1

Sebab-sebab kepulangan Nazmi Faiz dari SC Beira Mar

Posted by Unknown on 2/04/2013 in



Namun menurut Fadzrie Hazis (Astro Awani), sumber yang rapat dengan Nazmi mendedahkan SC Beira Mar yang berpangkalan di Aveiro sebenarnya menghadapi masalah kewangan (mungkin kesan daripada krisis kewangan Euro).
Rupanya Nazmi dikatakan hanya menerima 500 Euro (RM2,110 sahaja) untuk tempoh enam bulan dia berada di Portugal dan mungkin sebab itulah ejen Nazmi tak pernah mendedahkan nilai kontrak 3 tahun Nazmi serta bayaran yang diterima ketika di Portugal.

Salah satu sebabnya mungkin takut harapan rakyat Malaysia khususnya penyokong bola sepak fanatik yang beranggapan Nazmi umpama 'pemain bintang' dan pastinya mendapat bayaran berpuluh ribu ringgit sebulan seperti Safee Sali ketika di Pelita Jaya.

Selamat tinggal Beira-Mar...

Malah, sampai satu peringkat Nazmi dikatakan terpaksa keluar dari rumahnya dan menumpang berteduh di rumah rakan sepasukan, kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

Bapanya, Mansor Mustapha ada merujuk kepada FAM untuk membawa anaknya pulang dan diserapkan kembali ke skuad Harimau Muda A di bawah Ong Kim Swee. Namun FAM tak boleh berbuat apa-apa untuk menebus yuran perpindahan buat Nazmi kepada Biera-mar yang dianggarkan cuma 50,000 Euro (mesti ada yang terkejut, rupanya murah saja kontrak Nazmi di Portugal ni) dan ia mendorong bapanya menekan butang kecemasan dengan berbincang bersama PKNS atas nasihat ejen Nazmi, Marco Guimareas.

PKNS sahaja yang mampu menebus kontrak Nazmi daipada Beira-Mar
p/s: Setakat ini, Nazmi Faiz masih berahsia dengan media...

sumber


0

Pengerusi Cardiff City menyokong Nazmi Faiz

Posted by Unknown on 2/04/2013 in




Pengerusi Cardiff City, Dato’ Chan Tien Ghee beranggapan Nazmi Faiz masih mepunyai kareer bolasepak yang cerah pada masa hadapan walaupun telah menamatkan kontrak bersama kelab Portugal, Beira Mar SC.
Sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan luas dalam pengurusan bolasepak di Eropah, Chan percaya kepulangan kembali Nazmi ke Malaysia untuk bersama PKNS tidak akan membataskan peluang buat pemain muda ini untuk kembali berkelana di Eropah.
“Nazmi pemain yang berbakat dan masih muda. Masih banyak yang perlu beliau pelajari. Namun saya percaya beliau mempunyai kualiti untuk terus beraksi di Eropah.
“Nasihat saya, kita perlu tetapkan matlamat sebenar yang ingin dicapai. Apa yang kita hendak dan apa yang kita mahu. Itu akan menjadi sumber inspirasi untuk terus mencapai kejayaan” tambah Chan.
Chan ditemui ketika menghadiri mesyuarat pengurus pasukan Liga 1MCC – Yamaha Leong 2013 yang berlangsung di Bukit Kiara Equastrian & Country Club pada Ahad.
Liga bawah 12 tahun yang memasuki edisi ketiga penganjurannya ini akan memperlihatkan sedikit kelainan dengan 32 pasukan akan dibahagikan kepada 2 divisyen iaitu divisyen A dan divisyen B.

Dato' Chan Tien Ghee
Dato’ Chan Tien Ghee

“Pembaharuan ini dilakukan untuk memastikan persaingan yang lebih adil dan sesuai. Kita mahu beri pasukan bersaing dengan pasukan yang mempunyai tahap yang sama agar tidak ada lagi keputusan seperti 17-0, 15-0 yang berlaku pada tahun lepas” kata Gobi Nair, pengarah kejohanan dalam mesyuarat tersebut.
Liga ini juga bakal dikembangkan ke beberapa buah negeri seperti Pahang, Sabah dan Negeri Sembilan untuk memberi peluang kepada lebih ramai anak muda menunjukkan bakat bolasepak yang ada pada mereka.

SUMBER


0

Kesihatan - Bahayanya duduk Atas Dompet

Posted by Unknown on 2/01/2013 in

Bahaya Duduk Atas Dompet


Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, terutamanya lelaki yang letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet. Salah ke letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet?

Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.



Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

via : Johor Southern Tigers

1

Sah ! Beckham milik PSG

Posted by Unknown on 2/01/2013 in

Sensasi ! PSG sekali lagi buat kejutan dengan menandatangi bekaas pemain sensasi England dan juga bekas pemain LA Galaxy iaitu David Beckham. PSG kini sudah dibarisi pemain-pemain yang bergelar bintang seperti Ibrahimovic, Menez, Thiago Motta dan ramai lagi. David Beckham akan memakai jersi nombor 32.




Mari kita tengok gambar-gambar David Bechkam sebaik sampai di PSG.

disunting dari official page PSG






Kagum melihat kesungguhan kelab dari Perancis ini dalam memajukan bola sepak dalam kancah Liga Perancis dan misi utamanya ialah UEFA Champion League (Liga Juara-juara Eropah).








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.