0
HANGAT ! : 3 Jenis jodoh pertemuan
Posted by Unknown
on
1/20/2013
“Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan. Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan.
Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.
Yang kedua pula mengistilahkan Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.
