0

10 sebab hati kita jadi hitam dan keras

Posted by Unknown on 2/08/2013 in



10 punca hati kita jadi gelap dan keras:

  1. Suka melihat kemaksiatan.
  2. Suka melihat tahi/najis.
  3. Suka bercakap kotor.
  4. Suka berfikiran kotor/lucah
  5. Tidak bersolat.
  6. Tidak membaca al-Quran
  7. Tidak bertahajjud.
  8. Tidak berzikir.
  9. Tidak berdoa kepada ALLAH SWT.
  10. Hidup di atas dunia ni dengan sombong dan angkuh.


Marilah kita mula berubah ke arah kebaikan semoga hidup kita dirahmati Allah s.w.t. Mungkin kita tidak sedar, perkara-perkara yang boleh menyebabkan hati kita gelap tapi harap sekarang kita sedar dah kita mencuba untuk mentransformasikan diri kita ke arah jalan yang lebih maju dan selamat. Amin





0

Fara Fauzana hampir maut di bumi Gaza

Posted by Unknown on 2/07/2013 in


“Saya Hanya Fikir Mati Ketika Itu” – Fara Fauzana – Pengacara popular, Fara Fauzana yang baru sahaja tiba di tanah air pada ahad lalu sempat berkongsi pengalaman beliau sewaktu berada di bumi Gaza bagi menjalankan tugas sebagai pengacara Nona.

Menurut Fafau nama glamornya, pengalaman yang paling mengerikan sepanjang seminggu berada di sana adalah terdengar bunyi tembakan di luar bilik hotel.

“Itulah pengalaman paling ngeri. Apabila saya terdengar bunyi tembakan dari luar bilik hotel saya terus meniarap sebab itulah yang telah disuruh masyarakat di sana jika terdengar bunyi tembakan rambang seperti itu.”

“Apa yang bermain di fikiran ketika itu hanyalah mati. Saya bersyukur keselamatan saya dan krew Nona yang lain selamat,” ujar pengacara popular ini.

Nona production sedang buat lawatan ke Bumi Gaza

Selain pegalaman seram itu, Fara turut berkongsi kenangan manis yang terjadi di sana dan dirinya tidak menyangka negara yang bergolak itu adalah negeri yang amat damai dan tenang.

“Kedamaian dan ketenangan di bumi Gaza jauh berbeza dari apa yang dibayangkan oleh negara lain.”

Tambahnya lagi, hatinya tersentuh tatkala melihat anak-anak muda di sana bersunguh-sunguh dalam memperjuangkan negara mereka dari serangan tentera Israel. Tidak kira peringkat umur, tua, muda dan kanak-kanak kecil semuanya bersemangat mempertahankan tanah air mereka.

Penyampai radio Hot FM ini turut menyatakan hasratnya untuk kembali ke sana lagi dan ingin membawa adik beradiknya sendiri bagi merasai dan melihat sendiri kehidupan di sana.

sumber

0

Yus Jambu bakal berkahwin dengan Model Sambilan

Posted by Unknown on 2/07/2013



Yus Jambu Bakal Kahwini Model Sambilan - KUALA LUMPUR : Sebaik saja kumpulan Jambu yang dianggotai Yus dan Tauke diumumkan sebagai naib johan program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM), Yus secara rasminya telah mencanang satu Malaya bahawa dia akan menggunakan wang kemenangan tersebut untuk mengadakan majlis perkahwinannya nanti.

Namun, sehingga ke hari ini, Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo,37, masih belum memberitahu identiti sebenar wanita yang telah pun bertakhta di hatinya sekaligus memikat hati Yus untuk menjadi suri dihatinya.

“Saya ni bukan jenis perahsia. Kalau ikutkan hati saya, saya nak beritahu semua bahawa dia adalah bakal isteri saya. Namun, demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu foto dan nama sebenarnya.

“Namun, untuk tidak mengecewakan orang yang dah bertanya, saya akan memberitahu sedikit demi sedikit siapakah dia orangnya. Nama pangkal dia adalah B dan dia berasal dari Taiping. Dia bekerja sebagai setiausaha ahli korporat dan juga model sambilan. Dia berumur 32 tahun.

“Saya baru saja empat bulan mengenalinya. Saya kenal dia pun menerusi facebook. Alhamdulillah, setakat ini saya suka dan mahu dia jadi isteri saya kerana dia sangat memahami saya,” katanya kepada murai.com.my.

Membicarakan soal tarikh kahwin, Yus mengakui dalam persiapan menuju ke alam perkahwinan. Namun, Yus memberitahu berkemungkinan besar tidak akan bertunang kerana pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini.

“Ya, saya akan berkahwin dengan dia. Namun, tarikh yang tepat masih belum ada. Mungkin paling cepat tahun ni paling lewat pun tahun depan. Walaupun masih belum bertarikh, saya sudah merancang untuk membuat majlis kahwin ala kampung di pihak saya di Perlis nanti.



“Saya suka dia sebab wajahnya persis gadis kampung. Apabila saya kenal dia menerusi facebook, selama dua minggu dia tidak pernah tahu saya ini adalah artis atau pun Yus Jambu. Sehinggalah satu hari, kawan dia memberitahu dia dan dia sendiri bertanyakan identiti saya.

“Selepas kenal dan tahu siapa saya, dia tersangatlah memahami kesibukan saya. Dia pun wanita yang mempunyai wawasan dan bekerjaya. Setakat ini, saya sudah pun berjumpa dengan ahli keluarganya. Tapi saya belum datang ke rumahnya di Taiping. Kami berjumpa pun tatkala keluarganya datang ke Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini,” jelasnya.

Meneruskan cerita, Yus bersyukur ayah dan keluarga wanita itu menerimanya dan memberikan pandangan positif terhadap hubungan mereka.

“Ayah dia yang nak berjumpa dengan saya. Dia nak kenal identiti dan perlakuan saya. Alhamdulillah, mereka suka saya dan mengatakan saya tidak seperti yang disangkakan. Maksudnya, pada mulanya mereka ingatkan saya ni kategori artis sombong dan belagak, tapi sebenarnya saya tidak.

“Saya pun mesra dengan keluarga dia. Ayah dia pun sporting dan sekepala dengan saya. Saya rasa saya tidak akan bertunang dengan dia. Kalau bertunang pun sekejap saja. Dulu saya dah 4 tahun menghadapi dilema bertunang.

“Terus-terang, saya sudah lama tidak merasa perasaan gembira sebegini. Jadi, doakanlah saya bahagia dan hubungan saya kekal selamanya,” jelasnya.

Sementara itu, Yus berjanji apabila tiba waktunya nanti, dia akan beritahu dan mendedahkan wajah kekasihnya itu.

SUMBER

1

FAM tidak benarkan Nazmi Faiz beraksi untuk PKNS.

Posted by Unknown on 2/04/2013 in



Sudah Jatuh ditimpa tangga, itulah peribahasa yang boleh diberi kepada pemain muda negara Nazmi Faiz. Nazmi Faiz yang baru sahaja menyarung jersi PKNS dan mengikat kontrak selama 3 tahun tetapi malangnya dia belum boleh diturunkan dalam masa terdekat.
Mengikut peraturan, Nazmi hanya boleh beraksi dan didaftarkan dalam pasukan pada jendela perpindahan pemain bulan April nanti dan FAM hari ini memutuskan bahawa peraturan itu harus dipatuhi.
Pengurus pasukan PKNS, Azmi berkata, PKNS menerima keputusan FAM dengan terbuka dan mengharapkan agar proses seterusnya berjalan dengan lancar.
"Nazmi akan turun beraksi bersama pasukan menjalani latihan seperti biasa kerana kita tidak mahu bakatnya disia-siakan.
"Urusan pendaftaran Nazmi untuk April nanti sedang kita laksanakan dan bagi memastikan pemain itu beraksi dengan PKNS dalam saingan Liga Super," katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma FAM, hari ini.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, PKNS perlu menunggu tempoh pendaftaran pemain baru yang telah ditetapkan oleh badan itu.
"Kita terpaksa menolak permohonan ini berdasarkan beberapa peraturan, antaranya pemain yang ingin didaftarkan perlu menunggu sehingga tempoh perpindahan kedua dibuka April ini," katanya.

Sumber : Foxsports

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.