tessellation

MEMORY:

* 2 GByte UMA, pushing for 4 GByte
* 192 GByte/ sec non-coherent access for e.g. GPU
* 12 GByte/ sec coherent access for CPU
* >50% longer memory latency for CPU/ GPU compared to PC!!!
* DXT is lowest bpp texture compression format

MEDIA:

* 50 GByte BD drive
* PCAV, between 3.3 and 8x BD, most likely clamped to 6x
* automatic background caching to HDD
* HDD SKU with at least 380 GByte
* downloadable games

EXTRA HARDWARE:

* video encoder/ decoder
* audio processing unit, ~200 concurrent MP3 streams
* HW zlib decompressor

Play Station 4





Antara design yang menjadi Rumours PS4


Era PS3 belum berakhir lagi tapi PS4 dah keluar. Tapi pentingnya mesti mantap gila PS4 kan. Peminat2 Play Station mesti terkejor2 kan . huhu





2

Sejarah Valentine Day & Hukum Menyambutnya

Posted by Unknown on 2/13/2013 in


Sejarah Valentine Day

Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masehi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka.

Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.

Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani.

Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakanya.

Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.

Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka padaketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun.

Para pendeta memandang bahwa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan, oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendeta Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.

Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.

Itulah beberapa gambaran kisah disebalik Hari Kekasih @ Valentine Day dan semua berkaitan agama Nasrani @ Kristian.



Hukum Sambutan Valentine Day

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj : 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.)

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi.

Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, 3512.)

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)

Untuk maklumat yang lebih jelas , kita tonton dan dengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus dan Ustazah Siti Nor Bahyah






Like page Pensel tumpul dan Bloggermate 






2

5 punca dan cara mengatasi masalah BUNCIT !

Posted by Unknown on 2/12/2013 in




Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar. Berikut adalah 5 tips yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi.

1. Jus limau
Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau.

2. Elakkan minuman sejuk ketika makan
Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik.

3. Berpuasa
Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan.

4. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur
Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.

5. Kombinasi makanan
Salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan. Selain daripada itu, pendapat pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan. 
Follow us: @pensel patah

0

Kisah Nazmi Faiz Mansor dipermainkan di Portugal .

Posted by Unknown on 2/10/2013

KEPULANGAN Nazmi Faiz dari Portugal untuk beraksi di Malaysia sememangnya menjadi bualan mulut peminat bolasepak tempatan. Ramai yang mengkritik tindakan pemain muda ini yang dilihat sebagai satu langkah ke belakang untuk kariernya. Nazmi juga lebih banyak berdiam diri dari meluahkan faktor sebenar dirinya menamatkan kontrak bersama SC Beira-Mar.

Namun, tidak ramai mengetahui hal sebenar mengenai kesengsaraan Nazmi dalam meneruskan kehidupan di Portugal. Krisis kewangan yang dihadapi kelab Portugal itu menyaksikan gajinya sebanyak 2500 Euro sebulan dipotong hingga akhirnya tinggal 500 Euro sebulan.

Sumber rapat memberitahu, keadaan ini seterusnya mengakibatkan Nazmi sendiri mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan hingga terpaksa makan maggi untuk mengalas perut. Dengan sumber kewangan yang terhad ini, Nazmi juga bermasalah dalam membayar sewa rumahnya sehingga akhirnya terpaksa merempat di rumah kawan.



Boleh dikatakan, kebajikan Nazmi disana terabai dan harus diingat, usia Nazmi masih terlalu muda berbanding beberapa pemain negara yang berkelana di Eropah sebelum ini. Kakak beliau yang menemani beliau pula hanya bertahan 3 bulan sebelum dihantar pulang ke Malaysia.

Kesusahan Nazmi ini telah dirujuk ibu bapa beliau kepada beberapa pihak yang berkenaan namun tiada tindakan yang diambil namun Nazmi tetap bertahan hampir enam bulan lamanya bagi merealisasikan impian dan harapan seluruh rakyat Malaysia.

Diberitakan lagi ketika cuti Krismas lalu dimana Nazmi dibenarkan bercuti, kebetulan seorang individu yang rapat dengan Nazmi sendiri iaitu datuknya telah meninggal dunia tetapi Nazmi tidak dibenarkan pulang ke Kuala Lumpur oleh Beira Mar pada waktu itu walaupun sudah mempunyai tiket penerbangan pulang.

Selepas episod sedih ini berlaku, Nazmi diminta pula untuk menandatangani satu kontrak baru dalam bahasa Portugal yang mana meragukan beliau. Selain itu Nazmi mahu dijual Beira Mar ke kelab Divisyen 4 Jerman. Setelah berbincang dengan ejen dan keluarga, pemain muda ini memilih pulang ke Malaysia buat masa ini untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Situasi ini akhirnya diselamatkan PKNS FC yang menerima tawaran dari ejen Nazmi, Marco Guimaraes untuk membawa pulang Nazmi ke Malaysia dengan membayar wang perpindahan kepada Beira Mar.

Kesian tengok Nazmi Faiz. Pada masa masih lagi digelar mentah tapi dipermainkan mentah-mentah. Kena hentam di Portugal, balik Malaysia kena hentam dengan peminat. Nasib baik kelab yang berpangkalan di selangor iaitu Selangor PKNS dapat mengetahui situasi Nazmi Faiz dan bantu Nazmi keluar dari tempat yang boleh digelar "neraka" bagi anak muda ini. 
Kira bersyukur jua kerana Nazmi masih lagi diberi kesempatan untuk menunjukkan aksinya yang sebenar dan memikat semula hati OKS dan mana tahu K.Rajagopal bermurah hati memberi tempat di skuad kebangsaan yang sibuk menjalankan perlawanan Kelayakan Piala Asia. 
Mari kita seluruh warga Negara menyokong Nazmi Faiz. 

0

Sah ! Chelsea akan datang ke Malaysia 21 july 2013

Posted by Unknown on 2/08/2013



Juara Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, Chelsea bakal mengadakan kunjungan pra-musim ke Asia Tenggara termasuk menguji pasukan Pilihan Malaysia Julai ini.

Kelab tersebut mengesahkan kedatangan mereka semalam dan bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara serantau lain seperti Thailand dan Indonesia.

Kali terakhir Chelsea mengadakan kunjungan ke Asia ialah musim lalu, disusuli kejayaan kelab London itu meraih kejuaraan Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Mereka akan bertemu pasukan Pilihan Malaysia pada 21 Julai depan di Stadium Shah Alam, empat hari selepas mengadakan pertemuan dengan Pilihan Thailand bagi saingan Piala Singha di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok.

Pasukan bimbingan Rafael Benitez itu akan ke Indonesia buat kali pertama akan berjunjung ke Indonesia pada 25 Julai dan akan menentang Pilihan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Kali terakhir Chelsea menentang pasukan Pilihan Malaysia ialah pada 2011 yang menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim Swee tewas tipis 0-1 hasil jaringan Didier Drogba.

Mengimbau kembali malaysia VS chelsea tahun 2011


The Blues juga pernah bertemu pasukan Pilihan Malaysia 2008 di Stadium Shah Alam, di mana keputusan berpihak kepada pasukan pelawat 2-0.

"Ia sangat menakjubkan dapat kembali semula ke Asia di mana menjanjikan perlawanan pra-musim yang cemerlang.

"Asia Tenggara merupakan tempat yang menyaksikan peningkatan bilangan penyokong Chelsea dan kami berbesar hati dapat datang lagi untuk merasai pengalaman berserta sambutan luar biasa.

"Kami juga begitu teruja dapat berkunjung ke Indonesia buat kali pertama, negara yang mempunyai ramai penyokong The Blues, ia membuatkan kami tidak sabar untuk beraksi di sana," kata Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay. - AFP

SUMBER : Utusan



Kenangan 2011 ketika Chelsea membuat perlawanan persahabatan bersama pasukan Harimau Malaya.




0

10 sebab hati kita jadi hitam dan keras

Posted by Unknown on 2/08/2013 in



10 punca hati kita jadi gelap dan keras:

  1. Suka melihat kemaksiatan.
  2. Suka melihat tahi/najis.
  3. Suka bercakap kotor.
  4. Suka berfikiran kotor/lucah
  5. Tidak bersolat.
  6. Tidak membaca al-Quran
  7. Tidak bertahajjud.
  8. Tidak berzikir.
  9. Tidak berdoa kepada ALLAH SWT.
  10. Hidup di atas dunia ni dengan sombong dan angkuh.


Marilah kita mula berubah ke arah kebaikan semoga hidup kita dirahmati Allah s.w.t. Mungkin kita tidak sedar, perkara-perkara yang boleh menyebabkan hati kita gelap tapi harap sekarang kita sedar dah kita mencuba untuk mentransformasikan diri kita ke arah jalan yang lebih maju dan selamat. Amin





0

Fara Fauzana hampir maut di bumi Gaza

Posted by Unknown on 2/07/2013 in


“Saya Hanya Fikir Mati Ketika Itu” – Fara Fauzana – Pengacara popular, Fara Fauzana yang baru sahaja tiba di tanah air pada ahad lalu sempat berkongsi pengalaman beliau sewaktu berada di bumi Gaza bagi menjalankan tugas sebagai pengacara Nona.

Menurut Fafau nama glamornya, pengalaman yang paling mengerikan sepanjang seminggu berada di sana adalah terdengar bunyi tembakan di luar bilik hotel.

“Itulah pengalaman paling ngeri. Apabila saya terdengar bunyi tembakan dari luar bilik hotel saya terus meniarap sebab itulah yang telah disuruh masyarakat di sana jika terdengar bunyi tembakan rambang seperti itu.”

“Apa yang bermain di fikiran ketika itu hanyalah mati. Saya bersyukur keselamatan saya dan krew Nona yang lain selamat,” ujar pengacara popular ini.

Nona production sedang buat lawatan ke Bumi Gaza

Selain pegalaman seram itu, Fara turut berkongsi kenangan manis yang terjadi di sana dan dirinya tidak menyangka negara yang bergolak itu adalah negeri yang amat damai dan tenang.

“Kedamaian dan ketenangan di bumi Gaza jauh berbeza dari apa yang dibayangkan oleh negara lain.”

Tambahnya lagi, hatinya tersentuh tatkala melihat anak-anak muda di sana bersunguh-sunguh dalam memperjuangkan negara mereka dari serangan tentera Israel. Tidak kira peringkat umur, tua, muda dan kanak-kanak kecil semuanya bersemangat mempertahankan tanah air mereka.

Penyampai radio Hot FM ini turut menyatakan hasratnya untuk kembali ke sana lagi dan ingin membawa adik beradiknya sendiri bagi merasai dan melihat sendiri kehidupan di sana.

sumber

0

Yus Jambu bakal berkahwin dengan Model Sambilan

Posted by Unknown on 2/07/2013



Yus Jambu Bakal Kahwini Model Sambilan - KUALA LUMPUR : Sebaik saja kumpulan Jambu yang dianggotai Yus dan Tauke diumumkan sebagai naib johan program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM), Yus secara rasminya telah mencanang satu Malaya bahawa dia akan menggunakan wang kemenangan tersebut untuk mengadakan majlis perkahwinannya nanti.

Namun, sehingga ke hari ini, Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo,37, masih belum memberitahu identiti sebenar wanita yang telah pun bertakhta di hatinya sekaligus memikat hati Yus untuk menjadi suri dihatinya.

“Saya ni bukan jenis perahsia. Kalau ikutkan hati saya, saya nak beritahu semua bahawa dia adalah bakal isteri saya. Namun, demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu foto dan nama sebenarnya.

“Namun, untuk tidak mengecewakan orang yang dah bertanya, saya akan memberitahu sedikit demi sedikit siapakah dia orangnya. Nama pangkal dia adalah B dan dia berasal dari Taiping. Dia bekerja sebagai setiausaha ahli korporat dan juga model sambilan. Dia berumur 32 tahun.

“Saya baru saja empat bulan mengenalinya. Saya kenal dia pun menerusi facebook. Alhamdulillah, setakat ini saya suka dan mahu dia jadi isteri saya kerana dia sangat memahami saya,” katanya kepada murai.com.my.

Membicarakan soal tarikh kahwin, Yus mengakui dalam persiapan menuju ke alam perkahwinan. Namun, Yus memberitahu berkemungkinan besar tidak akan bertunang kerana pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini.

“Ya, saya akan berkahwin dengan dia. Namun, tarikh yang tepat masih belum ada. Mungkin paling cepat tahun ni paling lewat pun tahun depan. Walaupun masih belum bertarikh, saya sudah merancang untuk membuat majlis kahwin ala kampung di pihak saya di Perlis nanti.



“Saya suka dia sebab wajahnya persis gadis kampung. Apabila saya kenal dia menerusi facebook, selama dua minggu dia tidak pernah tahu saya ini adalah artis atau pun Yus Jambu. Sehinggalah satu hari, kawan dia memberitahu dia dan dia sendiri bertanyakan identiti saya.

“Selepas kenal dan tahu siapa saya, dia tersangatlah memahami kesibukan saya. Dia pun wanita yang mempunyai wawasan dan bekerjaya. Setakat ini, saya sudah pun berjumpa dengan ahli keluarganya. Tapi saya belum datang ke rumahnya di Taiping. Kami berjumpa pun tatkala keluarganya datang ke Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini,” jelasnya.

Meneruskan cerita, Yus bersyukur ayah dan keluarga wanita itu menerimanya dan memberikan pandangan positif terhadap hubungan mereka.

“Ayah dia yang nak berjumpa dengan saya. Dia nak kenal identiti dan perlakuan saya. Alhamdulillah, mereka suka saya dan mengatakan saya tidak seperti yang disangkakan. Maksudnya, pada mulanya mereka ingatkan saya ni kategori artis sombong dan belagak, tapi sebenarnya saya tidak.

“Saya pun mesra dengan keluarga dia. Ayah dia pun sporting dan sekepala dengan saya. Saya rasa saya tidak akan bertunang dengan dia. Kalau bertunang pun sekejap saja. Dulu saya dah 4 tahun menghadapi dilema bertunang.

“Terus-terang, saya sudah lama tidak merasa perasaan gembira sebegini. Jadi, doakanlah saya bahagia dan hubungan saya kekal selamanya,” jelasnya.

Sementara itu, Yus berjanji apabila tiba waktunya nanti, dia akan beritahu dan mendedahkan wajah kekasihnya itu.

SUMBER

1

FAM tidak benarkan Nazmi Faiz beraksi untuk PKNS.

Posted by Unknown on 2/04/2013 in



Sudah Jatuh ditimpa tangga, itulah peribahasa yang boleh diberi kepada pemain muda negara Nazmi Faiz. Nazmi Faiz yang baru sahaja menyarung jersi PKNS dan mengikat kontrak selama 3 tahun tetapi malangnya dia belum boleh diturunkan dalam masa terdekat.
Mengikut peraturan, Nazmi hanya boleh beraksi dan didaftarkan dalam pasukan pada jendela perpindahan pemain bulan April nanti dan FAM hari ini memutuskan bahawa peraturan itu harus dipatuhi.
Pengurus pasukan PKNS, Azmi berkata, PKNS menerima keputusan FAM dengan terbuka dan mengharapkan agar proses seterusnya berjalan dengan lancar.
"Nazmi akan turun beraksi bersama pasukan menjalani latihan seperti biasa kerana kita tidak mahu bakatnya disia-siakan.
"Urusan pendaftaran Nazmi untuk April nanti sedang kita laksanakan dan bagi memastikan pemain itu beraksi dengan PKNS dalam saingan Liga Super," katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma FAM, hari ini.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, PKNS perlu menunggu tempoh pendaftaran pemain baru yang telah ditetapkan oleh badan itu.
"Kita terpaksa menolak permohonan ini berdasarkan beberapa peraturan, antaranya pemain yang ingin didaftarkan perlu menunggu sehingga tempoh perpindahan kedua dibuka April ini," katanya.

Sumber : Foxsports

1

Sebab-sebab kepulangan Nazmi Faiz dari SC Beira Mar

Posted by Unknown on 2/04/2013 in



Namun menurut Fadzrie Hazis (Astro Awani), sumber yang rapat dengan Nazmi mendedahkan SC Beira Mar yang berpangkalan di Aveiro sebenarnya menghadapi masalah kewangan (mungkin kesan daripada krisis kewangan Euro).
Rupanya Nazmi dikatakan hanya menerima 500 Euro (RM2,110 sahaja) untuk tempoh enam bulan dia berada di Portugal dan mungkin sebab itulah ejen Nazmi tak pernah mendedahkan nilai kontrak 3 tahun Nazmi serta bayaran yang diterima ketika di Portugal.

Salah satu sebabnya mungkin takut harapan rakyat Malaysia khususnya penyokong bola sepak fanatik yang beranggapan Nazmi umpama 'pemain bintang' dan pastinya mendapat bayaran berpuluh ribu ringgit sebulan seperti Safee Sali ketika di Pelita Jaya.

Selamat tinggal Beira-Mar...

Malah, sampai satu peringkat Nazmi dikatakan terpaksa keluar dari rumahnya dan menumpang berteduh di rumah rakan sepasukan, kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

Bapanya, Mansor Mustapha ada merujuk kepada FAM untuk membawa anaknya pulang dan diserapkan kembali ke skuad Harimau Muda A di bawah Ong Kim Swee. Namun FAM tak boleh berbuat apa-apa untuk menebus yuran perpindahan buat Nazmi kepada Biera-mar yang dianggarkan cuma 50,000 Euro (mesti ada yang terkejut, rupanya murah saja kontrak Nazmi di Portugal ni) dan ia mendorong bapanya menekan butang kecemasan dengan berbincang bersama PKNS atas nasihat ejen Nazmi, Marco Guimareas.

PKNS sahaja yang mampu menebus kontrak Nazmi daipada Beira-Mar
p/s: Setakat ini, Nazmi Faiz masih berahsia dengan media...

sumber


0

Pengerusi Cardiff City menyokong Nazmi Faiz

Posted by Unknown on 2/04/2013 in




Pengerusi Cardiff City, Dato’ Chan Tien Ghee beranggapan Nazmi Faiz masih mepunyai kareer bolasepak yang cerah pada masa hadapan walaupun telah menamatkan kontrak bersama kelab Portugal, Beira Mar SC.
Sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan luas dalam pengurusan bolasepak di Eropah, Chan percaya kepulangan kembali Nazmi ke Malaysia untuk bersama PKNS tidak akan membataskan peluang buat pemain muda ini untuk kembali berkelana di Eropah.
“Nazmi pemain yang berbakat dan masih muda. Masih banyak yang perlu beliau pelajari. Namun saya percaya beliau mempunyai kualiti untuk terus beraksi di Eropah.
“Nasihat saya, kita perlu tetapkan matlamat sebenar yang ingin dicapai. Apa yang kita hendak dan apa yang kita mahu. Itu akan menjadi sumber inspirasi untuk terus mencapai kejayaan” tambah Chan.
Chan ditemui ketika menghadiri mesyuarat pengurus pasukan Liga 1MCC – Yamaha Leong 2013 yang berlangsung di Bukit Kiara Equastrian & Country Club pada Ahad.
Liga bawah 12 tahun yang memasuki edisi ketiga penganjurannya ini akan memperlihatkan sedikit kelainan dengan 32 pasukan akan dibahagikan kepada 2 divisyen iaitu divisyen A dan divisyen B.

Dato' Chan Tien Ghee
Dato’ Chan Tien Ghee

“Pembaharuan ini dilakukan untuk memastikan persaingan yang lebih adil dan sesuai. Kita mahu beri pasukan bersaing dengan pasukan yang mempunyai tahap yang sama agar tidak ada lagi keputusan seperti 17-0, 15-0 yang berlaku pada tahun lepas” kata Gobi Nair, pengarah kejohanan dalam mesyuarat tersebut.
Liga ini juga bakal dikembangkan ke beberapa buah negeri seperti Pahang, Sabah dan Negeri Sembilan untuk memberi peluang kepada lebih ramai anak muda menunjukkan bakat bolasepak yang ada pada mereka.

SUMBER


0

Kesihatan - Bahayanya duduk Atas Dompet

Posted by Unknown on 2/01/2013 in

Bahaya Duduk Atas Dompet


Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, terutamanya lelaki yang letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet. Salah ke letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet?

Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.



Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

via : Johor Southern Tigers

1

Sah ! Beckham milik PSG

Posted by Unknown on 2/01/2013 in

Sensasi ! PSG sekali lagi buat kejutan dengan menandatangi bekaas pemain sensasi England dan juga bekas pemain LA Galaxy iaitu David Beckham. PSG kini sudah dibarisi pemain-pemain yang bergelar bintang seperti Ibrahimovic, Menez, Thiago Motta dan ramai lagi. David Beckham akan memakai jersi nombor 32.




Mari kita tengok gambar-gambar David Bechkam sebaik sampai di PSG.

disunting dari official page PSG






Kagum melihat kesungguhan kelab dari Perancis ini dalam memajukan bola sepak dalam kancah Liga Perancis dan misi utamanya ialah UEFA Champion League (Liga Juara-juara Eropah).








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.