0
10 Sebab Kenapa Ingin Kahwin Muda
	  Posted by Unknown
	  on
	
3/18/2012
Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk  kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk  memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka  masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut  para remaja mahupun ibubapa. Ramai anak-anak remaja zaman kini ingin berkahwin pada usia yang muda. Salah satu alasan mereka,ingin mengelak dari perbuatan maksiat dan terkutuk.
Kepada pembaca blog aku sekalian, aku tulis artikel ini bukan bermaksud aku ingin berkahwin pada usia yang muda ye.  Haha! Entry ini merupakan pandangan aku terhadap kahwin muda ini.  Mungkin juga boleh dijadikan sebgai sumber rujukan ataupun pencetus idea  kepada mamat-mamat ataupun minah-minah diluar sana yang memerlukan 10 sebab kenapa ingin berkahwin awal, mungkin untuk dibentangkan kepada ayah dan ibu masing-masing.
Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak, keburukan kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya!
10 sebab kenapa nak kahwin awal
1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya  menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah  jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri   isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling  penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan  juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu  ditangguhkan lagi kan?
2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang  untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan  manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana  iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri  dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan  depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih  baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya  lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?
3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan  abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat  sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam  quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam  jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut  ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)
4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal  ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan  matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya  menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama  saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat  keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat?  Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)
5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia  inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal  menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu  sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah  berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila  datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan  seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia  saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya  perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.
6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang  abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya  boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat  saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah  indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan  ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan  berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi  pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan  saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak  mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan  negara!
7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita  teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak  univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung  belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak  sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan  berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan  perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50  peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor  lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan  fokus itu kembali!
8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan  ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi  untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak  ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya  sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada  diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya  takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat.  Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda,  ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah  tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan  berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati  dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T
9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan  saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun  saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan  abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak  seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar  lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga  lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti  tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab  ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa  depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar  obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara  seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah  satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk  saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang  mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman  dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak  yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang  taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama  dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi  anak yang soleh.

Dah habis dah? Ada satu lagi,Extra! Hehe..
11.Dapat menantu perempuan cepat.
Nampak seperti gurauan,tetapi itulah hakikatnya.Haha! Setelah empat kali  menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu perempuan  cepat-cepat ke?Hehe..Mama..Abah..Bila kahwin ini,mama dan abah tidak  kehilangan saya.Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak.  Sebaliknya,mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan  berkembang keluarga kita.One Happy Family!:D
Anakmu yang kacak lagi hensem,
Muhammad Arieffahmi Bin Abd Razak
Pelajar Medik Tahun Satu,Universiti X






 
 
