0
Makna bacaan doa dalam solat
Posted by Unknown
on
4/26/2013
in
Agama
Solat
Sejak kecil lagi ramai diantara kita yang melakukannya tapi kita faham tak bacaan solat kita?
Macammana kita nak khusyuk kalau kita tak faham bacaan solat?
Ye, mungkin kita kata kita bukan orang arab tapi itu bukan ALASAN.
Ada pula yang kata "saya sibuk, tak ada masa nak belajar" dan macam-macam lagilah.
Tapi tak apa, video ini akan menerangkan makna bacaan solat dengan mudah dan ringkas.
Okay, kita mulakan dengan takbir
Takbir
Allah maha besar
Al-fatihah
Dengan nama yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Segala puji bagi Allah,tuhan semesta alam
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Yang menguasai hari pembalasan
Hanya engkaulah yang kami sembah
dan hanya ada engkaulah kami mohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka
Dan bukan jalan mereka yang engkau murkai, dan bukan jalan mereka yang sesat.
Rukuk
Maha suci Tuhanku, yang maha besar dan segala puji-pujiannya
Iqtidal
Allah mendengar pujian orang yang memujinya
Wahai tuhan kami, bagi engkaulah segala pujian
Sujud
Maha suci tuhanku, yang maha tinggi, dan segala puji-pujiannya
Duduk antara 2 sujud
Ya Allah ampunilah dosaku
Rahmatilah aku
Cukuplah aku.
Angkatlah darjatku
Dan berikanlah aku rezeki
Berikan petunjuk padaku
Dan sihatkanlah aku
Dan ampunilah akan aku.
Tahyat akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah
Sejahtera akan engkau wahai nabi
Dan rahmat Allah serta keberkatannya
Sejahtera keatas kami,
Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah
Dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad pesuruh Allah
Wahai Allah
Selawatkanlah atas nabi Muhammad dan keatas keluarganya
Sebagaimana engkau selawatkan keatas Ibrahim dan keatas keluarga Ibrahim
berkatilah ke atas Muhammad dan keatas keluarganya
Sebagaimana engkau berkati keatas Ibrahim dan keatas keluarga Ibrahim.
Dan dalam alam ini,sesungguhnya engkau maha terpuji lagi maha agung
Salam
Salam Sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah.