0
Tujuan Hidup.
Posted by Unknown
on
12/24/2011
Sudah semestinya masing-masing mempunyai tujuan hidup yang tersendiri. Ianya penting kerana tanpa tujuan hidup, kehidupan anda tidak akan bermakna. Tetapi berjayakah anda untuk mencapai tujuan hidup yang anda impikan? Untuk mencapai satu-satu tujuan, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kerja keras dan usaha yang berterusan. Artikel ini akan memberikan anda panduan mengenai cara mencapai satu-satu tujuan, supaya anda terus berusaha untuk mengejar apa yang dimahukan didalam kehidupan.
Add caption |
(1) Perancangan- Untuk mencapai tujuan hidup, ia sememangnya memerlukan perancangan. Ia tidak akan sesekali berlaku dengan sendirinya. Senaraikan tujuan hidup yang ingin dicapai oleh anda. Ini adalah untuk memudahkan anda mengesan samaada anda sedang berada di landasan untuk mencapai satu-satu tujuan itu ataupun tidak.
Mulakan perancangan daripada perkara yang mudah untuk dicapai terlebih dahulu. Lakukannya secara berperingkat. Jangan terlalu yakin bahawa anda akan mencapai tujuan hidup anda dengan mudah. Ini adalah lumrah kehidupan bahawa sememangnya tiada jalan mudah untuk seseorang berjaya.
(2) Keutamaan- Anda juga seharusnya memahami konsep kehidupan bahawa anda tidak akan mencapai semua tujuan hidup yang anda impikan. Walaupun anda sudah mempunyai perancangan, tetapi ia adalah mustahil untuk mencapai semuanya. Apabila anda sudah menyenaraikan tujuan hidup anda, bahagikannya pula mengikut keutamaan yang bersesuaian dengan kemampuan diri sendiri. Anda seharusnya lebih mengenali diri sendiri berbanding orang lain.
(3) Beritahu orang yang rapat mengenai tujuan hidup anda- Ini adalah untuk memastikan anda sentiasa memberi komitmen terhadap apa yang anda lakukan. Apabila seseorang meluahkan sesuatu perkara, ia secara automatik akan membuatkan mereka berasa bertanggungjawab mengenai perkara yang telah diperkatakan itu. Untuk mencapai sesuatu tujuan, ia sememangnya memerlukan komitmen yang berterusan.
(4) Penghargaan terhadap diri sendiri- Apabila anda sudah berjaya mencapai tujuan hidup anda walaupun ia hanyalah suatu perkara yang kecil, berikan penghargaan untuk diri sendiri. Ia secara tidak langsung akan mempengaruhi anda berusaha lebih keras untuk mecapai tujuan yang lebih besar. Tiada siapa yang mampu untuk memberikan penghargaan yang terbaik melainkan diri anda sendiri.
(5) Jangan terlalu memikirkan mengenai masa yang akan diambil- Masalah ini adalah merupakan punca utama akan membuatkan seseorang berputus asa. Anda seharusnya tidak terlalu memikirkannya. Apa yang lebih penting adalah anda fokus untuk melakukan perkara yang akan membantu anda untuk mencapai tujuan hidup itu. Anda sebenarnya sudah berjaya walaupun anda baru sahaja memulakan langkah yang pertama.
(6) Berusaha keras- Untuk mencapai tujuan hidup, anda sepatutnya mempunyai penanda aras sebagai panduan halatuju anda. Hanya tetapkan penanda aras yang minumum sahaja. Tetapi dalam masa yang sama anda perlu berusaha keras untuk mencapai yang lebih baik dari apa yang telah dihadkan. Sebagai contoh, untuk bulan ini anda ingin menyimpan rm100. Tetapi sekiranya dalam bulan tersebut anda mampu untuk menyimpan rm110 adalah lebih baik.
(7) Jangan sesekali berhenti- Apabila anda sudah mencapai satu-satu tujuan didalam hidup anda, jangan sesekali berhenti. Cuba untuk mencapai tujuan yang lebih baik pula. Ia adalah kerana anda sebenarnya adalah lebih baik daripada apa yang anda sendiri fikirkan.