0

NUSAJAYA JOHOR AKAN JADI PUSAT INDUSTRI FILEM MALAYSIA SETANDING HOLLYWOOD

Posted by Viral Semasa on 1/05/2013




Pembangunan PINEWOOD Iskandar Malaysia Studios di Iskandar Malaysia akan meletakkan negeri Johor di barisan hadapan dalam industri kreatif tempatan dan menjadikan negeri ini pusat penerbitan filem Malaysia, kata ketua pegawai eksekutifnya Michael Lake.

Ia akan muncul sebagai kemudahan studio bersepadu bebas terbesar di Asia Tenggara, yang menawarkan set perfileman paling canggih, studio televisyen dan kemudahan pasca penerbitan mulai awal bulan Mei 2013 di samping mewujudkan lebih 1,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Di samping itu, ia juga akan mempunyai lima pentas penggambaran yang keseluruhannya seluas 100,000 kaki persegi - dua pentas seluas 20,000 kaki persegi, dua pentas seluas 15,000 kaki persegi dan satu seluas 30,000 kaki persegi.



Pentas terbesar akan dilengkapi sebuah tangki air untuk penerbitan yang melibatkan penggambaran di dalam air.

Beberapa penerbit tempatan seperti KRU Studios, akan dapat memanfaatkan sepenuhnya studio besar milik Pinewood sekiranya mereka ingin berkembang dan menghasilkan penerbitan bertaraf antarabangsa yang lebih besar.

Pinewood Studios menjadi pusat perfileman di United Kingdom, antara filem2 Box-Office yang pernah menggunakan kemudahan di studio itu seperti Casino Royale, The Dark Knight, Johnny English Reborn, Skyfall, Harry Potter, Pirates of the Caribbean, Captain America: The First Avenger, The Hobbit: An Unexpected Journey dan banyak lagi.

Maka Malaysia akan menyajikan tontonan yang bermutu dan kita semakin bangkit untuk mencabar dunia didalam dunia perfileman. Dengan adanya PINEWOOD Iskandar Malaysia Studio di nusajaya ini, insyaAllah kita akan menjadi kuasa besar dalam bidang penyiaran.

Terpulang kepada pengarah-pengarah di Malaysia untuk mengunakan kemudahan yang disediakan, tapi AH percaya pengarah-pengarah di Malaysia akan mengambil kesempatan atas kemudahan yang disediakan.

Cayelah JOHOR ! Makin maju nampaknya.

http://www.pinewoodgroup.com/ << website rasmi PINEWOOD

sumber



0 Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.