0
PANDUAN 101 BACAAN SUAMI ISTERI
Posted by Unknown
on
1/16/2012
Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtanga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda:
1. Tidur dalam selimut bersama isteri.. Dari Ata' bin Yasar, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawab Aisyah, "kerana saya ada haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah: "Kalau begitu pergilah, lalu berkailah dan dekatlah kembali padaku. Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau."
(Hadis Riwayat Said bin Mansur)
2. Memberi wangi-wangian pada aurat, Aisyah berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan mulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi ) dan isterinya baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
3. Mandi bersama-sama isteri. Dari Aisyah r.a. beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)."
(Hadis Riwayat Abdirrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
4. Disikatkan oleh isteri. Dari Aisyah r.a., beliau berkata: "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w.. ketika itu saya sedang haid".
(Hadis Riwayat Ahmad)
5. Meminta isteri meminyaki badan. Dari Aisyah r.a., beliau berkata: "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w.. pada hari Raya Aidil Adha setelah beliau melakukan Jamrah Aqabah,".
(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)
6. Minum bergantian pada tempat yang sama. Dari Aisyah r.a., dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut,lalu menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dari saya, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu baginda pun menghirupnya.
(Hadis Riwayat Abdulrrazaq dab Said bin Mansur)
7. Mencium isteri. Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya."
(Hadis Riwayat Abdurrazaq)
8. Memanggil dengan panggilan mesra. Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukai seperti Aisy dan Humaira (Pipi Merah Delima)
9. Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra. Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan baginda berkata," Wahai Uwaisy, bacalah doa: "Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkan kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.
(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
10. Membersihkan titisan darah haid isteri. Dari Aisyah r.a., dia berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu..."
(Hadis Riwayat Nasai)
11. Memberikan hadiah. Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, baginda bersabda kepadanya, "Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepada ku, aku akan memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut baginda berikan kepad Ummu Salamah."
(Hadis Riwayat Ahmad)
12. Segera menemui isteri apabila tergoda. Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat kediaman Zainab untuk melepaskan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda: "Wanita kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan.. dan apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu."
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada isteri baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yang perlu dicontohi..
>>references