0

Fara Fauzana hampir maut di bumi Gaza

Posted by Unknown on 2/07/2013 in


“Saya Hanya Fikir Mati Ketika Itu” – Fara Fauzana – Pengacara popular, Fara Fauzana yang baru sahaja tiba di tanah air pada ahad lalu sempat berkongsi pengalaman beliau sewaktu berada di bumi Gaza bagi menjalankan tugas sebagai pengacara Nona.

Menurut Fafau nama glamornya, pengalaman yang paling mengerikan sepanjang seminggu berada di sana adalah terdengar bunyi tembakan di luar bilik hotel.

“Itulah pengalaman paling ngeri. Apabila saya terdengar bunyi tembakan dari luar bilik hotel saya terus meniarap sebab itulah yang telah disuruh masyarakat di sana jika terdengar bunyi tembakan rambang seperti itu.”

“Apa yang bermain di fikiran ketika itu hanyalah mati. Saya bersyukur keselamatan saya dan krew Nona yang lain selamat,” ujar pengacara popular ini.

Nona production sedang buat lawatan ke Bumi Gaza

Selain pegalaman seram itu, Fara turut berkongsi kenangan manis yang terjadi di sana dan dirinya tidak menyangka negara yang bergolak itu adalah negeri yang amat damai dan tenang.

“Kedamaian dan ketenangan di bumi Gaza jauh berbeza dari apa yang dibayangkan oleh negara lain.”

Tambahnya lagi, hatinya tersentuh tatkala melihat anak-anak muda di sana bersunguh-sunguh dalam memperjuangkan negara mereka dari serangan tentera Israel. Tidak kira peringkat umur, tua, muda dan kanak-kanak kecil semuanya bersemangat mempertahankan tanah air mereka.

Penyampai radio Hot FM ini turut menyatakan hasratnya untuk kembali ke sana lagi dan ingin membawa adik beradiknya sendiri bagi merasai dan melihat sendiri kehidupan di sana.

sumber

0 Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.