1

Seluruh kawasan Muar dan Ledang diistihar Darurat

Posted by Unknown on 6/23/2013 in


Kerajaan hari ini mengisytiharkan darurat jerebu bagi seluruh kawasan Muar dan Ledang berkuat kuasa serta-merta.

Pengisytiharan itu dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 7 pagi ini mendapati Muar mencatatkan paras kritikal iaitu 746.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel mengesahkan perkara ini dalam suatu mesej pesanan ringkas (SMS) kepada AstroAWANI.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang dengan serta merta,” katanya.

Bacaan ini sudah dianggap sebagai kritikal dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada penduduk setempat.





Menurut mStar

JOHOR BARU: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar meningkat kepada 746 setakat pukul 7 pagi, di mana lebih sekali ganda daripada tahap standard berbahaya menurut laman web Jabatan Alam Sekitar pada Ahad.

Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub berkata, para pegawai kesihatan termasuk ambulan bersedia sekiranya terdapat kecemasan ekoran jerebu.

“Semua anggota kami berada di Muar pada hari ini, dan kami bersedia untuk sebarang insiden termasuk kemalangan yang mungkin berlaku disebabkan oleh jarak penglihatan yang kabur di jalan raya.

“Buat masa ini, saya menasihatkan semua orang duduk di laman rumah, tanpa sebarang alasan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau menambah, berada di luar menggunakan topeng muka juga tidak digalakkan.

Menurut Jabatan Alam Sekitar, sebarang bacaan IPU melebihi 301 dikira sebagai berbahaya.

Bacaan terakhir setakat pukul 4 petang Sabtu menunjukkan IPU di Muar ialah 453.

Semua kawasan lain di Johor turut merekodkan bacaan IPU melebihi tahap tidak sihat.

Ini termasuk Kota Tinggi pada 137, Pasir Gudang (127) dan Larkin Lama (117).

1 Comments


Teruknyaaaa. Huuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.