0

Laporan Media Tidak Tepat Tentang Seorang Anggota Polis Terkorban

Posted by Unknown on 3/02/2013

Lahad Datu

LAHAD DATU — Keluarga seorang daripada anggota polis yang cedera dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di sini semalam, kesal dengan laporan media yang mengatakan anggota polis berkenaan terbunuh dalam kejadian itu.

Madun Buyung, 57, dari Kampung Tabanak, Lahad Datu, keluarga terdekat kepada Kpl Azman Ampong, meminta media massa supaya lebih berhati-hati sebelum menyiarkan laporan mereka.
“Semua media mesti pastikan maklumat mereka tepat. Dapatkan pengesahan daripada pihak doktor terlebih dahulu sebelum menyiarkan laporan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Lahad Datu di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah media elekronik kononnya Azman terbunuh dalam insiden itu sedangkan anggota berkenaan cuma cedera di tangan dan kaki.
Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di hospital di sini.
Madun berkata laporan tidak tepat itu telah meresahkan anggota keluarganya.

“Setelah mendengar laporan itu di televisyen, saya bergegas ke hospital (Lahad Datu) dan apabila tiba di sini saya dapati anak saudara saya ini dalam keadaan stabil,” katanya. — BERNAMA


0 Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.