0

Airasia disenaraikan antara syarikat penerbangan berbahaya

Posted by Unknown on 1/16/2015

airasia

KUALA LUMPUR – Tiga anak syarikat Kumpulan AirAsia diberikan markah terendah dari aspek keselamatan oleh senarai yang dikeluarkan AirlineRankings.com.

AirAsia Malaysia dan AirAsia Zest Filipina menerima penarafan tiga bintang, manakala AirAsia Indonesia hanya diberikan dua daripada tujuh bintang.

Senarai baru yang dikeluarkan ini mengambilkira semua yang berlaku dalam industri penerbangan global tahun lalu.

Menerusi jumlah bintang yang diberikan itu, Kumpulan AirAsia berada dalam kategori syarikat penerbangan paling berbahaya di dunia.

Insiden pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas ke laut 28 Disember lalu antara punca tahap keselamatan syarikat penerbangan itu diragui.

Ia adalah tragedi yang melibatkan kematian pertama bagi Kumpulan AirAsia yang mempunyai anak syarikat hampir di kesemua negara Asia Tenggara.

Sementara itu, Malaysia Airlines, MAS yang berdepan dua tragedi besar tahun lalu membabitkan pesawat MH370 dan MH17, diberikan penarafan sederhana iaitu lima daripada tujuh bintang, lapor ABN News.

Menurut senarai itu, syarikat penerbangan dunia yang paling corot dengan hanya satu bintang ialah Nepal Airlines, Tara Air, Kam Air dari Afghanistan, SCAT Airlines dari Kazakhstan dan Lion Air dari Indonesia.

Kesemua lima syarikat penerbangan itu telah pun diharamkan oleh Kesatuan Eropah. Sementara itu, 149 penerbangan lain menerima penarafan tertinggi tujuh bintang, manakala 59 lagi memperoleh enam bintang.

 

0

Kisah sebenar disebalik murid beg sekolah kotak

Posted by Unknown on 1/13/2015


KUALA LUMPUR: Dek kerana banjir besar yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini, satu gambar seorang murid sekolah yang menggalas beg kotak yang menjadi viral di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp baru-baru ini di salah ertikan.

Gambar murid itu disalah ertikan dengan mengatakan murid tersebut adalah salah seorang mangsa banjir yang berada dalam kesimpitan sehingga terpaksa menjadikan kotak air minuman sebagai beg sekolahnya. Lebih dasyat lagi, ada yang mengaitkan gambar terbabit dengan kelemahan pihak kerajaan dalam membantu mangsa banjir.

Tetapi seorang pengguna Facebook, Rozali Salleh, tampil memberikan kisah sebenar disebalik gambar tersebut. Menurut Rozali Salleh, gambar itu sebenarnya diambil pada hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah di Sabah. Pada hari tersebut, pihak sekolah mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Murid yang membawa beg kotak itu sebenarnya menggunakan kreativitinya untuk membawa stok susu terbabit dengan menjadikannya sebuah beg dengan menggunakan tali rafia.

Gambar ini diambil semasa hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah dalam daerah Pensiangan, Sabah. Memandangkan sekolah bakal berakhir, guru-guru mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Oleh kerana pelajar ini tiada bekas untuk membawa susu tersebut pulang maka dengan kreativitinya sendiri dia menggunakan kotak tersebut dan menggunakan tali rafia untuk menyandang beg tersebut.” terang Rozali pada kemaskini facebooknya.

Apa-apa pun kudos kepada adik ini kerana tersangat kreatif. Walaupun masih kecil, adik ini sudah menunjukkan kemampuannya berfikir di luar kotak.

Kredit: siakapkeli.com.my



0

Pekerja Charlie Hebdo hidup dalam ketakutan

Posted by Unknown on 1/09/2015

Padah selalu menghina agama Islam membuatkan kini pekerja-pekerja Majalah Charlie Hebdo kini berada dalam ketakutan berikutan serangan berdarah baru-baru ini.

Minggu lalu pejabat Charlie Hebdo telah diserang oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan penyiaran-penyiaran yang di keluarkan majalah itu yang setip minggu menghina Islam. Dalam serangan itu 12 orang telah terkorban termasuk dua orang polis.

Serangan ini juga telah mengorbankan Ketua pengarang majalah itu, Stephane Charbonnier, yang sering mempertikaikan amalan agama dalam Islam dan turut melukis kerikatur Nabi Muhammad S.A.W dengan gambaran yang lucah dan tidak bermoral.

Ia adalah harga yang perlu dibayar kerana penyiaranya majalah minggu itu seringkali menghina agama islam yang tidak menjaga sensetiviti agama lain kononnya  atas nama hak asasi manusia.

Sebelum ini muka depan majalah itu sengaja menukar perkataan Charlie Hebdo Charia Hebdo yang bermaksud Mingguan Syariah dalam bahasa Perancis, sebagai mempertikaikan undang-undang jenayah Islam.

Pejabat Charlie Hedbo kini dikawal rapi oleh polis dengan semua pekerja-pekerja berda daam ketakutan dan ada yang tidak hadir bekerja kerana risau dengan keselamatan mereka.

Itulah padahnya apabila bermain dengan hal yang melibatkan agama lain. Kita hidup di atas muka bumi ini harus menghormati kepercayaan dan agama lain demi kedamaiaan sejagat.


0

10 video Muzik di Youtube di Tahun 2014 hang paling banyak ditonton.

Posted by Unknown on 1/08/2015

Tahun 2015 telah membuka tirai tujuh hari lalu. Youtube baru saja mengeluarkan daftar video muzik yang paling banyak dilihat di website perkongsian video tersebut. Video muzik dari nama-nama terkenal seperti Nicki Minaj, Taylor Swift, Iggy Azalea, Katy Perry berjaya masuk ke dalam senarai tersebut

Ini dia 10 video muzik di Youtube yang paling banyak ditonton di tahun 2014. Setakat 31 Disember 2014.

1) Katy Perry – “Dark Horse”

ditonton sebanyak 742,961,545 kali

Video muzik yang paling banyak ditonton di tahun 2014 ini merupakan video yang cukup kontroversi kerana pada video tersebut terdapat kalung yang simbol kalimah Allah. Setelah diprotes ramai orang, akhirnya babak yang memaparkan kalung tersebut sudah disunting dari video ini.

2) Enrique Iglesias – “Bailando (Espanol)”

ditonton sebanyak 626,334,370 kali

Mungkin judul lagu ini kurang didengar oleh pendengar dari Maaysia , namun video ini berjaya berada di tangga kedua kerana banyak peminat Enrique Iglesias dari negara latin yang sangat suka menonton video ini.

3) Shakira – “Can’t Remember to Forget You ft Rihanna”

Ditonton sebanyak 452,941,857 kali

Inilah hasilnya apabila dua diva Shakira dan Rihanna berkolaborasi dalam sebuah lagu. Keduanya berjaya menarik perhatian pengguna Youtube dan meraih tangga ketiga disini.

4) Shakira – “La La La (Brazil 2014)”

ditonton sebanyak 430,058,754 kali

Nama Shakira telah kembali tersenarai dalam video muzik yang paling ramai ditonton. Meskipun ia adalah lagu rasmi Piala Dunia 2014, “La La La (Brazil 2014)” boleh dikategorikan sangat berjaya dan bahkan boleh mengalahkan lagu dari albumnya.

5) Jason Derulo – “Wiggle ft Snoop Dogg”

ditonton sebanyak 424,008,039 kali

6) Meghan Trainor – “All About That Bass”

ditonton sebanyak 428,751,480 kali

Pendatang baru dunia hiburan Meghan Trainor berjaya mengalahkan nama-nama hebat dan duduk di tangga ke-6 dengan lagu “All About That Bass” yang berirama catchy. Lagu ini menekankan pesanan untuk mencintai tubuh sendiri meskipun keihatan gemuk

7) Taylor Swift – “Shake It Off”

ditonton sebanyak 412,313,206 kali

8) Iggy Azalea – “Fancy (Explicit) ft Charli XCX 

ditonton sebanyak 409,019,913 kali

9) Sia – “Chandelier (Official Video)”

ditonton sebanyak 407,193,740 kali

Video musik ini menampilkan seorang aktris muda Maddie Ziegler (12 tahun) yang mengetengahkan tarian kontemporari.

10) Nicki Minaj – “Anaconda” 

ditonton sebanyak 347,528,258 kali
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.