1

Perlawanan antara JDT dan Kelantan kecoh !

Posted by Unknown on 5/23/2013 in



JOHOR BAHRU 22 Mei - Perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim vs. Kelantan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dekat sini, terpaksa ditangguhkan seketika selepas berlaku ketegangan antara penyokong kedua-dua pasukan terbabit.

Kira-kira pukul 8 malam ini, penyokong kedua-dua pasukan memulakan serangan psikologi dengan menimbulkan provokasi sehingga menyebabkan ada di antara mereka yang bertindak agresif membaling pelbagai objek termasuk botol air, gulungan resit dan sebagainya.

Bagi mengelak tercetusnya kekecohan lebih buruk, pihak berkuasa membuat penyusunan semula kedudukan penyokong Kelantan dan menempatkan lebih ramai anggota polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Ekoran kekecohan itu, perlawanan tersebut tertangguh hampir 40 minit dan seorang penyokong Johor Darul Takzim cedera dipercayai terkena botol air. - UTUSAN


1 Comments


bola2 makan bola tdo bola

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.