0

20 TIPS CINTA SUAMI ISTERI

Posted by Unknown on 5/31/2012



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.


3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.


4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.


5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.


6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.


7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.


8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.


9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisinya.


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.


11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.


12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.


13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.


14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.


15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.


16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.


17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.


18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


19. Isteri perlu sentiasa mendengar dan mengikut nasihat yang baik daripada suami supaya suami lebih menyayangi isterinya.


20. Sentiasa berusaha untuk melakukan apa saja aktiviti bersama pasangan supaya hubungan antara suami isteri lebih rapat dan erat.


1

Wanita Tidak Semestinya Perlukan Lelaki

Posted by Unknown on 5/20/2012 in


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...

SUMBER


0

Cara Untuk membersih dan mengopek kerang.

Posted by Unknown on 5/18/2012 in ,

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak ajar korang cara membersihkan, and mengopek kerang.Jika anda masih belum mahir mari kita cuba and perbaiki diri kita supaya kita jadi pandai :)


Caranya untuk :-

Petua Membersih Kerang

Ambil segengam daun ubi kayu dan ramas dengan kerang yang hendak dicuci tadi. Lepas dah ramas dengan kerang, bilas dengan air bersih. Ada jugak yang bersihkan kerang dengan menggunakan hampas kelapa. Tapi cara paling senang bagi aku, korang beli jek serai beberapa batang lepas tu tumbuk bagi dia lembut dan ramas pada kerang tu.

Teknik Bersihkan Kerang

Rendam kerang dalam air dan ambil pelepah daun pisang lepas tu buang daunnya. Potong pelepah pisang tu kepada beberapa potongan kecil dan ramas dengan kerang. Kulit kerang tadi akan bersih dan cuci.

Cara Mudah Nak Kopek Kerang

Campurkan satu sudu minyak masak ke dalam bekas rebusan semasa merebus kerang. Kerang akan terbuka sikit dan bolehla korang nak buka kulit kerang lepas tu ye!


Jum Cuba :)

0

Rahsia Tandatangan Yang Perlu Diketahui

Posted by Unknown on 5/16/2012 in ,


1. Satu garisan di bawah tanda tangan
· Seorang yang sangat yakin

· Ada personaliti yang hebat

· Agak mementingkan diri sendiri

· Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu


2. Dua titik di bawah tanda tangan
· Anda romantik

· Mudah bertukar pasangan macam tukar baju

· Memilih kecantikan (bagi lelaki)

· Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)

3. Satu titik di bawah tanda tangan
· Anda kelihatan mudah dan tenang

· Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

 4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
· Seronok dengan kehidupan

· Ikut gaya dan cara sendiri

· Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain


5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
· Anda sentiasa berusaha supaya smart

· Suka berselindung

· Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup

· Yakin dengan kebolehan diri sendiri


6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
· Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir

· Anda cepat menukar pandangan dan idea


 7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
· Seorang yang sangat prihatin

· Tidak pentingkan diri sendiri

· Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain

· Seorang pemikir

· Seorang yang mudah serik


 8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
· Seorang yang sangat baik

· Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan

· Tegas dengan pendapat sendiri

· Ada semangat yang tinggi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.