Padah selalu menghina agama Islam membuatkan kini pekerja-pekerja Majalah Charlie Hebdo kini berada dalam ketakutan berikutan serangan berdarah baru-baru ini.

Minggu lalu pejabat Charlie Hebdo telah diserang oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan penyiaran-penyiaran yang di keluarkan majalah itu yang setip minggu menghina Islam. Dalam serangan itu 12 orang telah terkorban termasuk dua orang polis.

Serangan ini juga telah mengorbankan Ketua pengarang majalah itu, Stephane Charbonnier, yang sering mempertikaikan amalan agama dalam Islam dan turut melukis kerikatur Nabi Muhammad S.A.W dengan gambaran yang lucah dan tidak bermoral.

Ia adalah harga yang perlu dibayar kerana penyiaranya majalah minggu itu seringkali menghina agama islam yang tidak menjaga sensetiviti agama lain kononnya  atas nama hak asasi manusia.

Sebelum ini muka depan majalah itu sengaja menukar perkataan Charlie Hebdo Charia Hebdo yang bermaksud Mingguan Syariah dalam bahasa Perancis, sebagai mempertikaikan undang-undang jenayah Islam.

Pejabat Charlie Hedbo kini dikawal rapi oleh polis dengan semua pekerja-pekerja berda daam ketakutan dan ada yang tidak hadir bekerja kerana risau dengan keselamatan mereka.

Itulah padahnya apabila bermain dengan hal yang melibatkan agama lain. Kita hidup di atas muka bumi ini harus menghormati kepercayaan dan agama lain demi kedamaiaan sejagat.