0

Zain Saidin: 'Saya dipergunakan!' (Masterchef)

Posted by Unknown on 4/30/2013 in




BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta.

Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan.

Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.

“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).



Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.

“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.

“Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.

Didesak sertai MSM 2

Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.

“Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.

“Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.

Hubungan bersama Che Ta tergugat?

Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.

Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.

“Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.

       Pasti ramai penonton Masterchef pada kelmarin hari pasti terkejut akan sifat Zain yang ter"kurang ajar" dengan Chef yang sebagai orang tua daripada Zain. Ramai  yang kurang sanjungan terhadap Zain yang membintangi Oh My English. Tertepatan dengan tema kali ini,Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas. Mari kita teruskan tontonan kita terhadap Masterchef selebriti 2. ^_^


0

Penjelasan Zain terhadap sifat kurang ajar di Masterchef

Posted by Unknown on 4/30/2013



Nama pelakon siri Oh My English!, Zain Saidin tiba-tiba menjadi hangat apabila dia dikatakan bersikap biadap dan kurang ajar terhadap juri-juri yang mengadili program Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2) seperti yang disiarkan pada Ahad lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Zain menjelaskan kepada Sinar Harian.

” Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh ‘real’, separuh drama. Namun, kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah,”

Selain itu, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu juga mendedahkan bahawa dia didesak oleh pihak produksi untuk menyertai sekali MSM 2 kerana kisah percintaannya Rozita Che Wan atau Che Ta yang juga menjadi salah seorang peserta program tersebut.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta,” jelasnya.

Zain juga berkata dia kini sudah berbaik dengan ketiga-tiga juri tersebut iaitu Chef Joe, Chef Zubir dan Chef Adu dan dia juga tidak kisah dengan tanggapan serta pandangan masyarakat mengenai dirinya selepas melihat episod ‘panas’ itu.

Oleh: AUDREY LEE

Sumber



1

Hukum Mengambil Gambar (Bidang Fotografi)

Posted by Unknown on 4/29/2013 in





Sejak akhir-akhir ini, ramai orang telah menceburi bidang fotografi dan menjadikannya sebagai satu pekerjaan sampingan. Bermula dengan era kamera DSLR, bidang ini dilihat mampu menjadi salah satu pekerjaan yang mampu meraih pendapatan yang tinggi. Ekoran daripada itu, ramai yang lupa bahawa setiap benda yang kita lakukan perlu mengikut syariat Islam. Di sini terdapat koleksi soal jawab mengenai hukum mengambil gambar fotografi terutamannya dalam majlis perkahwinan.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografiharus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jikagambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).


3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.


4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru).

Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).



Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”

Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.


0

Pembunuhan Shaharuddin Dikutuk!

Posted by Unknown on 4/27/2013 in





PAGI tadi kira-kira pukul 8.15 pagi, berlaku satu kejadian yang cukup kejam bila  Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, ditembak di dalam keretanya ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya

Beliau yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa.

Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala.



Berikutan kejadian itu, polis telah menubuhkan satu pasukan khas Bukit Aman untuk menyiasat kejadian pembunuhan beliau.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan tersebut adalah tindakan segera dan serta-merta pihak polis selepas menerima laporan kejadian.

“Saya telah mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dengan segera untuk menyiasat kejadian ini dan kita telah bertindak serta-merta,” katanya.

Menurut Ismail insiden melibatkan pegawai penguatkuasa ini tidak boleh diterima kerana keberkesanan menjalankan tugas dan ia berlaku di Putrajaya.

“Dalam insiden ini seorang pegawai tinggi penguatkuasa telah menjadi mangsa dan saya tidak boleh ingat bila kali terakhir pegawai tinggi penguatkuasa menjadi mangsa jenayah semata-mata pihak penguatkuasa dapat menjalankan tugas dengan tegas dan penuh amanah,” katanya.

Ismail berkata sehingga kini sebarang tangkapan belum dibuat tetapi pihak polis telah memanggil beberapa orang yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Beliau yang mengutuk perbuatan ini sekeras-kerasnya berkata kejadian seperti ini tidak harus dibiarkan berlaku terutama di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara.

“Kita tak akan biarkan apa-apa kejadian berlaku. Saya akan tentukan siasatan dijalankan dengan terperinci dan akan cuba mencari mereka yang bertanggubgjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan polis supaya menyegerakan siasatan dan usaha memberkas penjenayah yang menembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim pada Jumaat.

Sambil mengutuk sekeras-kerasnya insiden kejam itu, perdana menteri berkata ia merupakan satu kejutan kerana berlaku di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara serta melibatkan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.



“…ia berlaku kepada anggota kita (penjawat awam) yang sedang ambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kepada pihak yang tidak senang dengan tindakan tegas (mereka).

“Saya kutuk perbuatan tersebut sekeras-kerasnya dan berharap polis siasat segera dan cari serta berkas mereka yang bertanggungjawab kerana penjawat awam kita mesti dijaga keselamatan mereka,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Najib berkata keselamatan penjawat awam di negara ini perlu diberi perhatian terutama ketika mereka menjalankan tugas.

“Apa yang saya nak nyatakan di sini, penjawat awam dalam negara mesti diberi perlindungan lebih-lebih lagi ketika mereka melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan negara,” tegas beliau.


0

Rahsia Lambang Singa Di Kotak Rokok?

Posted by Unknown on 4/27/2013 in



Sama ada korang merokok atau tidak, tentu  korang  biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.

Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.

Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?

Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil.

Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.

Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.

Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.

Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.

Bagi perokok tegar,  korang  sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. Ke mana saja  korang  pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti  korang  walaupun  korang  sedang mengerjakan solat.

Wang  korang  juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan  korang  tidak kira  korang  kaya atau miskin.\

Contoh brand2 rokok yang mengunakan lambang singa




So korang masih lagi mahu menyokong yahudi ke? Dah terang benderang kita dapat lihat lambang yang menunjukkan yahudi.. You make decision.. 


0

Makna bacaan doa dalam solat

Posted by Unknown on 4/26/2013 in


Solat
Sejak kecil lagi ramai diantara kita yang melakukannya tapi kita faham tak bacaan solat kita?
Macammana kita nak khusyuk kalau kita tak faham bacaan solat?
Ye, mungkin kita kata kita bukan orang arab tapi itu bukan ALASAN.
Ada pula yang kata "saya sibuk, tak ada masa nak belajar" dan macam-macam lagilah.
Tapi tak apa, video ini akan menerangkan makna bacaan solat dengan mudah dan ringkas.
Okay, kita mulakan dengan takbir 
Takbir
Allah maha besar

Al-fatihah
Dengan nama yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Segala puji bagi Allah,tuhan semesta alam
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Yang menguasai hari pembalasan
Hanya engkaulah yang kami sembah
dan hanya ada engkaulah kami mohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka
Dan bukan jalan mereka yang engkau murkai, dan bukan jalan mereka yang sesat.

Rukuk
Maha suci Tuhanku, yang maha besar dan segala puji-pujiannya

Iqtidal
Allah mendengar pujian orang yang memujinya
Wahai tuhan kami, bagi engkaulah segala pujian 

Sujud
Maha suci tuhanku, yang maha tinggi, dan segala puji-pujiannya

Duduk antara 2 sujud
Ya Allah ampunilah  dosaku
Rahmatilah aku
Cukuplah aku.
Angkatlah darjatku
Dan berikanlah aku rezeki
Berikan petunjuk padaku
Dan sihatkanlah aku
Dan ampunilah akan aku. 

Tahyat akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah
Sejahtera akan engkau wahai nabi
Dan rahmat Allah serta keberkatannya
Sejahtera keatas kami,
Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah
Dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad pesuruh Allah  
Wahai Allah
Selawatkanlah atas nabi Muhammad dan keatas keluarganya
Sebagaimana engkau selawatkan keatas Ibrahim dan keatas keluarga Ibrahim
berkatilah ke atas Muhammad dan keatas keluarganya
Sebagaimana engkau berkati keatas Ibrahim dan keatas keluarga Ibrahim.
Dan dalam alam ini,sesungguhnya engkau maha terpuji lagi maha agung

Salam
Salam Sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah.





2

Hukum Memakai Jenama Arak Di Pakaian

Posted by Unknown on 4/22/2013 in

4


Soalan: Dengan hormatnya sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkataan ‘Carlsberg’ pada pakaian, untuk kegunaan dan rujukan Unit Kawalan Akidah dan Syara’iah, Jabatan Hal Ehwal Syara’iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Jawapan: Dalam dunia perniagaan berbagai-bagai cara dibuat untuk melaku atau melariskan sesuatu barangan atau jenama itu. Di sinilah peranan iklan dengan segala macam caranya. Salah satunya ialah dengan menulis nama barang di atas baju, dengan tujuan supaya barang itu dikenali, diminati lalu pengguna akan tertarik dan membelinya.

Carlsberg ialah jenama bagi sejenis minuman keras atau sejenis arak. Khamr atau arak itu adalah haram. Perkara ini telah jelas dan maklum kepada umat Islam.

Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemerosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-Iainnya. Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak .akan mendapat laknat Allah dan RasulNya, sebagaimana perkara ini disebut oleh Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallam:

عن شبيب سمعت أنس بن مالك أو حدثنى أنس قال لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى الخمر عشرة عاصرها ومعتصرها والمعصورة له وحاملها والمحمولة له وبائعها والمبيوعة له وساقيها والمستقاة له حتى عد عشرة من هذا الضرب.
Maksudnya:

“Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat perihal arak kepada sepuluh orang; orang yang memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan arak, orang yang memberi minum arak. orang yang minta diminumkan arak, sehingga Baginda menghitung . sepuluh daripada jumlah ini, (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Hukum Memakai Jenama Arak Di Pakaian

Apabila perkataan Carlsberg itu dilabel atau digambar di atas baju, maka tiada lain tujuannya ialah untuk mempromosi, melaris atau mengiklankan Carlsberg itu supaya ianya diminati dan akhirnya akan dibeli. Ini sudah tentu akan menguntungkan syarikat pengeluarnya.

Maka sesiapa jua yang memakai baju yang ada padanya Carlsberg itu sarna ada disedari atau tidak, telah menolong untuk memperkenal, mempromosi dan melariskan jualan Carlsberg.

Oleh sebab Carlsberg itu sejenis arak, maka memakai baju yang ada padanya nama jenama ini adalah termasuk dalam tegahan umum oleh Allah:

ولا تعاونوا على الأثم والعدون
Tafsirnya: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. ”
(Surah Al-Maidah: 2)
Tidak syak lagi mempamerkan Carlsberg itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan memperkenalkan minuman itu supaya ianya lebih dikenali dan diminati sehingga akhimya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu. Jika pemakainya ada tujuan sedemikian, maka si pemakai itu telah menolong pada yang haram. Atau jika dia tiada bertujuan yang demikian itu, namun apa jua caranya, sekurang-kurangnya secara tidak langsung dia masih sahaja boleh dianggap menolong perkara-perkara haram seperti yang disebutkan di atas.

Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan orang-orang Islam daripada memakai baju yang ada padanya jenama Carlsberg itu yang boleh menjerumuskan mereka kepada haram, maka adalah menjadi kewajipan kerajaan Islam untuk tidak membenarkan pengedaran atau menarik balik pengedaran mana-mana baju yang mengandungi jenama arak seperti Carlsberg atau yang seumpamanya.

Fatawa Issuing Body : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.



Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan

Date Of Issue : 1998

Pernah dahulu pernah beli baju bercop carlsberg tapi tak lama hilang sebab mak buang. Terima kasih mak.. Loveyou my mom <3

Sumber

0

Lyric of Kiyomi by Hari (3 Version Language: English, Malay and Korean)

Posted by Unknown on 4/19/2013 in


English Version
Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and i sit facing each other
and scribble on each other's hands
Don't look at other girls, no matter what they say
you're mine (you're mine)
Don't even talk to other to other girls
i'm Your's (i'm Yours)
Please pinky promise me
that you'll never leave me alone

(chorus)
1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I'm Kiyomi
Don't look at other girls, no matter what they say
you're mine (you're mine)
Don't even talk to other to other girls
i'm Your's (i'm Yours)
Please pinky promise me
that you'll never leave me alone

One, Two, Three
Close your eyes and come to me
when you touch my cheeks with your two hands
I stop your lips from kissing

(Chorus)
that you'll never leave me alone
*Kiyomi - Cute
Malay Version
Atas mufin coklat
Menunggu sebiji cawan susu herba
Oppa and saya duduk menghadapi satu sama lain
dan menconteng tangan satu sama lain
Jangan melihat gadis lain, tidak kira apa mereka kata
kau milik ku (kau milik ku)
Jangan sesekali bercakap dengan gadis lain
kau milik ku (kau milik ku)
Sila jari kelingking berjanji dengan saya
yang anda tidak akan tinggalkan saya sendirian

(dendang)
1 tambah 1 sama dengan Kiyomi
2 tambah 2 sama dengan kiyomi
3 tambah 3 sama dengan Kiyomi
Yang Ki Ki Kiyomi
4 tambah 4 sama dengan Kiyomi juga
5 tambah 5 sama dengan Kiyomi juga
6 tambah 6 sama dengan chu chu chu chu chu chu Kiyomi
Saya Kiyomi
Jangan melihat gadis lain, tidak kira apa mereka kata
kau milik ku (kau milik ku)
Jangan sesekali bercakap dengan lain bagi gadis lain
i'm Your (i'm Yours)
Sila jari kelingking berjanji dengan saya
yang anda tidak akan tinggalkan saya sendirian

Satu, Dua, Tiga
Tutup mata anda dan datang kepada saya
bila anda menyentuh pipi saya dengan dua tangan anda
Saya menghentikan bibir anda dari mencium dan

(Dendang)
yang anda tidak akan tinggalkan saya sendirian
*Kiyomi - Comel

Korean Version
choko meopin han jogak sikyeonoko
gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
oppahago nahago kkok maju anjaseo
seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo

hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

ildeohagi ileun gwiyomi
ideohagi ineun gwiyomi
samdeohagi sameun gwiyomi
gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
sadeohagi sado gwiyomi
odeohagi odo gwiyomi
yukdeohagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi

hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

hana dul set nun gamgo naege dagawa
du soneuro nae boreul manjimyeo ppoppoharyeoneun
geu ipsul makgoseo

ildeohagi ileun gwiyomi
ideohagi ineun gwiyomi
samdeohagi sameun gwiyomi
gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
sadeohagi sado gwiyomi
odeohagi odo gwiyomi
yukdeohagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi

hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro






0

Gempar ! Ular raksasa kelihatan di Sarawak !

Posted by Unknown on 4/17/2013


Betulkah Ular Raksaksa Muncul Di Sarawak ?

Seekor ular raksasa berenang di Sungai Baleh, Sibu, Sarawak. Sebuah gambar ular raksaksa dilihat berenang melenggak-lenggok di sebuah sungai tropis yang dikelilingi oleh hutan gambut. Ular berwarna hitam itu sangat besar, hampir memenuhi sungai yang terletak di tengah-tengah hutan rawa yang rimbun. Air berombak di kiri kanannya. Foto itu dipercayai diambil dari sebuah helikopter.

Kalimantan memang memiliki ular-ular raksasa.  Namun, ular besar yang baru ditemukan itu adalah sejenis sanca atau python atau masyarakat Kalimantan menyebutnya ular sawa, yang panjangnya belasan meter.

Namun ular yang terpampang pada gambar  jauh lebih panjang dan besar dibandingkan dengan  penemuan python selama ini. Dikatakan panjangnya lebih 100 kaki atau sekitar 33 meter.

Gambar tersebut diambil oleh anggota wilayah bencana banjir yang kemudian diterbitkan oleh Utusan Sarawak, sebuah akhbar tempatan. New Straits Times di Kuala Lumpur juga memuat gambar tersebut yang kemudian diikuti oleh The Telegraph, Inggeris.

Ada juga yang tidak memercayai gambar itu dan menganggapnya rekaan semata-mata. Hal ini karana terlalu jauhnya pengambilan gambar ular tersebut. Benar atau tidak,  gambar itu sudah membuat masyarakat di sekitar Serawak, khususnya Sibu, ketakutan kerana sungai itu merupakan nadi pengangkutan masyarakat selama ini.

Berdasarkan legenda yang di kalangan masyarakat setempat, memang dipercaya adanya anaconda di kawasan tersebut yang bernama Nabau. Menurut kepercayaan, Nabau merupakan ular dengan panjang 80 meter dengan kepala naga dan tujuh lubang hidung. Masyarakat desa yang tinggal di Sungai Baleh Borneo memercayai makhluk mistik tersebut. Selain itu, masyarakat memang sering melihat ular-ular besar di kawasan itu.

Persoalannya, adakah gambar tersebut asli, apakah ular yang dilihat itu sejenis python atau anaconda? Hingga kini masih belum ditemui anaconda di Kalimantan, kecuali dalam film Anaconda: The Hunt For The Blood Orchid yang laris itu.

Rekor ular terpanjang saat ini memang anaconda (eunectes) dari Amazone. Anaconda merupakan keluarga boa. Panjang anaconda yang baru ditemukan adalah 50 kaki, namun para ilmuwan percaya ada anaconda yang panjangnya 80 kaki, bahkan 100 kaki dari penemuan kulit ular tersebut oleh sekumpulan ekspedisi Inggris pada tahun 1992. Dalam keluarga anaconda, menurut sejarah lingkungan Mongabay, yang terbesar adalah anaconda hijau (Eunectes murinus). Panjangnya mencapai 43 meter.

Python Asia adalah ular terpanjang kedua. Ilmuwan menyebutnya Asiatic Reticulated Python (Python reticulatus). Python terpanjang yang ditemukan di kawasan Kalimantan panjangnya 33 kaki, dan merupakan rekor dunia sanca terpanjang saat ini. Para ilmuwan percaya panjang python boleh mencapai 50 kaki atau sekitar 15 meter.

Bezanya, anaconda lebih langsing dan pakar berenang. Sementara python lebih gemuk dan hanya suka kelembapan, bukan di air. Anaconda menggigit mangsanya sehingga mati sebelum menelan, sementara python menggunakan kekuatannya dengan membalut mangsa sehingga tulang-belulangnya hancur atau tak bergerak lagi, kemudian ditelan.



0

Barisan pemain Johor Darul Takzim (JDT) April 2013

Posted by Unknown on 4/17/2013 in


Nama Penuh    : Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim.
Nama Gelaran : Harimau Selatan.
Tagline            : Luaskan Kuasamu.
Stadium           : Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru (Stadium Larkin)
Pengurus         : Wan Nizam Wan Omar
Jurulatih          : Fandi Ahmad



GOAL KEEPER
Muhammad Al-Hafiz Hamzah (1)
Mohd Zamir Selamat (18)
Zulfadhi Mohamed (22)

DEFENDER
Mohd Irfan Abdul Ghani (Felda United FC)
Kamarul Afiq Kamaruddin (Sime Darby)
Ahmad Tharmini Saiban
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Muhd Tuah Iskandar Jamaluddin
Nazri Ahmad (Johor FA)
Farid Ramli (Johor FA)
Mohd Muslim Ahmad

MIDFIELD
Mohd Redzuan Nawi
Safiq Rahim
Andrezinho (Johor FA)
Mohd Nurul Azwan Roya 
Ahmed Ezrie Shafizie Sazali (Johor FA)
Musleyadi Mansor (Johor FA)
K. Thanaraj (Johor FA)
Jasazrin Jamaluddin (Johor FA)
Muhammad Akram Mahinan (Harimau Muda B)

FORWARD
Mohd Azinee Taib (4)
Norshahrul Idlan Talaha (9)
Leonel Nunez (Argentina Juniors)
Mohd Safee Mohd Sali 
Mohd Zaquan Adha Abdl Radzak 
Hadin Azman (Harimau Muda B)

Kehadiran 2 pemain import yang berasal dari Amerika Selatan iaitu Argentina dan Brazil, pemain itu adalah Leonel Nunez dan Andrezinho. Leonel Nunez pemain yang pernah bermain untuk Olympiacos, Independiente dan banyak lagi kelab terkenal. Andrezinho pernah bermain Johor FA pada awal musim dan Fandi Ahmad dapat melihat beliau boleh diserapkan dalam Johor Darul Takzim (JDT). 

0

The Rock menegur wanita tidak bertudung

Posted by Unknown on 4/15/2013 in


Dwayne Douglas Johnson ataupun nama timangannya The Rock pernah mengegar dunia gusti (WWE) dan kini beliau bergiat aktif dalam dunia perfileman. Contoh filem yang pernah The Rock berlakon adalah G.I Joe (Retaliation), Fast and Furious 6 dan banyak lagi.

Walaupun beliau kelihatan ganas tetapi beliau menegur wanita yang tidak bertudung. Mari kita lihat gambar yang menunjukkan The Rock sangat prihatin








Kan? dah gambar lagi. Lagi sah laa post aku kali nie. Hehehhe.. 


2

Bahan bukan makanan yang dibenarkan dalam mee segera

Posted by Unknown on 4/15/2013 in




Mee segera adalah makanan yang sangat popular di kalangan penuntut IPT di Malaysia. Ia menjadi pilihan ramai kerana harganya yang murah dan mudah didapati di mana-mana kedai. Malah ada pihak yang mengambil kesempatan untuk berniaga Maggi yang boleh mengaut keuntungan yang tinggi, lebih-lebih lagi penghuni hostel kerana harga makanan di luar amat-amat mahal dan mereka tidak mampu membeli. Cuba anda kira jika harga makanan standard seperti nasi goreng kampung yang berharga RM4 dan air teh o yang berharga RM1.20 total cost RM5.20. Kalau mengamalkan cara hidup begini sememangkan tidak mencukupi bagi seorang student yang bertaraf sederhana.

 Baiklah, cukup pasal introduction tentang maggi. sekarang kita berbalik pada bahan-bahan yang bukan makanan yang dibenarkan dalam mee segera.

  • Asid Tartarik
    - Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
  • Kalsium Oksida
    - Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
  • Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ)
    - Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api)
  • BHT
    - Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal
  • Pentasodium triphosphate
    - Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
  • Propylene Glycol
    - Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
  • Polydimethylsiloxane
    - Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
  • Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine)
    - Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser








Jika anda still tidak faham dan suka mind map, anda boleh lihat gambar dibawah. Jika anda still tidak faham  lagi, tidak boleh apa-apa saya buat. 


Pengalaman saya apabila makan meggi kekadang saya akan menjadi sedikit blur dan tidak ada hala tujuan. Tapi jika terlampau tiada duit, anda boleh makan tetapi jangan dijadikan makanan utama kerana anda akan menjejaskan kesihatan anda. 

Source



2

Perpindahan pemain import dalam Liga Malaysia (MSL) Edisi April

Posted by Unknown on 4/09/2013 in


Perpindahan pemain untuk liga malaysia telah dibuka. Darul Takzim FC, Pahang, Kedah dan Kelantan telah mengambil langkah untuk mengambil pemain import yang berkualiti untuk pasukannya. Tetapi Darul Takzim FC telah membuat kejutan apabila mensasarkan pemain yang bertaraf dunia iaitu Baros yang sangat terkenal dikalangan peminat Liverpool apabila beliau mewakili Liverpool ketika Liverpool memenangi UEFA Champion League dalam perlawanan yang mendebarkan dan bersejarah bagi kelab Liverpool dengan menewaskan AC Milan. Selain daripada itu, Milan Baros juga mewakili Aston Villa, Lyon dan kelab yang terkini adalah Galatasaray.




Darul Takzim FC 
Jorge Nunez (Argentina Juniors)
Milan Baros (Galatasaray) Romours
Trezequet (River Plate) Romours
Louis Saha (Lazio)  Romours
Nicholas Anelka (Juventus) Romours

Pahang
Damion Stewart (Notts Country) Signed
Paulo Rangel (Muang Thong) Loan

Kedah
Alen Guc (NK Solin) Signed 

Kelantan
Demitri (Sydney FC) Signed
Dickson (FC Opa) Signed



Buat masa ini, admin hanya ini sahaja admin sampaikan if ada perkembangan terkini admin akan update yang terbaru. Jika ada kesilapan tolong beritahu admin di Fan Page admin. Semoga perpindahan ini akan memberi perkembangan yang positive atas bola sepak Malaysia. Luaskan Kuasamu ^_^

0

VIDEO : Johan VS Bobo - (Shae - Sayang)

Posted by Unknown on 4/08/2013 in


Johan sekali lagi telah meniru cara artis youtube dan Facebook di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012  (ABPBH) iaitu Bobo..

Mari kita lihat video di bawah..


VS




Dan inilah interview yang berjaya dirakam oleh pihak yang berjaya temuramah bersama "bobo"



Pada pilihan di mata anda, siapa yang lebih layak membawa lagu sayang daripada dendangan Shae. Hahahahaha





0

Lirik Lintasan Bintang – Awan band

Posted by Unknown on 4/07/2013 in



Cahaya bintang-bintag
Menyinari wajahmu
Hadir mu dan menemani
Di waktu aku bersama
Kesunyian itu

Biar aku yang hilang
Dari sisi mu sayang
Tak mungkin ku disini
Menduakan perasaan
Yang telah kau jalinkan

Dan aku sedari
Yang selama ini
Cuma sampai disini

Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa

Ku cuba hindari
Dari kau menghampiri
Hmm hmm hmm

Biarkan ku tahan
Kelukaan di hati
Oo oo oo

Janganlah menangis
Biar jadi begini
Ooo ooo

Pergilah bersamanya
Biar aku aku yang pergi

Dan aku sedari
Yang selama ini
Cuma sampai disini

Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa

Cuma lintasan bintang
Cuma lintasan bintang
Cuma lintasan bintang



0

Daniel guiza SAH akan meninggalkan JDT ikut jejak Simone Del Nero

Posted by Unknown on 4/05/2013 in



5hb April 2013

Johor Bahru – Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Takzim pada hari ini membuat kenyataan bahawa pemain import pasukan Johor Darul Takzim, Daniel Guiza akan meninggalkan pasukan selepas perlawanan suku akhir Piala FA diantara Johor Darul Takzim dan Selangor di Stadium Larkin ada hari Sabtu. Ini selepas seorang lagi pemain import pasukan iaitu Simone Del Nero juga akan membuat penampilan terakhir pada perlawanan yang sama.

Keputusan untuk melepaskan bekas pemain pasukan antarabangsa Sepanyol dan juga bekas pemain Serie A Lazio, diambil selepas membuat penilaian tentang kedudukan pasukan dan juga prestasi kedua-dua pemain setelah tamatnya pusingan pertama Liga Super pada minggu lepas.

Setelah mengharungi 13 perlawanan liga dan pertandingan Piala FA, Guiza telah berjaya menyumbat 8 gol untuk pasukan Johor Darul Takzim sekaligus membantu pasukan berada di tangga ke 3 Liga Super dan juga peringkat suku akhir Piala FA.
Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, YB Dato’ Haji Obet Tawil berkata, “Tidak dinafikan bahawa kedua-dua pemain, Daniel Guiza dan Simone merupakan pemain bertaraf antarabangsa yang telah banyak membantu pasukan berada di kedudukan sekarang tetapi keputusan ini terpaksa di ambil kerana kontrak pinjaman Guiza berakhir pada bulan Ogos bersama kelab beliau, Getafe CF dan ini tidak membolehkan beliau beraksi untuk pasukan pada pertandingan Piala Malaysia Ogos nanti. Simone pula masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang tidak membolehkan beliau memberi persembahan terbaik beliau untuk pasukan.

Belaiu juga menambah, “Memandangkan tingkap permindahan pemain akan hanya dibuka pada 8hb April ini, pihak pengurusan mengambil keputusan melepaskan kedua-dua pemain disamping mencari pemain pengganti yang berkaliber untuk menggantikan kedua-dua pemain dalam pasukan. Pemain tengah pasukan Johor dalam liga Premier, Andre Francisco Rocha Da Silva telah dikenal pasti untuk mengambil alih tempat Simone Del Nero manakala beberapa pemain lain sedang di uji jurulatih pasukan, Fandi Ahmad untuk menggantikan tempat Daniel Guiza. Tiga pemain telah disenarai pendek dan pihak pengurusan akan membuat pengumuman pada masa terdekat kelak. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dani dan juga Simone atas jasa mereka kepada pasukan dan peminat Johor juga telah menerima kedua-dua pemain tersebut sebagai ahli keluarga pasukan Johor Darl Takzim. Saya akan pastikan bahawa pengganti Daniel Guiza dan Simone Del Nero akan mempamerkan mutu persembahan yang lebih baik dan cemerlang berbanding dengan pemain-pemain impot sebelum ini dalam untuk memastikan visi transformasi pasukan Johor Darul Takzim akan tercapai”

Semua penyokong pasukan Johor Darul Takzim diharap dapat membanjiri Stadium Larkin pada hari Sabtu ketika JDT menentang Selangor pada persaingan Piala FA untuk memberi sambutan terakhir kepada kedua-dua pemain.

Sumber

Admin berharap JDT dapat mencari pemain import yang lebih berkualiti.. Semoga JDT akan lebih maju selepas ini.. Sedih juga dengar apabila Guiza hendak berundur...

2

Rita Rudaini kini berpaling kasih ke Datuk S ?

Posted by Unknown on 4/04/2013 in



Masih belum selesai kisah konflik rumahtangga dengan pemain bola kebangsaan, Aidil Zafuan, kini timbul pula khabar angin mengatakan Rita Rudaini kini ditaja oleh seorang lelaki yang berpangkat Datuk.

Rita menafikannya dan mengatakan tuduhan ini berbangkit sejurus selepas ada pihak yang bingung dengan penggunaan nama RS terhadap jenama produknya itu.

Ura-ura ini timbul selepas Rita mengeluarkan sebuah produk RS Collagen dan banyak pihak membuat andaian bahawa abjad S itu merujuk kepada pangkal nama datuk yang menajanya.

“Banyak pihak yang tuduh bahawa Rita dispedo seorang Datuk bernama S. Semuanya sebab nama RS Collagen. Banyak orang tak tahu, sebenarnya RS adalah gabungan nama Rita dengan teman perniagaan Rita iaitu Saleha.

Rita turut mengatakan bahawa dia sudah lali dengan cakap-cakap orang di luar sana mengenai dirinya.

“Apa orang nak cakap biarlah, ini adalah usahasama Rita dan Saleha saja,” katanya yang dipetik menerusi portal Murai.

Artis sememangnya tidak terlepas dari gosip, lebih-2 lagi apabila artis tu mengalami konflik. Harap Rita dapat bersabar dengan gosip yang telah ditujukan padanya. 


0

Tengku Mahkota Johor letak jawatan !

Posted by Unknown on 4/03/2013 in



"Saya, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Makhkota Johor, dengan ini ingin memaklumkan bahawa saya telah membuat keputusan dan mendapat titah perkenan dari DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Darul Ta’zim, dan juga hasil daripada perbincangan bersama Penasihat Undang-undang Negei Johor, dengan ini, saya meletakkan jawatan saya sebagai Presiden dalam Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan jika saya "memegang jawatan sebagai Presiden dan pada masa yang sama saya juga adalah Tunku Mahkota Johor, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.

Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk menjadi dan mentadbir PBNJ sebgai Penaung, serta merta mulai hari ini. Ini kerana mengikut hirarki protokol, saya sebagai Tunku Mahkota Johor adalah selayaknya memegang jawatan sebagai Penaung dalam PBNJ. Dengan jawatan saya sebagai Penaung, ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang dan juga kelebihan bagi saya mentadbir urus dalam PBNJ termasuklah dalam aspek pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan PBNJ dan juga pemain-pemain di samping dapat membuat keputusan yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam persatuan ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyokong bolasepak negeri Johor di seluruh pelusuk tanah air yang mana telah bersusah payah beramai-ramai memberi sokongan yang tidak terbatas kepada pasukan bolasepak negeri Johor selama ini. Sokongan padu daripada anda semua amatlah saya hargai dan saya harapkan agar ianya berterusan sampai bila-bila kerana dengan adanya sokongan anda, pasukan Johor boleh terus gah berdiri di persada bolasepak tanah air.

Untuk makluman semua, jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Ta’zim selepas ini akan disandang oleh YB Dato’ Haji Obet Bin Tawil, Setiausaha Kerajaan Johor. Saya berharap anda semua dapat memberi sokongan yang penuh kepada beliau dan anda semua tidak perlu risau kerana saya sentiasa berada di sini bersama anda semua sebagai Tunku Mahkota Johor dan juga saya akan sentiasa memantau dan mengikuti segala perjalanan dan juga aktiviti bolasepak negeri Johor ini dari perigkat akar umbi sehinggalah ke peringkat yang lebih global.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan penyokong-penyokong bolasepak negeri Johor yang selama ini menyokong dan memberi kepercayaan kepada saya dalam menaikkan nama baik PBNJ. Saya juga menyeru agar sokongan padu dari para penyokong akan sentiasa berterusan demi menaikan imej dan juga mutu pemain-pemain bolasepak negeri Johor dan juga PBNJ.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarhakatuh."

Sumber : Kosmo


2

KENAPA KERAJAAN FILIPINA MELALAK?

Posted by Unknown on 4/02/2013 in



Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman menolak dengan tegas sebarang perundingan atau perbincangan berhubung tuntutan mana-mana pihak mahupun Kerajaan Filipina sendiri terhadap Sabah. Menurut Anifah Aman lagi, Filipina boleh berangan-angan sesuka hati mereka untuk mendapatkan Sabah sebagai sebahagian daripada Filipina.

Jabatan Luar Filipina telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua agensi dan media negara itu agar tidak merujuk Sabah sebagai Sabah, Malaysia sebaliknya hanya Sabah.

Filipina secara relatifnya telah kehilangan Sabah semenjak dari tahun 1878 lagi apabila Sultan Sulu pada waktu itu, memajakkan Sabah kepada Syarikat Borneo Utara yang kemudian menjual Sabah kepada England.

Pada tahun 1962, rakyat Sabah telah membuat referendum untuk menyertai Malaysia. Pada 9 Julai 1963, Sabah secara sah telah menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Penubuhan sebuah suruhanjaya atas desakan Filipina sendiri pada tahun 1962 yang dinamakan Suruhanjaya Cobbold telah mengesahkan 'kebebasan' Sabah dari Filipina. Tuntutan Filipina terhadap Sabah telah ditolak oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun itu.

Kepala lanun Kiram cuba menggunapakai surat pajak lama yang sudah tidak terpakai dan tidak lagi sah, memandangkan Kesultanan Sulu sendiri tidak lagi wujud dan Keluarga Kiram bukanlah waris kesultanan yang diiktiraf. Kerajaan Sulu telah lama pupus dari muka bumi ini. Kalau ada pun, hanyalah waris Kesultanan Sulu yang diberikan peranan sebagai ketua puak semata-mata, bukannya ketua kerajaan.

Ketegasan yang ditunjukkan oleh Anifah Aman yang juga merupakan salah seorang pemimpin penting yang berasal dari Sabah, sememangnya kena pada masanya.

Filipina boleh berangan-angan untuk menuntut Sabah memandangkan negeri Sabah jauh lebih maju berbanding Pulau Luzon yang menempatkan Manila, ibu kota Filipina. Bahkan Sabah juga jauh lebih maju berbanding Kelantan yang terletak di Semenanjung Malaysia.

Kalaulah terpakai tuntutan yang dibuat oleh Filipina, bermakna Malaysia mempunyai peluang dan ruang yang sangat besar untuk menuntut Singapura, Pulau Sumatera, Kepulauan Riau dan empat negeri Melayu di selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia, memandangkan fakta sejarah menunjukkan dengan jelas, kesemua wilayah tersebut merupakan sebahagian daripada Malaysia lama.

filipina tidak menkaji sejarah sebelum buat tindakan ke? Memandai je nak ambil hak Malaysia.. Dulu dah jual sabah lepastu menyesal dan nak merampas balik sebab sabah lebih maju.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.