0

Biodata dan pencapaian Safee Sali sepanjang kariernya,

Posted by Unknown on 12/26/2012 in

Safee 

Mohd Safee Mohd Sali (dilahirkan pada 29 Januari 1984 di Kajang, Selangor, Malaysia) ialah seorang pemain bola sepak professional kebangsaan Malaysia yang pernah bermain sebagai penyerang untuk pasukan Pelita Jaya, Indonesia, merupakan pemain bola sepak Malaysia yang pertama bermain di Liga Super Indonesia. Sebelum ini beliau pernah bermain untuk Melaka TMFC, Kuala Lumpur FA, Sarawak FA and Selangor FA. Dan terkini beliau telah menyertai skuad Darul Takzim atau lebih dikenali sebagai Harimau Selatan yang membarisi pemain-pemain bertaraf bintang.

Pada 27 April 2011, beliau memenangi Anugerah Atlit Lelaki Paling Digemari di dalam satu undian oleh Astro Arena, saluran sukan Malaysia yang pertama.

Safee dikenali sebagai penyerang terbaik Malaysia semasa generasinya dan juga dibandingkan dengan legenda Allahyarham Mokhtar Dahari. Raja Bola Malaysia, Datuk Abdul Gahni Minhat juga menganggap Safee penyerang terbaik di Malaysia di samping bermain secara professional di luar Malaysia.[kutipan diperlukan.

Safee juga menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama yang bermain di dalam Liga Super Indonesia dengan Pelita Jaya.

Logo Melaka TMFC
Melaka TMFC
Safee Salee memulakan kerjayanya bersama Melaka TMFC pada usia 19 tahun, walaupun hanya bermain sebanyak 5 perlawanan tetapi beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi pemain utama untuk kelabnya. Selepas bermain hanya beberapa bulan dengan Melaka TMFC, Kuala Lumpur FA berkaya mengesan bakat Safee Sali ketika itu dan berjaya diserapkannya dalam skuad Kuala Lumpur dalam kendalian Igor Novak. Safee mempunyai 12 kaps dan 5 gol untuk Melaka TMFC.

Logo persatuan bola sepak kuala lumpur
Kuala Lumpur FA
Kuala Lumpur FA adalah pasukan kedua diwakili oleh Safee Sali dalam kendalian Igor Novak yang berjaya membawanya ke Kuala Lumpur. Beliau berjaya menjaringkan Hat-Trick pertamanya dalam satu perlawanan Liga Premier ketika menentang Perak TKN yang berakhir Kuala Lupur FA berjaya menewaskan Perak TKN dengan jaringan 6-2. Beliau berjaya menjaringkan 11 gol pada musim pertama dan melengkapkan musim yang gemilang untuk beliau apabila beliau berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak di belakang Azman Adnan. Semasa musim 2004, beliau hanya berupaya untukk menjaringkan 2 gol liga. Di dalam musim terakhirnya dengan Kuala Lumpur, beliau telah menjaringkan 7 gol liga, 3 gol di dalam Piala FA Malaysia, 2005 membawa Kuala Lumpur FA ke separuh akhir, dan 1 gol di dalam Piala Malaysia 2005.

Gambar safee ketika dengan Sarawak FA
Sarawak FA

Kemudian, beliau menyertai Sarawak FA lalu menjadi penjaring gol tempatan teratas dengan 10 gol. Prestasinya menarik perhatian peminat bola dan jurulatih kebangsaan. Kebolehannya menjaringkan gol dibandingkan dengan Allahyarham Mokhtar Dahari.

ketika bersama selangor
Selangor FA

Safee menyertai Selangor FA untuk musim 2006/07, lalu diserahkan jersi nombor 10 yang pernah dipakai oleh legenda Selangor FA dan pasukan kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari. Bersama Selangor, Safee membantu pasukannya mencapai pusingan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. Bagaimanapun, Selangor tewas kepada Kedah FA di kedua-duanya dengan mata sama 3-2.

Dalam Piala Sultan Selangor 200, Safee menjaringkan gol yang mengagumkan terhadap pasukan pilihan Singapura.

Perlawanan terakhir Safee dengan Selangor adalah seri 1-1 menentang Kuala Lumpur FA sebelum pemergiannya ke Karawang, Indonesia untuk menyertai Pelita Jaya.

semasa memperkenalkan diri pada sidang media
Pelita Jaya FC

Pada 5 Februari 2011, secara rasminya Safee berpindah ke pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 dan gajinya sebanyak USD10,000 atau RM 30,360. Safeen menandatangani kontrak 1 tahun dengan Pelita Jaya. Ini menjadikan beliau seorang pemain bola sepak Malaysia pertama yang beraksi di Liga Super Indonesia.

Pada mulanya Safee telah diberi jersi nombor 10, Tetapi disebabkan masalah pendaftaran, sebaliknya beliau telah memilih nombor 55. Safee telah membuat penampilan tidak rasmi menentang kelab amatur, Ragunan FC di dalam kemenangan 6-0, yang mana Safee telah menjaringkan dua gol dan menolong dua kali. Safee telah menjadikan kemunculannya di dalam Liga menentang Sriwijaya FC yang berakhir dengan kemenangan 1-0 di mana Safee telah menjaringkan satu gol memberikan Pelita Jaya kemenangan yang pertama di dalam 5 perlawanan serta diundi pemain terbaik perlawanan.

Berjaya memujuk safee Sali bermain untuk DTFC
DARUL TAKZIM FC (DTFC)

Setelah lebih satu tahun bermain untuk kelab indonesia, kini Safee Sali pulang ke tanah air walaupun secara pinjaman daripada kelab arema FC yang  berpengkalan di Indonesia namun beliau tidak memilih Selangor FA yang beliau pernah sertai sebelum beliau disambar kelab Pelita Jaya tetapi beliau lebih memilih pasukan yang diberi jolokan Harimau Selatan dan PSG Malaysia kerana kemampuan kelab ini mengumpul pemain-pemain bertaraf bintang yang mewakili pasukan kebangsaan. Kemampuan penyerang kebangsaan ini amat ditagih oleh Jurulatih DTFC, Fandi Ahmad dan seluruh penyokong Harimau Selatan. Pasukan dari selatan tanah air ini mengambil sesempatan daripada masalah yang dihadapi oleh Arema FC kerana masalah ISL yang diharamkan oleh FIFA. 
Harap DARUL TAKZIM berjaya mendapatkan penyerang berbisa ini secara tetap.


PENCAPAIAN

- Juara Pestabola Merdeka 2007
- Juara Piala Sumbangsih 2009 & 2010
- Juara Piala FA Malaysia 2009
- Juara Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010
- Naib Juara Piala FA Malaysia 2007/08
- Naib Juara Piala Malaysia 2007/08
- Juara Liga Super Malaysia 2009 & 2010
- Penjaring terbanyak (5 gol) Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010




0 Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok

Jom Tengok

OH ! Belog

Kartikel

Copyright © 2009 Pensel Tumpul All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.