10 video Muzik di Youtube di Tahun 2014 hang paling banyak ditonton.
Tahun 2015 telah membuka tirai tujuh hari lalu. Youtube baru saja mengeluarkan daftar video muzik yang paling banyak dilihat di website perkongsian video tersebut. Video muzik dari nama-nama terkenal seperti Nicki Minaj, Taylor Swift, Iggy Azalea, Katy Perry berjaya masuk ke dalam senarai tersebut
Ini dia 10 video muzik di Youtube yang paling banyak ditonton di tahun 2014. Setakat 31 Disember 2014.
1) Katy Perry – “Dark Horse”
Video muzik yang paling banyak ditonton di tahun 2014 ini merupakan video yang cukup kontroversi kerana pada video tersebut terdapat kalung yang simbol kalimah Allah. Setelah diprotes ramai orang, akhirnya babak yang memaparkan kalung tersebut sudah disunting dari video ini.
2) Enrique Iglesias – “Bailando (Espanol)”
Mungkin judul lagu ini kurang didengar oleh pendengar dari Maaysia , namun video ini berjaya berada di tangga kedua kerana banyak peminat Enrique Iglesias dari negara latin yang sangat suka menonton video ini.
3) Shakira – “Can’t Remember to Forget You ft Rihanna”
Inilah hasilnya apabila dua diva Shakira dan Rihanna berkolaborasi dalam sebuah lagu. Keduanya berjaya menarik perhatian pengguna Youtube dan meraih tangga ketiga disini.
4) Shakira – “La La La (Brazil 2014)”
Nama Shakira telah kembali tersenarai dalam video muzik yang paling ramai ditonton. Meskipun ia adalah lagu rasmi Piala Dunia 2014, “La La La (Brazil 2014)” boleh dikategorikan sangat berjaya dan bahkan boleh mengalahkan lagu dari albumnya.
5) Jason Derulo – “Wiggle ft Snoop Dogg”
6) Meghan Trainor – “All About That Bass”
Pendatang baru dunia hiburan Meghan Trainor berjaya mengalahkan nama-nama hebat dan duduk di tangga ke-6 dengan lagu “All About That Bass” yang berirama catchy. Lagu ini menekankan pesanan untuk mencintai tubuh sendiri meskipun keihatan gemuk
7) Taylor Swift – “Shake It Off”
8) Iggy Azalea – “Fancy (Explicit) ft Charli XCX
9) Sia – “Chandelier (Official Video)”
Video musik ini menampilkan seorang aktris muda Maddie Ziegler (12 tahun) yang mengetengahkan tarian kontemporari.
10) Nicki Minaj – “Anaconda”