1

Punca Hidung berdarah

Posted by Viral Semasa on 6/07/2012 in





Hidung berdarah dengan tidak semena-mena (Epitaksis) seringkali terjadi di kalangan kanak-kanak, walaupun ada juga terjadi kepada orang dewasa.
Hidung berdarah terjadi apabila salur darah kecil (kapilari darah) di lapisan dalam rongga hidung pecah. Pendarahan ini biasanya berlaku secara tiba-tiba. Jika ini berlaku kepada anak kecil, ibu bapa tidak perlu terlalu panik…. lakukan langkah berikut bagi mengurangkan pendarahan ini: Suruh anak bertenang, duduk (jangan baring) dan bernafas melalui mulut secara perlahan-lahan, seterusnya picit bahagian lembut hidung (tulang rawan hidung) dengan ibu jari dan jari telunjuk selama lebih kurang 10 minit hingga pendarahan berhenti. Jika pendarahan tidak berhenti, tambah lagi picitan tersebut 10 minit lagi. Bagi mempercepatkan pemberhentian darah, boleh letakkan ketulan ais atau pek sejuk di atas tulang rawan hidung. Biasanya pendarahan hidung ini akan berhenti sendiri, tapi ia boleh berulang.





Walau bagaimanapun, jangan pandang remeh jika kerap berlaku pendarahan hidung, ia mungkin menjadi petanda bagi penyakit-penyakit lain. Oleh itu, eloklah dapatkan pemeriksaan doktor untuk mencari punca pendarahan tersebut.
Di bawah ini tersenarai punca berlakunya pendarahan hidung yang biasa….



Selain daripada punca yang dinyatakan dalam gambar di atas, pendarahan hidung mungkin juga disebabkan oleh perubahan cuaca secara mendadak, alahan, selesema, batuk yang kuat, resdung, korek hidung dengan benda-benda tajam (terutamanya kanak-kanak), dan juga kesan sampingan daripada pengambilan ubat seperti aspirin dan NSAIDS.
Bagi mengelakkan berulangnya pendarahan hidung, cuba hindari punca-puncanya dan pastikan lapisan membran dalm rongga hidung tidak tercedera…..

1 Comments


terjumpa info ni, juga pasal hidung berdarah… sharing is caring :) - Hidung Berdarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.