0

Kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu

Posted by Unknown on 3/02/2013



Kuala Lumpur, 1 mac (Bernama) - Berikutan adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina.

9 Feb - kumpulan pencerobohan memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, kampung Taduo, Lahad Datu.

11 Feb - sebahagia  daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan negara tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di kampung Tanduo.

12 Feb - kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebiah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad Bon.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

14 Feb - ketua polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenai kumpulan warga Filipina yang mendarat du pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang negara asal. Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangka isu tanah di Sabah.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'kesultanan sulu' dan menegaskan situasi di kampung Tanduo adalah terakawal/ kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan sulu kerana sebelumnya ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa berkerja rapat daam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan diakuakn secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 112 Februari lalu.

26 Feb - Tempoh mengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan pencerobohan itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin kiram yang mneegaskan hanya abangnya boleh mengarag kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabar 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan pencerobohan ketika kumpuan terbabit cuba keluar dariada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

SUMBER DARI BERNAMA

0 Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.