0

Datuk Seri Shahidan Kassim tidak akan halal duit denda yang dikenakan padanya daripada FAM

Posted by Unknown on 2/22/2013


VS



Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyokong tindakan tunku Ismail Sultan ibrahim menegur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai mutu pengadilan Liga M turut menekankan beliau tidak akan menghalalkuan wang denda yang terpaksa dibayarnya kerana menganggap hukuman dijatuhkan badan induk itu ke atasnya 'sangat zalim'

"Saya langsung tidak dipanggil bagi siasatan ke atas saya, sebaliknya terus dihukum kerana membuat kenyataan meminta bantuan kewangan daripada FAM selain memohon badan induk itu menyelesaikan masalah bookie.

"Apa yang dilakukan ke atas saya amat kejam dan sayya berdoa agar azab dikenakan kepada mereka yang bertindak zalim dan akan mengadakan sembahyang hajat agar tiada lagi kezaliman berlaku dalam FAM"

Shahidan sekali lagi menekankan beliau secara jujur menyokong Presiden FAM Sultan Ahmad Shah namun tetap dikenakan gantung dan denda.

"saya berdoa agar azab dikenakan kepada mereka yang bertindak zalim (dalam FAM).."

Justeru, beliau menyokong tindakan Tunku Ismail kerana apa yang diperkatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ)itu menjadi bukti jelas, FAM memang berada dalam keadaan amat teruk.

Kelmarin, Tunku Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan saingan Liga M yang disifatkan masih berada di tahap amatur ketika bola sepak Malaysia sudah lama di era profesional.

"Saya akan menyokong mana-mana pihak yang berani memberi cadangan serta teguran kepada FAM kerana ia menunjukkan mereka mahukan kebaikan demi industri bola sepak negara.





0 Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.