0

Ashraf Muslim enggan komen dakwaan Ashraf Kahwin dua

Posted by Unknown on 5/07/2013 in



Sebuah forum gosip hiburan baru-baru ini mengeluarkan satu dakwaan bahawa pelakon yang dahulunya pernah popular menerusi drama Manjalara, Ashraf Muslim, telah berkunjung ke sebuah mahkamah syariah baru-baru ini.

Tujuannya adalah untuk membuka sebuah fail mendapatkan kebenaran berkahwin dua dengan kelulusan isteri pertama. Susulan dengan dakwaan terbabit, timbul desas-desus mengatakan punca tindakan Ashraf, 32, mahu berkahwin lain disebabkan tiada zuriat dengan isteri pertamanya, Noor Dayana.

Ashraf mengakui ada pergi ke mahkamah tersebut namun enggan mendedahkan sebab sebenarnya dia ke sana. Malah pelakon yang kini semakin aktif dengan kerjaya perubatan Islamnya itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan rumah tangganya dikatakan sedang bergolak hingga menyebabkan dia membuat keputusan mahu berkahwin lain.

"Saya ada ke sana tapi saya tidak boleh komen lanjut atas sebab apa. Saya tidak perlu cakap. Memang ada isu tapi saya tidak boleh cerita sekarang", katanya.


Bagaimanapun Ashraf memberitahu kehidupannya kini berjalan lancar namun buat masa sekarang belum ada rezeki lagi mereka untuk menimang cahaya mata. Namun dia dan Dayana ada berikhtiar menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional.

Ashraf dan Dayana sudah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun sejak diijabkabulkan pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci, Mekah.


0

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

Posted by Unknown on 5/03/2013 in


1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
(Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
(Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59)

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

 Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921)

0

Hukum penggunaan dakwat kekal dalam pilihanjaya menurut islam

Posted by Unknown on 5/01/2013 in



ISU PENGGUNAAN INDELIBLE INK :
1. Oleh kerana komposisi bahan asas dalam Indelible Ink adalah Silver Nitrate yang memberi kesan coklat kehitaman pada kawasan jari dan kuku yang dicalit.Ia telah menimbulkan beberapa persoalan.Adakah dakwat tersebut menembusi kulit dan menjadi sebahagian daripada kulit atau sekadar menyalut bahagian luar kulit.Pertukaran warna kulit bukan isu sebenar ketelapan air. Jika diperhatikan,kesan warna kulit turut berubah gelap kemerahan apabila kulit terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV) daripada cahaya matahari (sunburn) kerana tindakbalas pigmen kulit manusia.Perubahan ini tidak menjejaskan sama sekali air untuk sampai kepada kulit.


2. Berdasarkan kepada asal Silver Nitrate sendiri adalah daripada kumpulan metal,kesan kilauan yang ditinggalkan memberi gambaran seolah-olah air tidak dapat menembusi kulit.Dalam konteks ini sifat Silver Nitrate yang dikatakan sangat mudah larut dalam air mungkin tidak berlaku apabila Silver Nitrate bertindak balas dengan protein yang terdapat pada kulit manusia.Dalam konteks ini, kemampuan calitan Indelible Ink untuk membolehkan air sampai kepada kulit menjadi isu paling penting.Ini kerana jika air tidak dapat sampai kepada kulit,sudah tentu kegelisahan di kalangan pengundi yang beragama islam akan berlaku khasnya berkaitan masalah wudhu' dan mengangkat hadas disebabkan kesan dakwat kekal selama beberapa hari tersebut.





HUJAH DAN DALIL:

1. Apabila ditinjau kepada aspek komposisi bahan dapatlah dinyatakan bahawa kandungan Indelible Ink adalah bebas daripada sebarang lemak haiwan yang diharamkan pada pandangan syariat. (Taklimat daripada Encik Chang Yit Fong dan Puan Siti Nur Nazathul Shima binti Hashim dari Jabatan Kimia Malaysia, 30 Julai 2007). Berkenaan kompisisi ethanol sebanyak 55 peratus dalam bahan ini.
(Lampiran 2)

2. Perkara kedua yang perlu diberikan penelitian khusus ialah kesan silver nitrate yang stain pada kulit dan kuku. Kesan calitan dakwat kekal pada jari dan kuku pemilih yang memakan masa hamper seminggu apabila dicalitkan Indelible Ink ini sebenarnya yang telah menimbulkan isu yang berkaitan dengan hokum syara' khasnya persoalan wudhu" bagi pemilih yang beragama Islam.

i. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al Maidah, ayat 6 :
Yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudhu"lah iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepalamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.

ii. Sabda Nabi s.a.w. pula:
لا يقبل الله صلاة أحدكم إذا أحدث حتى يتوضاء

Yang Bermaksud:
"Allah tidak menerima solat salah seorang di antaramu bila ia berhadas, sehinggalah ia berwudhu"

iii. Ijma"
Telah menjadi kesepakatan kaum Muslimin di atas pensyariatan wudhu" bermula di zaman Rasulullah sehinggalah ke hari ini sehingga tidak dapat disangkal lagi bahawa ia merupakan ketentuan yang berasal daripada agama.

3. Ketiga-tiga dalil utama di atas merupakan hujah pensyariatan kepada pelaksanaan wudhu" dan merupakan syarat sah bagi solat. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Jil. 1, Hal. 38-39 dan al Duktur Wahbah al Zuhaily, al Fiqh al Islami wa Adillatuh, Juz 1, Hal. 360)
(Lampiran 3)

4. Di dalam perbahasan berkenaan kaedah pelaksanaan wudhu", Jumhur Fuqaha" telah memutuskan bahawa antara syarat-syarat sah wudhu" adalah seperti berikut:-
4.1. Air wudhu" yang digunakan itu hendaklah mengenai semua anggota tubuh wajib wudhu" sehinggakan jika sekiranya ada sebesar lubang jarum pun anggota wudhu" itu tidak diratai air, maka wudhu" tersebut adalah dikira tidak sah.
4.2. Menghilangkan segala benda yang boleh menghalang air daripada sampai dan mengenai anggota wajib wudhu" contohnya lilin, lemak, minyak, dakwat dan cat kuku wanita. (al Dr. Wahbah al Zuhaily, al Fiqh al Islami wa Adillatuh, Juz. 1, Hal. 391 - 392)
(Lampiran 4)

5. Sheikh Afiyyah Saqr, ketiga menjawab persoalan sah ataupun tidak wudhu" seorang wanita yang mewarnakan kuku juga telah berpandangan adalah telah menjadi ijma" para fuqaha" bahawa air semestinya sampai kepada badan samada wudhu" atau mandi, melainkan ada kecederaan yang boleh membawa mudharat apabila air terkena kepadanya. Sheikh Atiyyah Saqr juga menyokong penjelasan tersebut dengan mengemukakan hadis Laqith bin Shabrah yang menyatakan Nabi S.A.W. menyuruh supaya diselat-selat jari dan digerakkan cincin agar air dapat sampai kepada kulit:

Bermaksud:
Aku berkata kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, terangkan kepada ku tentang berwudhu", jawab Rasulullah: Sempurnakanlah wudhu" itu, dan silang-silangilah jari-jemari, kecuali jika kamu berpuasa.

6. Oleh yang demikian, Sheikh Atiyyah Saqr berpandangan bahawa adalah tidak sah wudhu" dan mengangkat hadas sekiranya terdapat pewarna kuku di atas anggota badan. Tidak dapat tidak, pewarna tersebut perlulah ditanggalkan terlebih dahulu. (Sheikh Atiyyah Saqr, Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, Jil. 1, Hal. 44 - 45)
(Lampiran 5)

7. Sheikh Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi mempunyai pandangan yang sama dengan Sheikh Atiyyah Saqr apabila ditanya apakah hokum golongan wanita mencelup kuku dengan bahan pewarna yang dipanggil "al Manukir". Sheikh Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi telah memberikan komen bahawa pencelup kuku tersebut boleh menghalan air wudhu" daripada sampai kepada kulit, maka dengan sebab itu adalah tidak sah wudhu" tersebut dan tidak boleh mendirikan solat. Selain itu, beliau juga menjelaskan setiap wanita perlulah berada di dalam keadaan berwudhu" dan suci apabila setiap kali menunaikan solat. (Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fatawa Muasarah, Juz. 1, Ha. 452)
(Lampiran 6)

8. Fatwa Lajnah Dalmah Lil Buhuth al Ilmiah wa al Iffa" telah menolak pandangan sesetengah ulama" yang mengatakan adalah dibolehkan seorang wanita berwudhu" dalam keadaan tanpa menghilangkan pewarna kuku. Pihak Lajnah Daimah Lil Buhuth al Ilmiah wa al Iffa" berpandangan bahawa pewarna tersebut boleh menghalang air daripada sampai kepada anggota wudhu" dan adalah tidak sah wudhu" tanpa menanggalkannya terlebih dahulu. (Sheikh Ahmad bin Abd al Razzaq al Duwaisy, Fatwa Lajnah Daimah Lil Buhuth al Ilmiah wa al Ifta", Jil. 5, Hal. 218 - 219)
(Lampiran 7)

9. Secara prinsipnya pihak pemerintah ( ) bertanggungjawab untuk memastikan kemaslahatan rakyatnya dan hidup bertunjangkan syariat Allah seperti yang terkandung di dalam risalah al-Quran dan al-Hadith. Proses dan kaedah pemilihan pemimpin merupakan urusan yang penting yang memerlukan urus tadbir yang telus, cekap dan berwibawa. Bagi melaksanakan amanah besar ini, pengendali pilihanraya Negara khasnya pihak SPR perlu dilihat sebagai agensi yang bertanggungjawab dan memastikan agar maslahah rakyat sentiasa dipelihara. Sebarang unsure atau prosedur yang boleh menimbulkan keraguan seharusnya dielakkan. Dalam konteks ini beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah:

(i)Maksudnya: Tindakan yang dijalankan oleh ketua Negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.

(ii)Maksudnya: Tidak ada kemudharatan dan tidak memudharatkan.

(iii)Maksudnya : Ditanggung kemudharatan khas untuk menolak kemudharatan am.



Jika anda still nak hilangkan  dakwat kekal ini, mari ikuti video di bawah













0

Zain bersemuka dengan 3 chef untuk membuat permohonan maaf menerusi meleTOP..

Posted by Unknown on 5/01/2013 in

Zain yang begitu dikenali sebagai guru di Oh My English telah menyertai Masterchef Selebriti 2
(MCS 2) telah menimbulkan kontroversi di dalam dapur Masterchef apabila Zain dilihat melawan kata-kata Chef Adu, Chef Zubir dan Chef Jo sebagai juri dan guru di dalam dapur MCS 2. Kes ini tersebar secara luas di media massa, media cetak, facebook, twitter, fan page, dan melalui mulut ke telinga.

Zain begitu berani untuk tampil berhadapan dengan chef-chef terutamanya chef Jo untuk memberi pendapat dan tentangan yang disampaikan agak kasar dan kurang hormat. Zain mempertikaikan Dato' Aznil memenangi cabaran walaupun Dato' Aznil mengambil nasi yang telah ditanak sendiri oleh kanchana Dewi. Kes itu telah dibesar-besarkan oleh Zain dan membuat rasa kurang hati "guru" dalam masterchef. Namun Chef Jo tetap memberi penjelasan tetapi telah "dipotong" oleh Zain, hal itu menunjukkan sifat kurang sopan oleh seorang artis yang menjadi ikon oleh anak-anak muda.

Atas hal ini, pihak meleTOP telah mengundang kedua-dua pihak iaitu Zain dan para "Guru" di masterchef iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan tidak ketinggalan Chef Adu. Kedua-dua pihak diberi peluang untuk bersemuka kembali selepas kes itu berlaku. Maka tidak benarlah seleroh Zain iaitu "Jika tidak diberi peluang, tunggu rayalah baru minta maaf". Zain mengunakan kesempatan itu untuk meminta maaf secara terbuka terhadap para guru di MCS 2 ini. Dan "guru" di Masterchef telahpun menerima maaf yang diterima daripada Zain. Kerana mereka menganggap Zain sebagai anak sendiri. Jika anak melawan kata, pasti kita akan bertegas dalam hal ini, seperti itulah boleh diumpamakan dalam kes ini.

Maka dengan itu, diharap tiada lagi pihak-pihak yang ingin melagakan kembali insan-insan yang telah meminta maaf. Dengan nasihat admin, diharap tiada lagi gaduh-gaduh sesama kita. Walaupun kita boleh dianggap berjaya dalam kerjaya tetapi hormatlah kepada orang yang lebih tua ataupun guru yang telah mengajar kita selama ini.

Sekian sahaja coretan dari penulis blog kepada anda. Buang yang keruh ambil yang jernih. ^__^

Sumber : Gambar



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.