Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
0

Kronologi Kejadian kejadian pesawat ditembak jatuh .

Posted by Unknown on 7/18/2014 in




Kes pesawat ditembak bukanlah perkara yang kerap berlaku dalam dunia penerbangan, hanya 4 kali kejadian seumpama ini berlaku.

Kejadian pertama berlaku pada 21 Februari 1973 di Semenanjung Sinai. Pada ketikia itu, Pesawat 114 Penerbangan Libya dari Tripoli ke Kaherah ditembak jatuh oleh Jet pejuang F-4 Phantom II Israel yang mengorbankan 113 orang di dalam pesawat.

Dan 10 tahun kemudian pada 1 September 1983, kejadian sedemikian berulang lagi. Seramai 269 penumpang dan kru pesawat 007 penerbangan Korea terbunuh selepas pesawat itu ditembak oleh pesawat pejuang Su-15TM Soviet berhampiran Pulau Moneron di barat pulau Sakhalin Island di Laut Jepun. Pesawat dalam penerbangan dari Anchorage ke Seoul.

Kemudian kejadian pesawat ditembak berulang lagi pada 3 Julai 1988. Kejadian ini mengakibatkan nyawa 290 penumpang dan Kru Pesawat 655 penerbangan Iran melayang selepas pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu Kapal Tentera laut Amerika Syarikat USS Vincennes. Serangan berlaku di ruang udara Iran, di kawasan perairan Iran Teluk Parsi. Pesawat dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai.

Pesawat Lionair LN 602 yang dikendalikan Antonov An-24RV terjatuh ke dalam laut di pantai barat laut Sri Lanka dalam keadaan misteri


Pada 29 September 1998, Pesawat Lionair LN 602 yang dikendalikan Antonov An-24RV terjatuh ke dalam laut di pantai barat laut Sri Lanka dalam keadaan misteri, membunuh 47 penumpang dan kru. Namun sesetengah laporan menyebut ia ditembak oleh pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Eelam.

Yang terkini, kapal MH17 milik Malaysia Airlines dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Sejumlah 298 orang berada di dalam pesawat terbunuh.

Sumber : Astro Awani dan Berita Harian.

0

Ukraine Tersalah Tembak MH17 !

Posted by Unknown on 7/18/2014 in





Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.





Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez. Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.

MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.

Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.

Menjadi persoalan utama kepada kita semua,

MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???



Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.

Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita ini.

Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah.

Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas.



1

Seluruh kawasan Muar dan Ledang diistihar Darurat

Posted by Unknown on 6/23/2013 in


Kerajaan hari ini mengisytiharkan darurat jerebu bagi seluruh kawasan Muar dan Ledang berkuat kuasa serta-merta.

Pengisytiharan itu dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 7 pagi ini mendapati Muar mencatatkan paras kritikal iaitu 746.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel mengesahkan perkara ini dalam suatu mesej pesanan ringkas (SMS) kepada AstroAWANI.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang dengan serta merta,” katanya.

Bacaan ini sudah dianggap sebagai kritikal dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada penduduk setempat.





Menurut mStar

JOHOR BARU: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar meningkat kepada 746 setakat pukul 7 pagi, di mana lebih sekali ganda daripada tahap standard berbahaya menurut laman web Jabatan Alam Sekitar pada Ahad.

Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub berkata, para pegawai kesihatan termasuk ambulan bersedia sekiranya terdapat kecemasan ekoran jerebu.

“Semua anggota kami berada di Muar pada hari ini, dan kami bersedia untuk sebarang insiden termasuk kemalangan yang mungkin berlaku disebabkan oleh jarak penglihatan yang kabur di jalan raya.

“Buat masa ini, saya menasihatkan semua orang duduk di laman rumah, tanpa sebarang alasan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau menambah, berada di luar menggunakan topeng muka juga tidak digalakkan.

Menurut Jabatan Alam Sekitar, sebarang bacaan IPU melebihi 301 dikira sebagai berbahaya.

Bacaan terakhir setakat pukul 4 petang Sabtu menunjukkan IPU di Muar ialah 453.

Semua kawasan lain di Johor turut merekodkan bacaan IPU melebihi tahap tidak sihat.

Ini termasuk Kota Tinggi pada 137, Pasir Gudang (127) dan Larkin Lama (117).

1

Gempar ! Jambatan kedua pulau pinang runtuh

Posted by Unknown on 6/06/2013 in




Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.
Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghempap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.

Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.

Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. Sebuah kenderaan telah dihempap oleh runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan kesemua 4 mangsa yang berada didalam kenderaan tersebut meninggal.



Semoga kerajaan Pulau Pinang ambil tindakan dan tidak ketinggalan kerajaan Malaysia. Semoga tiada lagi kemalangan yang meragut nyawa.



0

Kes pembunuhan Sosilawati terungkai !

Posted by Unknown on 5/23/2013 in
Berita Sosilawati ketika dibunuh satu ketika dahulu


SHAH ALAM: Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, tadi selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Banting pada 30 Ogos 2010.

Hakim Datuk Akthar Tahir memutuskan demikan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pathmanabhan, 44, serta tiga pekerja ladang iaitu T Thilaiyalagan, 22, R Matan, 23, dan R Kathavarayan, 33, dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka melakukan perbuatan itu di Lot nombor 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin, Idham Abd Ghani, Siti Rohaida Che Hamid dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor.

Sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi.

Perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari dengan 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan serta 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.

Semoga kes ini berjalan lancar agar kes ini dapat diselesaikan dalam waktu yang terdekat..



0

Penurunan Harga Minyak berkuat kuasa 20 mei 2013

Posted by Unknown on 5/19/2013 in ,




Barisan Nasional hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh BN. Negeri negeri yang terlibat adalah semua negeri kecuali Kelantan,Pulau Pinang dan Selangor
Perkara ini disahkan oleh setiausaha MCA negeri Johor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden MCA yang berlangsung di Johor sebentar tadi.
Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.
Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri BN.
|
|
|  
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,
1.Minyak Angin
2.Minyak Senyonyong
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu
5.Minyak Pengasih.

Bertuah Malaysia kan berbanding negara-negara luar ^_^

0

Pembunuhan Shaharuddin Dikutuk!

Posted by Unknown on 4/27/2013 in





PAGI tadi kira-kira pukul 8.15 pagi, berlaku satu kejadian yang cukup kejam bila  Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, ditembak di dalam keretanya ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya

Beliau yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa.

Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala.



Berikutan kejadian itu, polis telah menubuhkan satu pasukan khas Bukit Aman untuk menyiasat kejadian pembunuhan beliau.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan tersebut adalah tindakan segera dan serta-merta pihak polis selepas menerima laporan kejadian.

“Saya telah mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dengan segera untuk menyiasat kejadian ini dan kita telah bertindak serta-merta,” katanya.

Menurut Ismail insiden melibatkan pegawai penguatkuasa ini tidak boleh diterima kerana keberkesanan menjalankan tugas dan ia berlaku di Putrajaya.

“Dalam insiden ini seorang pegawai tinggi penguatkuasa telah menjadi mangsa dan saya tidak boleh ingat bila kali terakhir pegawai tinggi penguatkuasa menjadi mangsa jenayah semata-mata pihak penguatkuasa dapat menjalankan tugas dengan tegas dan penuh amanah,” katanya.

Ismail berkata sehingga kini sebarang tangkapan belum dibuat tetapi pihak polis telah memanggil beberapa orang yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Beliau yang mengutuk perbuatan ini sekeras-kerasnya berkata kejadian seperti ini tidak harus dibiarkan berlaku terutama di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara.

“Kita tak akan biarkan apa-apa kejadian berlaku. Saya akan tentukan siasatan dijalankan dengan terperinci dan akan cuba mencari mereka yang bertanggubgjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan polis supaya menyegerakan siasatan dan usaha memberkas penjenayah yang menembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim pada Jumaat.

Sambil mengutuk sekeras-kerasnya insiden kejam itu, perdana menteri berkata ia merupakan satu kejutan kerana berlaku di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara serta melibatkan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.



“…ia berlaku kepada anggota kita (penjawat awam) yang sedang ambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kepada pihak yang tidak senang dengan tindakan tegas (mereka).

“Saya kutuk perbuatan tersebut sekeras-kerasnya dan berharap polis siasat segera dan cari serta berkas mereka yang bertanggungjawab kerana penjawat awam kita mesti dijaga keselamatan mereka,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Najib berkata keselamatan penjawat awam di negara ini perlu diberi perhatian terutama ketika mereka menjalankan tugas.

“Apa yang saya nak nyatakan di sini, penjawat awam dalam negara mesti diberi perlindungan lebih-lebih lagi ketika mereka melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan negara,” tegas beliau.


0

Mungkin ‘Kesultanan Sulu’ Dapat Bantuan

Posted by Unknown on 3/27/2013 in



JOHOR BAHRU – Siasatan dalaman oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyimpulkan bahawa terdapat kemungkinan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai kesultanan Sulu mendapat ‘bantuan dan sokongan’ daripada pihak tidak dikenal pasti untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.

Pengerusinya Muslimin Sema berkata kesimpulan itu juga berpunca daripada maklumat bahawa kesultanan itu tidak mempunyai keupayaan dan sumber pendapatan untuk melaksanakan operasi ketenteraan yang begitu nekad.

“Kami menyimpulkan terdapat kemungkinan satu bentuk jaminan atau bantuan yang diberi kepada kesultanan Sulu bagi menjalankan ekspedisi (ketenteraan) ke atas Sabah (Lahad Datu dan Semporna).

“Kesultanan Sulu tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan pencerobohan ke atas Sabah tanpa (mendapat) jaminan daripada ‘pihak’ tertentu,” katanya kepada Bernama menerusi telefon dari Cotabato City, Mindanao, di selatan Filipina pada Rabu.

Ditanya mengenai identiti orang yang mungkin membantu kesultanan Sulu itu dalam pencerobohan ke atas Sabah, Muslimin berkata siasatan mereka tidak mendedahkan sebarang ‘nama atau wajah’. BERNAMA

0

Hangat ! Sultan sulu akan menyerang Sabah kembali.

Posted by Unknown on 3/19/2013 in





PETALING JAYA: Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.
“Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?” kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan ‘The Philippine Star’.
Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu ‘perjuangan’ berkata tenteranya akan meneruskan ‘perjuangan’ mereka.
Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara “serang dan lari” terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan, Kiram berkata adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.
Idjirani juga mendakwa Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu.
Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu.

Sumber : Msar

1

Siapakah Sultan Sulu Jamalul Kiram III ?

Posted by Unknown on 3/05/2013 in



Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).

Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.

Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.

Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.

Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.

Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.

Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI.

Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit.

Malah ada juga Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

Kalau ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki.

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir.

Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah s.w.t.

Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.



0

Bandar Puchong banjir kilat ! (6 Gambar)

Posted by Unknown on 2/18/2013 in



Selangor Dilanda Banjir Kilat Akibat Majlis Perbandaran Sepang terlupa membersihkan sampah dari Longkang. Beberapa kawasan di Selangor telah dinaiki air berikutan hujan lebat pada petang 25 Januari 2013. Antara kawasan yang terlibat adalah Kg Tengah dan Kg Kenangan di Puchong, serta Kg Baru Hicom dan Desa Kemuning di sempadan Shah Alam dan Klang. Maklumat pembukaan pusat pemindahan dan jumlah mangsa yang terlibat sedang diperolehi.

Pandangan dari IOI puchong






Jalan Puchong Ke Putrajaya





Nasib baik PT belum balik ke Puchong lagi. Adakah kemelut ini akan berakhir semasa PT sudah berada di bandar puchong. InsyaAllah.


0

HANGAT ! Bekas anggota Ruffedge didakwa rogol anak tiri

Posted by Unknown on 12/26/2012 in
Siapa antara mereka ??????


AMPANG - Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Dia  yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.

Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.

"Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.

Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.

SUMBER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.