2

Amalan Korek Hidung Dan Memakannya Baik Untuk Kesihatan

Posted by Rashidy Shidy on 6/07/2012 in




“Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih. Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, korek hidung memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan” katanya.




Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai ke usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya. “Perubatan moden cuba melakukan perkara yang sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakanya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma, ” katanya. Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikan dan anti sosial.


Gambar Hiasan



“Saya suka mencadangkan pendekaran baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tidak balas secara semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, korek hidung idea yang baik” katanya. Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit.


P/S: Islam mengajar kita supaya sukakan kepada kebersihan dan menjauhkan kekotoran. Ada banyak lagi cara untuk menjaga kesihatan daripada memakan tahi hidung sendiri yang kebaikannya masih lagi dalam peringkat hipotesis. Wallahualam.


Sumber

2 Comments


hehehe..korek hidung bgus utk mjaga kebersihan. :)


cuba fahamkan mana datang tahi hidung, ia mungkin dari hingus atau dari dalam hidung tetapi hidung juga menyimpan habuk, dan segala kotoran yang melekat di tahi hidung. macam kita lihat kipas, lagi lama dia berpusing, lagi banyak habuk, debu dan segala kekotoran hinggap kat belakang kipas, jadi sama la dengan tahi hidung.. dia juga banyk melekat segala kekotoran..

lepas tu nk makan tahi hidung??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.