Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts
1

Perlawanan antara JDT dan Kelantan kecoh !

Posted by Unknown on 5/23/2013 in



JOHOR BAHRU 22 Mei - Perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim vs. Kelantan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dekat sini, terpaksa ditangguhkan seketika selepas berlaku ketegangan antara penyokong kedua-dua pasukan terbabit.

Kira-kira pukul 8 malam ini, penyokong kedua-dua pasukan memulakan serangan psikologi dengan menimbulkan provokasi sehingga menyebabkan ada di antara mereka yang bertindak agresif membaling pelbagai objek termasuk botol air, gulungan resit dan sebagainya.

Bagi mengelak tercetusnya kekecohan lebih buruk, pihak berkuasa membuat penyusunan semula kedudukan penyokong Kelantan dan menempatkan lebih ramai anggota polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Ekoran kekecohan itu, perlawanan tersebut tertangguh hampir 40 minit dan seorang penyokong Johor Darul Takzim cedera dipercayai terkena botol air. - UTUSAN


0

Barisan pemain Johor Darul Takzim (JDT) April 2013

Posted by Unknown on 4/17/2013 in


Nama Penuh    : Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim.
Nama Gelaran : Harimau Selatan.
Tagline            : Luaskan Kuasamu.
Stadium           : Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru (Stadium Larkin)
Pengurus         : Wan Nizam Wan Omar
Jurulatih          : Fandi Ahmad



GOAL KEEPER
Muhammad Al-Hafiz Hamzah (1)
Mohd Zamir Selamat (18)
Zulfadhi Mohamed (22)

DEFENDER
Mohd Irfan Abdul Ghani (Felda United FC)
Kamarul Afiq Kamaruddin (Sime Darby)
Ahmad Tharmini Saiban
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Muhd Tuah Iskandar Jamaluddin
Nazri Ahmad (Johor FA)
Farid Ramli (Johor FA)
Mohd Muslim Ahmad

MIDFIELD
Mohd Redzuan Nawi
Safiq Rahim
Andrezinho (Johor FA)
Mohd Nurul Azwan Roya 
Ahmed Ezrie Shafizie Sazali (Johor FA)
Musleyadi Mansor (Johor FA)
K. Thanaraj (Johor FA)
Jasazrin Jamaluddin (Johor FA)
Muhammad Akram Mahinan (Harimau Muda B)

FORWARD
Mohd Azinee Taib (4)
Norshahrul Idlan Talaha (9)
Leonel Nunez (Argentina Juniors)
Mohd Safee Mohd Sali 
Mohd Zaquan Adha Abdl Radzak 
Hadin Azman (Harimau Muda B)

Kehadiran 2 pemain import yang berasal dari Amerika Selatan iaitu Argentina dan Brazil, pemain itu adalah Leonel Nunez dan Andrezinho. Leonel Nunez pemain yang pernah bermain untuk Olympiacos, Independiente dan banyak lagi kelab terkenal. Andrezinho pernah bermain Johor FA pada awal musim dan Fandi Ahmad dapat melihat beliau boleh diserapkan dalam Johor Darul Takzim (JDT). 

2

Perpindahan pemain import dalam Liga Malaysia (MSL) Edisi April

Posted by Unknown on 4/09/2013 in


Perpindahan pemain untuk liga malaysia telah dibuka. Darul Takzim FC, Pahang, Kedah dan Kelantan telah mengambil langkah untuk mengambil pemain import yang berkualiti untuk pasukannya. Tetapi Darul Takzim FC telah membuat kejutan apabila mensasarkan pemain yang bertaraf dunia iaitu Baros yang sangat terkenal dikalangan peminat Liverpool apabila beliau mewakili Liverpool ketika Liverpool memenangi UEFA Champion League dalam perlawanan yang mendebarkan dan bersejarah bagi kelab Liverpool dengan menewaskan AC Milan. Selain daripada itu, Milan Baros juga mewakili Aston Villa, Lyon dan kelab yang terkini adalah Galatasaray.




Darul Takzim FC 
Jorge Nunez (Argentina Juniors)
Milan Baros (Galatasaray) Romours
Trezequet (River Plate) Romours
Louis Saha (Lazio)  Romours
Nicholas Anelka (Juventus) Romours

Pahang
Damion Stewart (Notts Country) Signed
Paulo Rangel (Muang Thong) Loan

Kedah
Alen Guc (NK Solin) Signed 

Kelantan
Demitri (Sydney FC) Signed
Dickson (FC Opa) Signed



Buat masa ini, admin hanya ini sahaja admin sampaikan if ada perkembangan terkini admin akan update yang terbaru. Jika ada kesilapan tolong beritahu admin di Fan Page admin. Semoga perpindahan ini akan memberi perkembangan yang positive atas bola sepak Malaysia. Luaskan Kuasamu ^_^

0

Daniel guiza SAH akan meninggalkan JDT ikut jejak Simone Del Nero

Posted by Unknown on 4/05/2013 in



5hb April 2013

Johor Bahru – Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Takzim pada hari ini membuat kenyataan bahawa pemain import pasukan Johor Darul Takzim, Daniel Guiza akan meninggalkan pasukan selepas perlawanan suku akhir Piala FA diantara Johor Darul Takzim dan Selangor di Stadium Larkin ada hari Sabtu. Ini selepas seorang lagi pemain import pasukan iaitu Simone Del Nero juga akan membuat penampilan terakhir pada perlawanan yang sama.

Keputusan untuk melepaskan bekas pemain pasukan antarabangsa Sepanyol dan juga bekas pemain Serie A Lazio, diambil selepas membuat penilaian tentang kedudukan pasukan dan juga prestasi kedua-dua pemain setelah tamatnya pusingan pertama Liga Super pada minggu lepas.

Setelah mengharungi 13 perlawanan liga dan pertandingan Piala FA, Guiza telah berjaya menyumbat 8 gol untuk pasukan Johor Darul Takzim sekaligus membantu pasukan berada di tangga ke 3 Liga Super dan juga peringkat suku akhir Piala FA.
Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, YB Dato’ Haji Obet Tawil berkata, “Tidak dinafikan bahawa kedua-dua pemain, Daniel Guiza dan Simone merupakan pemain bertaraf antarabangsa yang telah banyak membantu pasukan berada di kedudukan sekarang tetapi keputusan ini terpaksa di ambil kerana kontrak pinjaman Guiza berakhir pada bulan Ogos bersama kelab beliau, Getafe CF dan ini tidak membolehkan beliau beraksi untuk pasukan pada pertandingan Piala Malaysia Ogos nanti. Simone pula masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang tidak membolehkan beliau memberi persembahan terbaik beliau untuk pasukan.

Belaiu juga menambah, “Memandangkan tingkap permindahan pemain akan hanya dibuka pada 8hb April ini, pihak pengurusan mengambil keputusan melepaskan kedua-dua pemain disamping mencari pemain pengganti yang berkaliber untuk menggantikan kedua-dua pemain dalam pasukan. Pemain tengah pasukan Johor dalam liga Premier, Andre Francisco Rocha Da Silva telah dikenal pasti untuk mengambil alih tempat Simone Del Nero manakala beberapa pemain lain sedang di uji jurulatih pasukan, Fandi Ahmad untuk menggantikan tempat Daniel Guiza. Tiga pemain telah disenarai pendek dan pihak pengurusan akan membuat pengumuman pada masa terdekat kelak. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dani dan juga Simone atas jasa mereka kepada pasukan dan peminat Johor juga telah menerima kedua-dua pemain tersebut sebagai ahli keluarga pasukan Johor Darl Takzim. Saya akan pastikan bahawa pengganti Daniel Guiza dan Simone Del Nero akan mempamerkan mutu persembahan yang lebih baik dan cemerlang berbanding dengan pemain-pemain impot sebelum ini dalam untuk memastikan visi transformasi pasukan Johor Darul Takzim akan tercapai”

Semua penyokong pasukan Johor Darul Takzim diharap dapat membanjiri Stadium Larkin pada hari Sabtu ketika JDT menentang Selangor pada persaingan Piala FA untuk memberi sambutan terakhir kepada kedua-dua pemain.

Sumber

Admin berharap JDT dapat mencari pemain import yang lebih berkualiti.. Semoga JDT akan lebih maju selepas ini.. Sedih juga dengar apabila Guiza hendak berundur...

0

Tengku Mahkota Johor letak jawatan !

Posted by Unknown on 4/03/2013 in



"Saya, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Makhkota Johor, dengan ini ingin memaklumkan bahawa saya telah membuat keputusan dan mendapat titah perkenan dari DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Darul Ta’zim, dan juga hasil daripada perbincangan bersama Penasihat Undang-undang Negei Johor, dengan ini, saya meletakkan jawatan saya sebagai Presiden dalam Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan jika saya "memegang jawatan sebagai Presiden dan pada masa yang sama saya juga adalah Tunku Mahkota Johor, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.

Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk menjadi dan mentadbir PBNJ sebgai Penaung, serta merta mulai hari ini. Ini kerana mengikut hirarki protokol, saya sebagai Tunku Mahkota Johor adalah selayaknya memegang jawatan sebagai Penaung dalam PBNJ. Dengan jawatan saya sebagai Penaung, ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang dan juga kelebihan bagi saya mentadbir urus dalam PBNJ termasuklah dalam aspek pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan PBNJ dan juga pemain-pemain di samping dapat membuat keputusan yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam persatuan ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyokong bolasepak negeri Johor di seluruh pelusuk tanah air yang mana telah bersusah payah beramai-ramai memberi sokongan yang tidak terbatas kepada pasukan bolasepak negeri Johor selama ini. Sokongan padu daripada anda semua amatlah saya hargai dan saya harapkan agar ianya berterusan sampai bila-bila kerana dengan adanya sokongan anda, pasukan Johor boleh terus gah berdiri di persada bolasepak tanah air.

Untuk makluman semua, jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Ta’zim selepas ini akan disandang oleh YB Dato’ Haji Obet Bin Tawil, Setiausaha Kerajaan Johor. Saya berharap anda semua dapat memberi sokongan yang penuh kepada beliau dan anda semua tidak perlu risau kerana saya sentiasa berada di sini bersama anda semua sebagai Tunku Mahkota Johor dan juga saya akan sentiasa memantau dan mengikuti segala perjalanan dan juga aktiviti bolasepak negeri Johor ini dari perigkat akar umbi sehinggalah ke peringkat yang lebih global.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan penyokong-penyokong bolasepak negeri Johor yang selama ini menyokong dan memberi kepercayaan kepada saya dalam menaikkan nama baik PBNJ. Saya juga menyeru agar sokongan padu dari para penyokong akan sentiasa berterusan demi menaikan imej dan juga mutu pemain-pemain bolasepak negeri Johor dan juga PBNJ.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarhakatuh."

Sumber : Kosmo


0

SENARAI RAKYAT MALAYSIA YG BERMAIN DI LUAR NEGARA

Posted by Unknown on 3/24/2013 in


 ASIA
China
Shanghai Shenshua - Tam Sheang Tsung

Thailand
Chantaburi FC - Nokhorrom Sanjeet 


Jepun
Fagiano Okayama FC - Tadashi Takeda 

EROPAH

New Zealand
Island Bay United - Muhd Ariff Zulkifly

 England
Queens Park Rangers - Ash Hameed
           Gateshead FC - Iman Shaukhi
                               - Anuar Zaini
        Manchester City U12 - Nur Imani Khaless


Italy
Atleticco Arezzo - Sean Gan Gianelli

France
FC Villenoy - Titus James Palani

Amerika Selatan

Brazil
Cruzeiro Esporte Clube - S. Kumaahran
                                          - B. Sanjeet Dinesh 

USA
Sport School Michigan - Wan Kuzain Wan Kamal 




Semoga pemain kelahiran Malaysia dapat membanggakan nama Malaysia dan jika diberi peluang oleh jurulatih Malaysia tolonglah ambil dieorang sebagai pemain Malaysia, manatahu pengalaman mereka dapat kita gunakan.

0

10 perpindahan terburuk dalam arena bola sepak

Posted by Unknown on 3/14/2013 in


10 - Roberto Aquilani (10Juta Euro) AS Roma ----> Liverpool


9 - Kaka (60Juta euro) AC Milan -----> Real Madrid


8- Steward Downing (20Juta Euro) Aston Villa -----> Liverpool


7 - Robbie Keane (17Juta Euro) Aston Villa -----> Liverpool


6 - Robinho (28Juta Euro) Real Madrid -----> Man City


5 - Juan Sebastian Veron (28.1Juta Euro) Lazio -----> Man Utd


4 - Juan Sebastian Veron (15Juta Euro) Man Utd -----> Chelsea


3 - Andriy Shevchenko (30.8Juta Euro) AC Milan -----> Chelsea


2 - Fernando Torres (50Juta Euro) Liverpool -----> Chelsea


1 - Andy Carrol (35Juta Euro) Newcastle -----> Liverpool


0

Fakri sah bermain untuk kelantan april 2013 !

Posted by Unknown on 2/25/2013 in


Ahmad Fakry Saarani Penyerang kebangsaan yg kini sedang beraksi bersama KELAB ATHLETICO SC DI PORTUGAL disahkan telah menandatangani kontrak dengan pasukan TRW...semua rundingan antara KAFA/ATHLETICO/FAKRY telah selesai kelmarin dan KONTRAK YG BERMULA APRIL INI TELAH DISEMPURNAKAN MELALUI WAKIL KEDUA PIHAK DI PORTUGAL..KEHADHIRAN FAKRY AKAN MEMPERKASAKAN LAGI JENTERA SERANGAN TRW YG KINI TURUT MEMILIKI DIMI PETRATOS DAN DICKSON NWAKAEMI.....FAKRY DI JANGKA PULANG KE TANAHAIR MAC INI SEBAIK SAJA TAMAT LIGA DI PORTUGAL...THIS IS KOTA BHARU!!!!WELLCOME HOME FAKRY..Fakry adalah anak kelahiran kota bharu...ic 03!!

SUMBER : Tan Sri Annuar Musa

Anak muda ini telah mengikut jejak Nazmi Faiz yang pulang ke tanah air untuk beraksi bersama pasukan di Malaysia sahaja. Sebab-sebab kenapa Fakri pulang ke Malaysia semula masih menjadi persoalan. Adakah sebab yang sama ataupun takut dengan cabaran luar. Mari kita mengikuti dari semasa ke semasa perkembangan Ahmad Fakri Saarani.

@sokong saya dengan click and like >> 1,2,3



0

Datuk Seri Shahidan Kassim Digantung 30 Bulan & Denda RM39,000.

Posted by Unknown on 2/21/2013 in



Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun setengah dan denda RM39,000 kerana didapati bersalah atas empat pertuduhan antaranya mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Hukuman itu diputuskan oleh Jawatankuasa Tataterbit FAM yang bersidang
hampir tiga jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, hari ini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh timbalan pengerusi jawatankuasa
berkenaan Ednan Othaman selepas pengerusinya Datuk Taufik Abdul Razak tidak
dapat hadir.
Jawatankuasa tersebut turut menetapkan bahawa Shahidan tidak boleh
mengemukakan rayuan.
Berikutan keputusan itu, Shahidan, bekas menteri besar Perlis, hilang status
sebagai presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota
Jawatankuasa Kewangan FAM.
Ednan berkata Shahidan didapati bersalah melanggar Artikel 88 Statut FAM
iaitu berkaitan mengkritik pentadbiran badan induk bola sepak kebangsan itu.
“Hukuman terhadap Shahidan akan berkuat kuasa apabila dia (Shahidan)
menerima surat daripada FAM iaitu dalam tempoh 14 hari selepas tarikh hukuman
dijatuhkan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Dalam tempoh penggantungan itu, Shahidan dilarang terbabit atau memegang
jawatan dalam sebarang aktiviti berkaitan dengan bola sepak negara.
Atas pertuduhan pertama, Ednan berkata Shahidan dikenakan denda RM20,000
selepas didapati bersalah membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal
pentadbiran FAM tanpa kebenaran.



Susulan daripada penyiaran berita tersebut di bawah pertuduhan kedua,
Shahidan dikenakan denda RM10,000 dan digantung selama dua tahun kerana
berniat menghina, mengaibkan serta menjatuhkan imej FAM, katanya.
Shahidan turut didapati bersalah atas pertuduhan ketiga apabila mengeluarkan
kenyataan bercanggah atau tidak tepat dengan mana-mana keputusaan FAM dan beliau digantung selama enam bulan dan didenda sejumlah RM8,000.
Ednan berkata Shahidan turut didenda RM1,000 kerana tidak menjawab surat
tunjuk sebab selepas menerima surat pertuduhan bertarikh 1 Feb lepas yang
ditandatangani Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.
“Dia (Shahidan) tidak bertanggungjawab dan dianggap menghina FAM apabila
tidak mengambil sebarang tindakan bagi surat pertuduhan yang dihantar oleh FAM,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda
RM62,500 kerana gagal mengawal penyokong mereka pada aksi Liga Super antara
pasukan The Red Warriors dan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, 15 Jan lepas.
“KAFA tidak boleh membuat rayuan di atas hukuman berkenaan dan ia perlu
dijelaskan dalam masa 14 hari selepas menerima surat hukuman tersebut,” katanya.
Beliau berkata Kelantan berkemungkinan bermain tanpa kehadiran penyokong
sekiranya mereka mengulangi kesalahan sama pada aksi Liga Super seterusnya
menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu ini.
“Pegawai Jawatankuasa Disiplin FAM akan memantau perlawanan berkenaan dan
sekiranya penyokong Kelantan gagal mengawal disiplin, maka kita akan mengambil
tindakan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA

SUMBER

1

FAM tidak benarkan Nazmi Faiz beraksi untuk PKNS.

Posted by Unknown on 2/04/2013 in



Sudah Jatuh ditimpa tangga, itulah peribahasa yang boleh diberi kepada pemain muda negara Nazmi Faiz. Nazmi Faiz yang baru sahaja menyarung jersi PKNS dan mengikat kontrak selama 3 tahun tetapi malangnya dia belum boleh diturunkan dalam masa terdekat.
Mengikut peraturan, Nazmi hanya boleh beraksi dan didaftarkan dalam pasukan pada jendela perpindahan pemain bulan April nanti dan FAM hari ini memutuskan bahawa peraturan itu harus dipatuhi.
Pengurus pasukan PKNS, Azmi berkata, PKNS menerima keputusan FAM dengan terbuka dan mengharapkan agar proses seterusnya berjalan dengan lancar.
"Nazmi akan turun beraksi bersama pasukan menjalani latihan seperti biasa kerana kita tidak mahu bakatnya disia-siakan.
"Urusan pendaftaran Nazmi untuk April nanti sedang kita laksanakan dan bagi memastikan pemain itu beraksi dengan PKNS dalam saingan Liga Super," katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma FAM, hari ini.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, PKNS perlu menunggu tempoh pendaftaran pemain baru yang telah ditetapkan oleh badan itu.
"Kita terpaksa menolak permohonan ini berdasarkan beberapa peraturan, antaranya pemain yang ingin didaftarkan perlu menunggu sehingga tempoh perpindahan kedua dibuka April ini," katanya.

Sumber : Foxsports

1

Sebab-sebab kepulangan Nazmi Faiz dari SC Beira Mar

Posted by Unknown on 2/04/2013 in



Namun menurut Fadzrie Hazis (Astro Awani), sumber yang rapat dengan Nazmi mendedahkan SC Beira Mar yang berpangkalan di Aveiro sebenarnya menghadapi masalah kewangan (mungkin kesan daripada krisis kewangan Euro).
Rupanya Nazmi dikatakan hanya menerima 500 Euro (RM2,110 sahaja) untuk tempoh enam bulan dia berada di Portugal dan mungkin sebab itulah ejen Nazmi tak pernah mendedahkan nilai kontrak 3 tahun Nazmi serta bayaran yang diterima ketika di Portugal.

Salah satu sebabnya mungkin takut harapan rakyat Malaysia khususnya penyokong bola sepak fanatik yang beranggapan Nazmi umpama 'pemain bintang' dan pastinya mendapat bayaran berpuluh ribu ringgit sebulan seperti Safee Sali ketika di Pelita Jaya.

Selamat tinggal Beira-Mar...

Malah, sampai satu peringkat Nazmi dikatakan terpaksa keluar dari rumahnya dan menumpang berteduh di rumah rakan sepasukan, kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

Bapanya, Mansor Mustapha ada merujuk kepada FAM untuk membawa anaknya pulang dan diserapkan kembali ke skuad Harimau Muda A di bawah Ong Kim Swee. Namun FAM tak boleh berbuat apa-apa untuk menebus yuran perpindahan buat Nazmi kepada Biera-mar yang dianggarkan cuma 50,000 Euro (mesti ada yang terkejut, rupanya murah saja kontrak Nazmi di Portugal ni) dan ia mendorong bapanya menekan butang kecemasan dengan berbincang bersama PKNS atas nasihat ejen Nazmi, Marco Guimareas.

PKNS sahaja yang mampu menebus kontrak Nazmi daipada Beira-Mar
p/s: Setakat ini, Nazmi Faiz masih berahsia dengan media...

sumber


0

Pengerusi Cardiff City menyokong Nazmi Faiz

Posted by Unknown on 2/04/2013 in




Pengerusi Cardiff City, Dato’ Chan Tien Ghee beranggapan Nazmi Faiz masih mepunyai kareer bolasepak yang cerah pada masa hadapan walaupun telah menamatkan kontrak bersama kelab Portugal, Beira Mar SC.
Sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan luas dalam pengurusan bolasepak di Eropah, Chan percaya kepulangan kembali Nazmi ke Malaysia untuk bersama PKNS tidak akan membataskan peluang buat pemain muda ini untuk kembali berkelana di Eropah.
“Nazmi pemain yang berbakat dan masih muda. Masih banyak yang perlu beliau pelajari. Namun saya percaya beliau mempunyai kualiti untuk terus beraksi di Eropah.
“Nasihat saya, kita perlu tetapkan matlamat sebenar yang ingin dicapai. Apa yang kita hendak dan apa yang kita mahu. Itu akan menjadi sumber inspirasi untuk terus mencapai kejayaan” tambah Chan.
Chan ditemui ketika menghadiri mesyuarat pengurus pasukan Liga 1MCC – Yamaha Leong 2013 yang berlangsung di Bukit Kiara Equastrian & Country Club pada Ahad.
Liga bawah 12 tahun yang memasuki edisi ketiga penganjurannya ini akan memperlihatkan sedikit kelainan dengan 32 pasukan akan dibahagikan kepada 2 divisyen iaitu divisyen A dan divisyen B.

Dato' Chan Tien Ghee
Dato’ Chan Tien Ghee

“Pembaharuan ini dilakukan untuk memastikan persaingan yang lebih adil dan sesuai. Kita mahu beri pasukan bersaing dengan pasukan yang mempunyai tahap yang sama agar tidak ada lagi keputusan seperti 17-0, 15-0 yang berlaku pada tahun lepas” kata Gobi Nair, pengarah kejohanan dalam mesyuarat tersebut.
Liga ini juga bakal dikembangkan ke beberapa buah negeri seperti Pahang, Sabah dan Negeri Sembilan untuk memberi peluang kepada lebih ramai anak muda menunjukkan bakat bolasepak yang ada pada mereka.

SUMBER


1

Sah ! Beckham milik PSG

Posted by Unknown on 2/01/2013 in

Sensasi ! PSG sekali lagi buat kejutan dengan menandatangi bekaas pemain sensasi England dan juga bekas pemain LA Galaxy iaitu David Beckham. PSG kini sudah dibarisi pemain-pemain yang bergelar bintang seperti Ibrahimovic, Menez, Thiago Motta dan ramai lagi. David Beckham akan memakai jersi nombor 32.




Mari kita tengok gambar-gambar David Bechkam sebaik sampai di PSG.

disunting dari official page PSG






Kagum melihat kesungguhan kelab dari Perancis ini dalam memajukan bola sepak dalam kancah Liga Perancis dan misi utamanya ialah UEFA Champion League (Liga Juara-juara Eropah).








2

Jadual rasmi kelayakan Piala Asia 2015 (MALAYSIA)

Posted by Unknown on 1/30/2013 in






6 Feb 2013
   Qatar  VS Malaysia
Yemen VS Bahrain

22 Mac 2013
Malaysia VS Yemen
Bahrain VS Qatar

15 Okt 2013
Malaysia VS Bahrain
Yemen VS Qatar

15 Nov 2013
    Bahrain VS Malaysia
Yemen VS Qatar

19 Nov 2013
Malaysia VS Qatar
    Bahrain VS Yemen

5 Mac 2014
Qatar VS Bahrain
Yemen VS Malaysia


Lagu penaik semangat pasukan malaysia !


Mari kita menyokong pasukan kebangsaan kita, semoga Harimau Malaya dapat pergi jauh dalam Piala Asia kali ini. InsyaAllah ddengan doa semua penyokong pasukan HM, pasti pasukan kita berjaya. GO HM GO !

0

Jadual Johor Darul Takzim FC musim 2013

Posted by Unknown on 1/23/2013 in

Inilah jadual Darul Takzim FC untuk Liga Super 2013.


Bil
Tarikh
PERLAWANAN
MASA
TEMPAT
1
8/01
PAHANG
VS
DARUL TAKZIM FC
8.45 PM
STADIUM DARUL MAKMUR
2
12/01
DARUL TAKZIM FC
VS
PERAK
8.45 PM
STADIUM LARKIN
3
15/01
KELANTAN
VS
DARUL TAKZIM FC
8.45 PM
STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV
4
19/01
DARUL TAKZIM FC
VS
ATM
8.45 PM
STADIUM LARKIN
5
22/01
PKNS FC
VS
DARUL TAKZIM FC
8.45 PM
STADIUM SHAH ALAM
6
16/02
DARUL TAKZIM FC
VS
T-TEAM
8.45 PM
STADIUM LARKIN
7
19/02
DARUL TAKZIM FC
VS
LIONS-XII
8.45 PM
STADIUM LARKIN
8
23/02
FELDA UNITED
VS
DARUL TAKZIM FC
8.45 PM
STADIUM MBPJ
9
02/03
DARUL TAKZIM FC
VS
NEGERI SEMBILAN
8.45 PM
STADIUM LARKIN
10
09/03
SELANGOR
VS
DARUL TAKZIM FC
8.45 PM
STADIUM SHAH ALAM
11
30/03
DARUL TAKZIM FC
VS
TERENGGANU
8.45 PM
STADIUM LARKIN
SEPARUH MUSIM
12
13/04
TERENGGANU
VS
DARUL TAKZIM FC
8.45 PM
STADIUM SULTAN ISMAIL NASARUDDIN SHAH
13
20/04
DARUL TAKZIM FC
VS
PAHANG
8.45 PM
STADIUM LARKIN
14
27/04
PERAK
VS
DARUL TAKZIM FC
8.45 PM
STADIUM PERAK
15
04/05
DARUL TAKZIM FC
VS
KELANTAN
8.45 PM
STADIUM LARKIN
16
07/05
ATM
VS
DARUL TAKZIM FC
8.45 PM
STADIUM PAROI
17
11/05
DARUL TAKZIM FC
VS
PKNS FC
8.45 PM
STADIUM LARKIN
18
18/05
T-TEAM
VS
DARUL TAKZIM FC
8.45 PM
STADIUM SULTAN ISMAIL NASARUDDIN SHAH
19
22/06
LIONS-XII
VS
DARUL TAKZIM FC
7.45 PM
STADIUM JALAN BESAR
20
25/06
DARUL TAKZIM FC
VS
FELDA
8.45 PM
STADIUM LARKIN
21
02/07
NEGERI SEMBILAN
VS
DARUL TAKZIM FC
8.45 PM
STADIUM PAROI
22
06/07
DARUL TAKZIM FC
VS
SELANGOR
8.45 PM
STADIUM LARKIN

 Sharelah kawankawan anda yang tidak tahu  tentang ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.