0

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

Posted by Unknown on 1/11/2013 in




SHAH ALAM - Kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat atau digelar #KL112 tetap akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sepertimana yang telah diputuskan oleh penganjurnya sebelum ini.

Ia akan berlangsung mulai 2 petang esok.

Menurut jurucakap #KL112, Hishamuddin Rais, pihaknya berpandangan apa yang diutarakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur semalam hanya satu saranan semata-mata dan tidak akan menyebabkan pihaknya berganjak daripada pendirian sebelum ini dalam keadaan himpunan berbaki sehari sahaja.




"Keputusannya kita tidak akan berubah. Kita akan terus di Stadium Merdeka kerana ini hanya pandangan dan cadangan sahaja.

"Kita telah membuat perjanjian dengan pihak Stadium Merdeka dan tadi kita telah menandatangani persetujuan dengan Ketua OCPD Dang Wangi," ujarnya kepada Sinar Harian Online awal pagi tadi selepas selesai mesyuarat tergempar bersama Ahli Jawatankuasa #KL112, di ibu negara ekoran saranan berkenaan.

Menjawab ringkas, Hishamuddin berkata, pihaknya juga tidak kisah mengadakan himpunan di stadium yang hanya boleh menampung sekitar 30,000 hingga 45,000 orang berbanding kapasiti yang lebih besar di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Ya (tidak kisah)," ujar beliau.

Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais


Himpunan #KL112 dikatakan mahu mengumpulkan sejuta rakyat Malaysia bagi meluahkan tuntutan masing-masing.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh


Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menyarankan supaya penganjur #KL112 mengadakan himpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana ia lebih sesuai dan mampu menampung kapasiti lebih besar.

Tambahan pula katanya, stadium tersebut juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang lengkap termasuk sistem transit aliran ringan (LRT) selain memenuhi keperluan dari aspek keselamatan.

Sementara Stadium Merdeka pula mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan stadium-stadium antarabangsa di negara-negara lain ketika itu (1957) dan mempunyai tempat duduk bagi 22,000 orang, dan 3,000 darinya terletak di bawah bumbung ketika dibuka.

Kini stadium ini mampu menampung sehingga 45,000 orang penonton. la mempunyai 14 buah "terowong" yang merupakan pintu keluar-masuk stadium.

Pembinaan stadium ini adalah merupakan satu kemajuan ke arah perkembangan dan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini.

Dengan adanya stadium ini, ia dapat memberi kemudahan bagi kegiatan-kegiatan sukan, kebudayaan dan perhimpunan-perhimpunan raksaksa peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Di samping itu, perpaduan yang erat dapat ditanamkan melalui kegiatan-kegiatan sukan dan upacara kebangsaan yang diadakan di stadium ini.

Sumber dari Sinar Harian

#post kali nie agak politik :)

0

Johan Raja Lawak DIBALING GELAS hingga menyebabkan kepalanya cedera parah

Posted by Unknown on 1/10/2013 in


Mohamad Yazid Lim Bin Mohamad Aziz ataupun lebih dikenali sebagai Johan ataupun Ah Cai telah mengalami kecederaan yang agak parah dibahagian kepala disebabkan DIBALING GELAS. Ketika ditemui oleh pihak media bersama isterinya Ozlynn Wati Ismail, isterinya agak terkejut apabila Johan menunjukkan kepalanya yang berdarah yang agak parah. Disebabkan kes ini, Johan menfailkan saman sebanyak 1 juta kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Gambar-gambar yang menyaksikan kepalanya tercedera.






Agak dalam luka yang dialami oleh Johan yang diberi nafas oleh Astro dalam program Raja Lawak dan kini sedang beraksi untuk Maharaja Lawak Mega 2012.

Video temubual bersama Johan Raja Lawak




Biodata Johan

Nama penuh : Mohamad Yazid Lim Bin Mohamad Aziz.
Nama gelaran : Johan Raja Lawak dan Ah Chai
Umur : 27 tahun.
Tarikh Lahir : 13 Jun 1984
Asal : Ampang, Selangor.
Status : Berkahwin
Isteri : Ozlynn Wati Ismail
Anak : Ahmad Sodiq Hainana
Twitter : @johan_rajalawak

0

AGAMA : 4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK OLEH WANITA KE NERAKA

Posted by Unknown on 1/10/2013
ilusi



Lelaki diberi tanggungjawab untuk menjaga dan mengajar wanita. Wanita tidak harus melawan atau membantah apa yang dilarang oleh lelaki kerana lelaki sangat berat tanggungjawabnya. 
  • Apabila seorang ayah tidak memperdulikan anak-anaknya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar anak solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukuo kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarikk ke neraka oleh anaknya. 
  • Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk sumai tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami berdiam diri walaupin dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
  • Apabila ayahnya sudah tidak bertanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
  • Apabila seorang anak lelaki tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam. Bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan daripada ibunya ke neraka.
Anda(perempuan) boleh membawa lelaki ke NERAKA. Maka tolonglah jaga kelakuan seperti aktiviti mengumpat, menfitnah, dan banyak lagi. TOLONG TOLONG TOLONG, tolong jaga penampilan(aurat) kerana disebabkan anda ingin bergaya dan ingin menarik ramai lelaki tanpa anda sedari anda juga menarik lelaki ke dalam neraka. Maka berubahlah wanita untuk menyelamatkan orang yang anda sayang.

2

Lirik Andai Ku Bercinta Lagi

Posted by Unknown on 1/07/2013 in


LIRIK ANDAI KU BERCINTA LAGI

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati




Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-andai-ku-bercinta-lagi-mojo.html#ixzz2HI9926jv



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.