0

Pengerusi Cardiff City menyokong Nazmi Faiz

Posted by Unknown on 2/04/2013 in




Pengerusi Cardiff City, Dato’ Chan Tien Ghee beranggapan Nazmi Faiz masih mepunyai kareer bolasepak yang cerah pada masa hadapan walaupun telah menamatkan kontrak bersama kelab Portugal, Beira Mar SC.
Sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan luas dalam pengurusan bolasepak di Eropah, Chan percaya kepulangan kembali Nazmi ke Malaysia untuk bersama PKNS tidak akan membataskan peluang buat pemain muda ini untuk kembali berkelana di Eropah.
“Nazmi pemain yang berbakat dan masih muda. Masih banyak yang perlu beliau pelajari. Namun saya percaya beliau mempunyai kualiti untuk terus beraksi di Eropah.
“Nasihat saya, kita perlu tetapkan matlamat sebenar yang ingin dicapai. Apa yang kita hendak dan apa yang kita mahu. Itu akan menjadi sumber inspirasi untuk terus mencapai kejayaan” tambah Chan.
Chan ditemui ketika menghadiri mesyuarat pengurus pasukan Liga 1MCC – Yamaha Leong 2013 yang berlangsung di Bukit Kiara Equastrian & Country Club pada Ahad.
Liga bawah 12 tahun yang memasuki edisi ketiga penganjurannya ini akan memperlihatkan sedikit kelainan dengan 32 pasukan akan dibahagikan kepada 2 divisyen iaitu divisyen A dan divisyen B.

Dato' Chan Tien Ghee
Dato’ Chan Tien Ghee

“Pembaharuan ini dilakukan untuk memastikan persaingan yang lebih adil dan sesuai. Kita mahu beri pasukan bersaing dengan pasukan yang mempunyai tahap yang sama agar tidak ada lagi keputusan seperti 17-0, 15-0 yang berlaku pada tahun lepas” kata Gobi Nair, pengarah kejohanan dalam mesyuarat tersebut.
Liga ini juga bakal dikembangkan ke beberapa buah negeri seperti Pahang, Sabah dan Negeri Sembilan untuk memberi peluang kepada lebih ramai anak muda menunjukkan bakat bolasepak yang ada pada mereka.

SUMBER


0 Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.