0

Mungkin ‘Kesultanan Sulu’ Dapat Bantuan

Posted by Unknown on 3/27/2013 in



JOHOR BAHRU – Siasatan dalaman oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyimpulkan bahawa terdapat kemungkinan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai kesultanan Sulu mendapat ‘bantuan dan sokongan’ daripada pihak tidak dikenal pasti untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.

Pengerusinya Muslimin Sema berkata kesimpulan itu juga berpunca daripada maklumat bahawa kesultanan itu tidak mempunyai keupayaan dan sumber pendapatan untuk melaksanakan operasi ketenteraan yang begitu nekad.

“Kami menyimpulkan terdapat kemungkinan satu bentuk jaminan atau bantuan yang diberi kepada kesultanan Sulu bagi menjalankan ekspedisi (ketenteraan) ke atas Sabah (Lahad Datu dan Semporna).

“Kesultanan Sulu tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan pencerobohan ke atas Sabah tanpa (mendapat) jaminan daripada ‘pihak’ tertentu,” katanya kepada Bernama menerusi telefon dari Cotabato City, Mindanao, di selatan Filipina pada Rabu.

Ditanya mengenai identiti orang yang mungkin membantu kesultanan Sulu itu dalam pencerobohan ke atas Sabah, Muslimin berkata siasatan mereka tidak mendedahkan sebarang ‘nama atau wajah’. BERNAMA

1

Rozita Che Wan tidak mengendahkan teguran daripada Dr. Harlina Halizah Siraj

Posted by Unknown on 3/25/2013 in



[sambungan cerita tentang artis jelita Malaysia Che Ta]

Sejak mengakui hubungan cintanya bersama aktor, Zain Saidin, aktres jelita ini dihujani pelbagai kontroversi.

Selain dikritik kerana penampilannya yang semakin seksi, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta ini turut ‘dihentam’ kerana aksi mesra bersama kekasihnya itu.

Menerusi Zass, Che Ta berkata, dia enggan mengambil pusing kritikan itu, bahkan meminta agar masyarakat jangan terlalu menjaga ‘tepi kainnya’.

Bagaimanapun, kenyataan ibu kepada dua anak itu, mendapat teguran, Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr Harlina Halizah Siraj, atau lebih dikenali sebagai Dr Har.

Beliau tidak setuju dengan cara aktres seksi itu dan menyifatkan masyarakat ada hak untuk mengambil tahu dan memberi teguran sesama insan.

Pun begitu, Che Ta masih berpegang teguh pada pendiriannya dan enggan mengambil pusing mengenai segala cemuhan serta kritikan pihak lain.

“Saya pun tak fahamlah dengan mereka ni. Apa sahaja yang saya buat, serba tak kena. Saya tak tahu langsung mengenai teguran itu dan malas nak ambil tahu.

“Saya sudah malas nak kata apa. Kebebasan berpakaian adalah hak masing-masing. Suka hati lah nak cakap apa pun.
“Suka hatilah nak cakap apa pun, saya tak kisah!,” katanya dalam nada yang tegas.

Sementara itu, Zain turut bertindak menutup akaun Instagramnya bagi mengelak kontroversi ini dari terus berlanjutan.
Lali kontroversi

Walaupun berhadapan pelbagai kontroversi, namun akui Che Ta, ia tidak menjejaskan hubungan cintanya bersama Zain.

Malah, Che Ta mengakui dirinya sudah lali dengan gosip seumpama itu dan enggan menjadikannya sebagai isu besar.

“Saya dah letih nak layan semua ni. Sebelum ni pun, ada juga kisah-kisah saya dimanipulasikan pihak-pihak tertentu.

“Pun begitu, ia tidak mengganggu perjalanan hubungan kami. Insya-ALLAH, bila tiba masanya nanti, saya akan umum tarikh itu,” katanya ketika ditanya mengenai tarikh perkahwinan bersama Zain.

Akui terkilan dengan situasi yang menimpa kekasihnya, Zain berkata, niatnya untuk mempamerkan tahap keseriusan hubungan mereka banyak disalah ertikan segelintir pihak.

Malah, kata Zain, dia tidak menyangka gambar seksi Rozita bersamanya yang dimuat naik di laman Instagram mengundang kontroversi serta turut mencalarkan imej kekasih hatinya itu.

“Saya tak kisah apa pandangan orang mengenainya kerana Rozita yang saya kenal memang macam tu. Itulah Rozita.

“Dia memang seksi dari dulu lagi dan saya tak pasti semua orang tahu mengenai perkara itu atau tidak.

“Saya tahu, ada segelintir pihak tidak suka kami bersama. Namun siapa saya untuk menolak ketentuan jika jodoh saya bersama dia?,” kata Zain yang turut mengakui bakal membuat persiapan kahwin selepas sambutan Aidilfitri nanti.

#Admin tidak dapat post gambar Rozita Che Wan kerana tidak mahu mengaib dia. Harap Maaf 

0

Dr. Harlina Halizah Siraj Tegur Rozita Che Wan

Posted by Unknown on 3/25/2013 in



FROM DR HAR WITH LOVE
TEGURAN IKHLAS BUAT YANG BERKENAAN
Salam ukhuwah
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.

Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan :

`Who cares?’, Dr Har jawab

`I do care! A lot!‘

Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!

Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘

Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini : Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada
dirimu?

Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaĆ­) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.

Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!

Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)

Mungkin Dr Har bukan setakat menegur Rozita Che Wan tapi dia menegur semua artis Malaysia.

Berikut adalah komen yang diberi oleh Rozita Che Wan
SUMBER


0

SENARAI RAKYAT MALAYSIA YG BERMAIN DI LUAR NEGARA

Posted by Unknown on 3/24/2013 in


 ASIA
China
Shanghai Shenshua - Tam Sheang Tsung

Thailand
Chantaburi FC - Nokhorrom Sanjeet 


Jepun
Fagiano Okayama FC - Tadashi Takeda 

EROPAH

New Zealand
Island Bay United - Muhd Ariff Zulkifly

 England
Queens Park Rangers - Ash Hameed
           Gateshead FC - Iman Shaukhi
                               - Anuar Zaini
        Manchester City U12 - Nur Imani Khaless


Italy
Atleticco Arezzo - Sean Gan Gianelli

France
FC Villenoy - Titus James Palani

Amerika Selatan

Brazil
Cruzeiro Esporte Clube - S. Kumaahran
                                          - B. Sanjeet Dinesh 

USA
Sport School Michigan - Wan Kuzain Wan Kamal 




Semoga pemain kelahiran Malaysia dapat membanggakan nama Malaysia dan jika diberi peluang oleh jurulatih Malaysia tolonglah ambil dieorang sebagai pemain Malaysia, manatahu pengalaman mereka dapat kita gunakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.